Saturday, June 11, 2011

Masjid Nabawi, Madinah-Umrah 2011-9

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Inilah antara doa doa kami, suami isteri lima tahun yang lepas
'Ya Allah, berilah selawat kepada Nabi Muhammad saw, keluarganya serta para sahabatnya dan janganlah menjadikan kunjungan ini penghabisan bagi kami'


Allah telah makbulkan pada hari ini, Alhamdulillah

Memberi salam kepada Junjungan yang mulia, Muhammad saw
serta menyampaikan salam daripada ibu, adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan jiran tertangga.

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.AW. bersabda:

"Barangsiapa menziarahiku di Madinah dengan tujuan memperoleh ganjaran (rohaniah) akan bersama-sama denganku dan untuknya aku akan menjadi pensyafaat pada Hari Kiamat".


Memberi salam kepada Khalifah yang pertama selepas Rasulullah dan sahabat yang bersama sama di gua Thur, Sayidina Abu Bakar As Siddiq ra

Memberi salam kepada pengembang agama Islam yang telah diberi gelaran Al Faruk, Sayidina Umar Ibn Al Khattab ra

Pemandangan waktu malam







Tempat Imam

Tadarus Al Hafiz, antara waktu Magrib dan Isyak

Bekalan Air Zam Zam





Ziarah ke makam Rasulullah mengingatkan kita pada pertalian kasih antara kita dengan Beliau SAW. Kasih sayang seorang Rasul yang begitu abadi sehingga getarannya mampu menembusi setiap relung hati umatnya. Langkah demi langkah dijejaki mengharap pertemuan dengan kekasih, tiang-tiang masjid Nabi berbisik selamat datang kepada anda yang terpanggil menziarahinya. Kuasa air mata berhasil menyembuhkan jiwa yang terlalu rindukan baginda. Raudhah menjadi saksi pertemuan yang sungguh menyayat emosi, adakah kita dikenali Rasulullah sebagai umatnya? Sesungguhnya pergi menghadap ke makam Nabi mengajak kita untuk memikirkan tentang perhubungan kita dengan beliau SAW.

Wassalam

15 comments:

  1. A||ah,,
    bergetar hati sy tengk gambar2 ni,

    sungguh, saya cemburu,,mga saya juga sempat utk ke sana,, amin ya rabb

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....dapat tgk suasana di sana..tk roz..

    ReplyDelete
  3. salam Tuan Hj,

    Subhanallah...
    mudahan dapt ku jejaki makam rasulullah dan bersolat di situ jua.

    ":A picture tell a truely story:"
    syukur , Mudahan diqabul segala hajat....Amin

    ReplyDelete
  4. Aslkm

    Gambar yg sangat jelas ceritanya. Tkasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Rozali;

    MasyaAllah, cantik2nya gambar..

    Rindunya nak ke Madinah lagi, menziarahi makam Rasulullah SAW dan sahabat baginda..

    Salawat dan salam untuk Rasulullah dan para sahabat...

    ReplyDelete
  6. salam atuk

    alhamdulillah, masih terasa kenikmatan diraudah

    ReplyDelete
  7. salam,camner kamera boleh kasi lepas dalam masjid?

    ReplyDelete
  8. As salam Atuk,

    melihat satu persatu gambar2 yang ada membuatkan hati kak ngah menjadi rindu.. terima kasih atuk..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum atuk..

    trime aksih atas semua gambar ini..menatapnya sungguh menenangkan jiwa ini..trime kasih sekali lagi :-)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum atuk,

    terima kasih perkongsian gambar. dekat dihati.

    wassalam.

    ReplyDelete
  11. ooooo baru sy tau mcmtu tpt imam di masjid nabawi..kecik je ye tpt dia..haih tp mmg sedap alunan surah bacaan imam2 masjid nabawi dan masjidiharal.buatkan hati rasa tenang dan khusyuk..

    ReplyDelete
  12. Hj Rozali,

    Best, tqvm for sharing

    ReplyDelete
  13. Salam Rozali

    Alhamdulillah, mengimbau kenangan. Setiap ada kesempatan usahakanlah join halaqah membaca al-Quran di Masjid Nabawi, tempat turunnya wahyu.

    Lepas solat subuh pun ada halaqah ni berhampiran bab al-salam. Mereka suka dengar orang Ajam baca al-Quran. Antara komen-komen mereka: "Hassan" atau "mumtaz" dsb.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Atuk,
    pertama kali saya lawat blog Atuk..gambar2 sekitar Masjidil Harram & Masjid Nabawi..sangat2 menyentuh hati..Izin di pohon utk copy semua gambar2 itu utk tatapan ketika rindu kepada Ya RABBI & KekasihNYA..Baginda Rasulullah SAW..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...