Tuesday, December 13, 2011

Lima Hukum Asas Kelayakan Sebagai Suami

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ahad malam yang lepas menghadiri majlis walimah anak kawan kepada isteri saya di Kampung Pengantin, Setapak, KL




kumpulan Scotland Bag Pipe mengiringi pengantin ke pelamin

titik mula pertemuan doktor dengan doktor di Hospital Labuan



Siapa suami?

Lelaki yang mengucapkan qabul (akad terima) janji perkahwinan dengan seorang gadis atau wanita tertentu. Termasuk dalam definisi ini juga lelaki yang ‘dipaksa’ menikahi atau mengahwini gadis/wanita yang bukan pilihannya.


Kelayakan sebagai suami

Tidak semua lelaki layak menjadi suami. Kelayakan menjadi suami bukan terletak kepada umur, pangkat pekerjaan, banyaknya harta atau kacak paras rupa.

Syariat Islam menetapkan terdapat lima hukum asas bagi seseorang lelaki yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Hukum asas inilah yang menjadi pertimbangan kelayakan seorang lelaki untuk berkahwin dan memegang status seorang suami.

Kenapa hanya lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga dan bila ketua adalah seorang yang betul-betul layak, insyaAllah ketua ini akan mampu melayarkan bahtera rumahtangganya berlandaskan kehendak syariat dan mampu merealisasikan perkahwinan menepati prinsip dan hikmahnya.


Lima hukum tersebut ialah wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

Wajib - apabila lelaki itu mampu dari segi fizikal dan kewangan malah dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.

Sunat - lelaki yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.

Haram - lelaki yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga bagi lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.

Makruh - lelaki yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.

Harus - lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

rujukan disini


WASSALAM

31 comments:

  1. Wow! Ctknya majlis kawen tu. Nama kampung pun menarik. Kampung Pengantin. Hiks~

    ReplyDelete
  2. Salam Fara

    ongkosnya pun cantik dan menarik...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum atuk : saya masuk dalam kategori maner tuh???

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Tahniah pada pasangan..insyallah kekal hingga akhir hayat dalam keberkatan Allah Taala..

    Zaman sekarang ramai yg dalam kategori makruh rasanya...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Wooow, menakutkan majlis walima sekarang ni Tuan Haji. Salah sorang sepupu saya pun nak buat resepsi kat hotel kot sbb dia tanya nama dan alamat sorang2. Tang hukum tu, ramai yg tak tau. Taunya nak nikah jer, syarat marat dan tanggungjawab hampeh. Tima kasih berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Afeezz

    Afeezz mukin kategori sunat dah nak hampir ke wajib....he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. uishh kalau para lelaki baca , suke nie ekekke :)

    hurmm cantik pelamin dia .. saya punn terpegun tgk

    ReplyDelete
  8. Salam Diana

    kita makan pun selera, tenguk suasana macam tu...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Nyanyisunyi

    amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Hajjah Yong

    menyeramkan
    majlis ni hampir mencicah RM100k

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam Ieda

    peringatan kpd yg belum kahwin lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum atuk,
    tahniah buat pasangan pengantin semoga kekal bahagia hingga ke syurga InsyaAllah.

    ReplyDelete
  13. salam atuk

    kg pengantin, nostalgik nama kg itu

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Atuk;

    unik kumpulan Scotland Bag Pipe tu atuk..

    ReplyDelete
  15. Assallamualaikum Rozali,

    Hebatnya majlis itu..
    Tahniah, sangat cantik,

    N3 tentang suami yg amat bagus dan perlu dibaca untuk semua sang suami.

    Majlis di rumah mama nadz hari tu biasa-biasa sahaja..orang kampung!

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Nieza

    amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam THAZ

    tengah popular tempat tu...
    (bagi orang yg mampu)
    kena tempah awal2

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Ummiros

    saya baru pertama kali lihat tu..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Cikgu Nadz

    ibu bapa yg mampu..anak2 menjadi ..duduk KL pula tu...

    orang kampung selalunya gotong royong, jadi meriah pula..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Salam Atuk

    Meriahnya , tapi takut pulak tgk ongkosnya..
    Moga mereka bahagia.
    Tkasih

    ReplyDelete
  21. SALAM,
    MAAF LARI DRPD FOKUS ENTRI. DGN HORMATNYA NAK JEMPUT ATUK DAN KELUARGA KE PERJUMPAAN 18 DIS INI. LF NAK BERBUAL PANJANG DGN ATUK.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Atok ,

    majlis itu sungguh gah nampaknya,
    moga pengantin sentiasa berbahagia,
    namun pesanan jangan dilupa,
    kepada yg sudah berumahtangga atau belum berpunya.

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum atuk...betul tu semuanya mesti ada pada pihak lelaki kerana lelakilah yang akan menjadi ketua dlm keluarga...:)

    ReplyDelete
  24. salam
    kalaulah semua lelaki/suami faham akan tanggungjawab dan amanah ALLAH...nescaya kadar penceraian tidak naik mencanak seperti kebelakangan ni...
    saya amat sedih melihat suami2 yg DAYUS,yakni suami yg rela dan reda melihat isteri ingkar perintah ALLAH...bagaimana mahu menjawab didepan ALLAH kelak?

    ReplyDelete
  25. Waalaikumusalam Mama Ju

    Insyaallah
    mama ju pun mampu juga...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  26. Waalaikumusalam LF

    Insyaallah saya datang
    dah daftar dah...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  27. Waalaikumusalam PCL

    mereka mampu.....

    pesanan untuk saya juga tu....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  28. Waalaikumusalam Mama

    Insyaallah
    suami mama adalah seorang lelaki yg soleh

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Waalaikumusalam Kamsiah

    Insyaallah
    semua lelaki teman2 kita antara yg terbaik

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  30. nak jadi seorang yg bergelar suami ni, besar tanggungjawab dia..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...