Monday, February 28, 2011

Dapat Anak Saudara Angkat

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Selepas zohor semalam kami pergi menziarah kerumah adik di Bandar Bukit Puchong 2. Untuk berjumpa dengan mak yang datang dari kampung, serta melihat anak angkat adik saya yang baru berumur 16 hari.
Adik saya sudah berkahwin enam tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Insyaallah kita doakan supaya mereka dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Terima kasih kepada kawan adik ipar saya yang berusaha menguruskan dalam semua hal sehingga baby ini berada dipangkuan adik saya.

Moga Ahmad Naufal menjadi anak yang soleh








Firman Allah swt
” Dan orang orang yang berkata: ” wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

Surah al-Furqan : 74

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya
al-Tur [52.21]

Wassalam

Friday, February 25, 2011

Corak Coret Phnom Penh - Kemboja 12 - Akhir

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Ini suasana di Bandar Phnom Penh yang sempat saya rakam
untuk gambaran kita bersama
dalam keadaan pembangunan, permodenan dicelah-celah
kemunduran, kemiskinan serta kedaifan

Tenaga wanita

mencari sesuap nasi

Restoran tempat kami menjamu selera diusahakan oleh rakyat Malaysia.



Antara dua darjat

Pengangkutan dalam bandar, tiada perkhidmatan bas penumpang

Tiada dihadkan jumlah penumpang dan dalam muatan

Melangkah kemodenan berasaskan seni tempatan

Tersenyum riang disamping membawa pulang seribu kenanggan

Phnom Penh
Mengambil namanya dari Wat Phnom ini atau Hill Temple. Legenda mengatakan bahawa pada 1372, seorang biarawati tua bernama Lady Penh pergi untuk mengambil air di Sungai Mekong dan menemukan sebuah pohon Koki mati mengambang di tepi sungai. Di dalam lubang pokok Koki terdapat empat gangsa dan satu batu patung Buddha.

Daun (Nenek) Penh membawa patung ke darat dan memerintahkan orang untuk diletakan diterpi rumahnya, dia kemudian digunakan batang Koki untuk membina sebuah kuil di atas bukit bersama lima patung Buddha, dan kemudian menamakan candi sebagai Wat Phnom Penh Daun, yang sekarang dikenali sebagai Wat Phnom, sebuah bukit kecil 27 meter (89 kaki) tingginya.

Phnom Penh juga dahulu dikenali sebagai Krong Chaktomuk yang bererti "Kota Empat Wajah". Nama ini merujuk pada persimpangan Mekong, Bassac, dan Tonle Sap melintasi sungai untuk membentuk "X" di mana ibu negara berada. Krong Chaktomuk adalah singkatan dari nama upacara yang diberikan oleh Raja Ponhea Yat, nama penuhnya Krong Chaktomuk Mongkol Sakal Kemboja Thipadei Sereythor Inthabot Borei Roth Reach Seima Maha Nokor.

Nama ini terdiri daripada Pali, dan longgar diterjemahkan sebagai "Tempat daripada empat sungai yang memberikan kebahagiaan dan kejayaan Kerajaan, pemimpin tertinggi serta kota ditembus dari Indra Kerajaan yang maha besar"

Phnom Penh adalah ibu kota yang terbesar di Kemboja. Terletak di tepi Sungai Mekong, Phnom Penh telah menjadi ibu negara sejak Kemboja dijajah Perancis, dan telah berkembang menjadi pusat bangsa kegiatan ekonomi. Phnom Penh telah berkembang menjadi industri, komersial, budaya, pelancongan dan pusat sejarah Kemboja.

Pernah dikenali sebagai Mutiara Asia, ia itu dianggap sebagai salah satu kota terindah yang dibina Perancis di Indocina pada tahun 1920. Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan yang signifikan global dan domestik untuk Kemboja. Ditubuhkan pada tahun 1434, bandar ini terkenal kerana seni bina yang indah dan sejarah dan tarikan. Ada sejumlah bangunan kolonial Perancis hidup, seperti Royal Palace, Phsah Thmei, dan bangunan gaya lain Perancis disepanjang jalan-jalan besar.

Terletak di tepi Sap Tonle, Mekong dan sungai Bassac, Phnom Penh adalah rumah bagi lebih dari 2 juta penduduk Kemboja lebih dari 13 juta. Ini adalah bandar terkaya dan paling padat penduduknya di Kemboja dan merupakan rumah bagi negara politik hub.


Sesungguhnya melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."
Surah al-Hajj, ayat 46

Wassalam

Monday, February 21, 2011

Membeli Belah di Russian Market dan Central Market - Kemboja 11

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Hari yang ketiga baru kami dibawa untuk membeli belah

RUSSIAN MARKET
Toul Tom Pong atau Russian Market yang popular di kalangan pelancong. Asal nama kerana terdapat ramai dikalangan orang Rusia pada tahun 1980an. Pasar Rusia membawa berbagai macam barang seperti minuman, makanan ringan dan makanan dimasak, ukiran tradisional dan permata, sutera hasil tangan China dan tenunan Kemboja, perabot antik, muzik, DVD dan CD, buku dan peta, tas, kasut dan pakaian.

Ukiran kayu dan batu, perak dan nota Indochinese tua dan syiling. Ada juga emas dan perak di dalam pasaran yang dapat dilihat membuat tersuai perhiasan. Mempamirkan hasil seni tangan tradisional karya mereka untuk menarik para pelancong.

Tips:
- Keseluruhan pasar tertutup dan akan merasa sangat panas.
- Seperti pasaran lain, waspadalah terhadap penyeluk saku.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.oo petang




CENTRAL MARKET









Thmey Market atau Central Market memiliki sebuah kubah pusat, sekitar 50 diameter. Terdapat empat sayap teras memancarkan keluar, masing-masing sekitar 50m panjang. Seluruh struktur ini berwarna kuning. Pasar Tengah merupakan pusat perdagangan yang ramai dari pelbagai gerai yang menjual pelbagai barang. Di bawah kubah pusat terdapat menjual perhiasan perak dan batu permata tempatan, manakala dibahagian sayap ada berbagai macam dapat dijumpai: antik syiling, DVD, video game, pakaian, jam, bunga, makanan, kain, kasut dan perbagai barang souvenir.

Sebelum 1935, daerah tersebut merupakan danau dan kerap banjir terutama musim hujan. Pasar ini mula dibena pada tahun 1935, dan selesai pada 1937. Pasar ini direka oleh Desbois dan Chauchon, pembangunan dipercayai teknologi inovatif. Pasar menjadi sebuah kejayaan dan menjadi landmark arsitektur bandar. Saat ini, Central Market adalah diantara yang popular di bandar Phnom Penh.

Tips:
- Keseluruhan pasar tertutup dan terdapat gerai-gerai disekitarnya.
- Lebih selesa dan teratur serta bersih.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.oo petang

#ketika membeli belah#
- Boleh tawar menawar dan tawar dengan harga yang paling rendah
(survey banyak kedai terlebih dahulu untuk mencari harga yang paling rendah)
peniaga disana lebih senang menggunakan matawang USD

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap hari ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan mengucapkan: Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya. Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja".
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

Wassalam

Friday, February 18, 2011

Wajah Wajah Keimanan di Kg Cham - Kemboja 10

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Dikesempatan berada diperkampungan Islam di Kampong Cham, Kemboja
Saya merakamkan beberapa wajah kecerian, ketulusan serta keikhlasan
yang terpancar nur keimanan serta ketakhwaan
walaupun didalam kepayahan, kemiskinan, kemurungan





Sabda Nabi Muhammad saw :
“Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar ma’ruf dan mencegah kemungkaran adalah sedekah, kamu menunjuki seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri, dan tulang dari jalan adalah sedekah ”
Hadis riwayat Imam Bukhari dan at-Tirmizi.






Firman Allah swt
"Hai orang-orang yang beriman bertaubatlah kepada Allah, dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan para nabi dan orang-orang beriman yang bersama dengan dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan : Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
At Tahriim (66) : 8

Wassalam

Tuesday, February 15, 2011

SELAWAT ATAS NABI MUHAMMAD SAW

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi kita untuk sentiasa mengingati beliau


Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
[Surah Al-Ahzab: 56]

Oleh itu, sempena Maulidul Rasul ini, jadikan sebagai permulaan dan menjadi amalan yang istikamah mengamalkan selawat ke atas Beliau


Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

Manakala di dalam hadis-hadis Rasulullah S.A.W., terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda S.A.W., antaranya :-

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.

[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Wassalam

Monday, February 14, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Kak Ngah

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

HAPPY BIRTHDAY KAK NGAH
Moga menjadi isteri yang solehah
moga menjadi seorang ibu yang solehah
moga menjadi seorang penjawat yang solehah
moga menjadi seorang nenek yang solehah
Moga Kak Ngah serta keluarga diantara Ahli Syurga
Insyaallah











Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)


"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya."
(HR:Ibnu Majah)


"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."

(Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a.)

Wassalam

Sunday, February 13, 2011

Kursus Asas Petanque

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Tiga empat hari yang lepas agak sibuk sedikit, kerana dilantik sebagai urusetia penganjur Kursus Asas Permainan Petanque. Koperasi jabatan kami telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan kursus ini, disamping kerjasama daripada Persatuan Petanque Wilayah Persekutuan KL dan Angkasa.
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan permainan petanque kepada kakitangan, kerana Insyaallah akan dimasukan kedalam salah satu acara sukan tahunan jabatan dan kemungkinan juga dalam acara sukan kementerian kami.
Seramai 50 orang menghadirkan diri dalam kursus ini yang telah diadakan pada 12 Februari 2011, di Arena Petanque PPWPKL, Taman Rekiasi Pudu Ulu, Cheras, yang baru sebulan lepas siap pembinaannya.

Upacara perasmian

Taklimat dan pengenalan asas petanque

menerangkan undang dan peraturan permainan

teknik memegang bola dan cara membaling

seperti kursus kursus lain, sarapan pagi, tengah hari dan minum petang disediakan

sebelah petang diadakan mini pertandingan

wakil pasukan yang telah berjaya diberi hadiah oleh Pengerusi PPWPKL

Alhamdulillah, semua perancangan berjalan lancar serta dalam cuaca yang baik

Islam tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya. Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat.
Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya menggamalkan aktiviti latihanjasmani yang bersesuaian dengan Islam.

Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:
Mafhumnya:
"Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda. "


Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Pepatah Melayu ada menyebut: “ Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang Sihat .” Justeru, gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah- ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya.

Wassalam

Wednesday, February 9, 2011

Kekejaman Rejim Pol Pot, Kemboja - 9

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Hari ketiga di bumi Kemboja, rombongan kami di bawa melawat ke The Killing Fields di Choeung Ek. Perkuburan beramai-ramai ini, ditemui pada tahun 1980 oleh pihak kerajaan. Terletak 17 kilometer selatan Phnom Penh.

Saloth Sar atau lebih dikenali sebagai Pol Pot
The Killing Fields di Choeung Ek

Menyimpan lebih daripada 5000 tengkorak
terdapat tengkorak dan pakaian yang terkorban mengikut kumpulan umur
(contoh, umur 40 tahun hingga 60 tahun) semua pakaian itu telah dibersihkan terlebih dahulu


atas:kubur
beramai-ramai 166 korban ditemukan tanpa kepala
bawah kiri:kubur beramai-ramai 100 perempuan dan anak-anak, majoriti telanjang bawah kanan:pembunuhan beramai ramai seramai 450 orang
Beberapa tulang dan gigi korban bertaburan diatas tanah
tulang dan pakaian yang disimpan dalam akarium

Pokok "ajaib": Sebuah pembesar suara digantung di sini dengan mizik bising untuk membendung rintihan dari korban kerana mereka sedang diseksa.

Gambar gambar yang terdapat di muzium Pol Pot
gambaran kekejaman tentera Khmer Merah

kawasan pembunuhan beramai ramai yang digali semula
atas:peralatan untuk menyeksa dan membunuh korban

bawah kanan:pakaian ulamak Islam yang dibunuh

Lahir : 19 May 1925 (Kampong Thom Province, French Indichina)

Mati : 15 April 1998 (umur 72, Cambodia)

Parti : Communist Party of Kampuchea (Khmer Merah)

Memerintah : Perdana Menteri Demokratik Kampuchea 1976-1979

Isteri : Khieu Ponnary & Mea Son

Biografi Pol Pot

Saloth Sar atau lebih dikenali sebagai Pol Pot, adalah pemimpin gerakan komunis Kemboja yang dikenali sebagai Khmer Merah dan di mana ia cuba untuk "membersihkan" negara, mengakibatkan kematian dijangka dari 1.7 hingga 2 juta orang (Dianggarkan 21 peratus daripada penduduk Kemboja mati semasa Pol-Pot memerintah).

Pol Pot lahir pada tahun 1925 (sebagai Saloth Sar) daripada keluarga petani di Kemboja pusat, sebahagian daripada Indocina Perancis. Pada tahun 1949, pada usia 20, ia pergi ke Paris dengan biasiswa untuk belajar elektronik radio tetapi terserap dalam Marxsisme dan mengabaikan pelajarannya. Ia kehilangan biasiswa dan kembali ke Kemboja pada tahun 1953 dan bergabung dengan gerakan komunis bawah tanah. Pada tahun berikutnya, Kemboja mencapai kemerdekaan penuh daripada Perancis dan kemudiannya diperintah oleh kerajaan monarki.

Penjara Tuol Sleng, pusat saraf dari polis rahsia Khmer Merah. Hari ini Museum Tuol Sleng Genosid.
The Killing Fields di Choeung Ek. Perkuburan beramai-ramai ini, ditemui pada tahun 1980, adalah salah satu bukti pertama untuk dunia luar dari apa yang telah terjadi selama rejim Pol Pot.


Deritan Pol Pot Menjadi Perdana Menteri Demokratik Kampuchea

Pada 1962, Pol Pot menjadi pemimpin Parti Komunis Kemboja dan terpaksa melarikan diri kehutan takut dimurka oleh Putera Norodom Sihanouk. Di hutan, Pol Pot membentuk gerakan bersenjata yang dikenali sebagai Khmer Merah (Red Kemboja) dan mengerakan perang gerila melawan kerajaan Sihanouk.

Pada tahun 1970, Putera Sihanouk digulingkan oleh tentera AS yang disokong oleh sayap kanan, serta bergabung dengan Pol Pot. Pada tahun yang sama, AS menceroboh Kemboja untuk mengusir orang Vietnam Utara dari sempadan perkhemahan mereka, yang menyokong Khmer Merah boleh tinggal di Kemboja.

Dari 1969 hingga 1973, AS mengebom Vietnam Utara suaka di Kemboja timur, menewaskan sampai 150.000 petani Kemboja. Dan akibatnya ratusan ribu, petani luar bandar melarikan diri ke ibukota Kemboja, Phnom Penh.

Semua peristiwa ini mengakibatkan destabilisasi ekonomi dan tentera di Kemboja menyebabkan jalur sokongan popular untuk Pol Pot.


Pada tahun 1975, AS telah menarik pasukannya dari Vietnam. Kerana kerajaan Kemboja diganggu oleh rasuah dan inkompetensi, juga kehilangan sokongan tentera Amerika. Kesempataan keadaan begini dimemanfaatkan oleh Pol Pot, tentera Khmer Merah, yang terdiri daripada gerila petani remaja bergerak ke Phnom Penh dan pada tarikh 17 April berkesan merebut kuasa di Kemboja.

Setelah berkuasa, Pol Pot mula percubaan radikal untuk mencipta sebuah utopia pertanian terinspirasi oleh Mao Zedong. Revolusi Kebudayaan diilham semasa saat berkunjung ke China Komunis.

Mao "Lompatan Jauh ke Depan" program ekonomi termasuk memaksa pengosongan bandar China dan membersihkan dari "musuh kelas." Pol Pot sekarang akan berusaha sendiri "Super Lompatan Jauh ke Depan" di Kemboja, yang ia berganti nama menjadi Republik Demokratik Kampuchea.

Dia mulai dengan menyatakan, "Ini Year Zero," dan masyarakat yang hendak "dimurnikan." Kapitalisme, budaya Barat, kehidupan bandar, agama, dan semua pengaruh asing itu harus dipadamkan menyokong bentuk ekstrem dari petani Komunisme.


Semua orang asing dengan diusir, kedutaan ditutup, dan setiap bantuan ekonomi atau perubatan asing ditolak. Penggunaan bahasa asing adalah dilarang. Surat khabar dan stesen televisyen ditutup, radio dan basikal disita, dan mel dan pengguna telefon terhad. Wang dilarang. Semua perniagaan yang tertutup, dilarang beragama, pendidikan dihentikan, kesihatan dieliminasi, dan pihak berkuasa ibubapa dicabut. Jadi Kemboja tertutup dari dunia luar.

Semua bandar Kemboja kemudian secara paksa dievakuasi. Di Phnom Penh, dua juta penduduk diusir dengan berjalan kaki ke luar bandar di bawah pegawasan tentera bersenjata. Seramai 20.000 orang meninggal sepanjang jalan.

Ramai yang terbiasa dengan kehidupan bandar sekarang dipaksa menjadi buruh paksa di "ladang pembunuhan" dalam kebajikannya tidak dijaga seperti penyakit dan makanan tidak mencukupi.


Waktu kerja mulai sekitar 4 pagi sampai jam 10 malam, dengan hanya dua waktu rehat dibenarkan, semua di bawah kawalan bersenjata tentera Khmer Merah.Senantiasa dihukum bunuh walau untuk kesalahan sedikit. Kelaparan menjadi jadi. Semua hasil tanaman akan dirampas oleh tentera Khmer Merah

Pembersihan dilakukan untuk menghilangkan sisa-sisa dari "masyarakat lama" - yang berpendidikan, yang kaya, rahib Buddha, polis, doktor, peguam, guru, dan bekas pegawai kerajaan, bekas tentera tewas bersama-sama dengan isteri dan anak-anak. Siapapun yang disyaki tidak setia kepada Pol Pot, termasuk pemimpin Khmer Merah, akhirnya banyak ditembak atau dipukul dengan kapak. Sebuah slogan Khmer Merah.. "Apa yang busuk harus dihilangkan".

Di desa-desa, pertemuan tanpa pengawasan lebih dari dua orang dilarang. Orang-orang muda diambil dari orangtua mereka dan ditempatkan di communals. Mereka kemudian menikah dalam upacara kolektif yang melibatkan beratus-ratus pasangan kawin paksa.

Sampai 20.000 orang disiksa dalam memberikan pengakuan palsu di Tuol Sleng, sebuah sekolah di Phnom Penh yang telah ditukar menjadi penjara. Suspek sering ditembak sebelum soal siasat.

Suku bangsa termasuk tiga minoriti terbesar, kaum muslimin Vietnam, China, dan Cham, bersama-sama dengan dua puluh kumpulan yang lebih kecil yang lain, dibunuh. Khmer Merah juga memaksa umat Islam untuk makan babi dan menembak mereka yang menolak


Pada tarikh 25 Disember 1978, Vietnam melancarkan pencerobohan skala penuh untuk menamatkan serangan Khmer Merah di sempadan Kambija. Pada tarikh 7 Januari 1979, Phnom Penh jatuh dan Pol Pot digulingkan. Vietnam kemudian dipasang sebuah kerajaan boneka yang terdiri dari pembelot Khmer Merah sendiri.

Pol Pot berundur ke Thailand dengan tentera Khmer Merah yang masih setia dan memulakan perang gerila melawan suksesi kerajaan Kemboja yang berlangsung selama 17 tahun. Setelah beberapa siri perjuangan kuasa dalaman pada 1990-an, ia akhirnya kehilangan kawalan dari Khmer Merah. Pada bulan April 1998, 73 tahun, Pol Pot meninggal kerana serangan jantung jelas selepas ditangkap, sebelum dia boleh dibawa ke mahkamah oleh mahkamah antarabangsa untuk peristiwa 1975-1979.

Rujukan maklumat
http://www.historyplace.com/worldhistory/genocide/pol-pot.htm

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.”

(Surah an-Naml, ayat 69)

Kita perlu insaf mempelajari perkara baru sepanjang pengembaraan. Allah memberi peringatan mengenai setiap apa yang menimpa manusia adalah hasil kelalaian manusia mematuhi apa yang ditetapkan ajaran agama. Dengan kata lain, melancong adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...