Wednesday, March 30, 2011

Bangunan Ibu Pejabat UMNO diselubungi cahaya

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

MALAYSIA BOLEH

Pemandangan bangunan 42 tingkat ini di waktu siang

apabila malam, ia berubah wajah
kagum, canggih, boleh menarik pelancong


daripada google

daripada google

gambar yang sempat saya ambil daripada dalam kereta


Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah
katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.”
(Hadis riwayat al-Bukhari).


Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan,
2.
Pembaziran amalan jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas,
3.
Pembaziran kekayaan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT,
4.
Pembaziran hati jika kosong dari kasih kepada Allah SWT,
5.
Pembaziran tubuh badan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT,
6. Pembaziran cinta jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya,
7. Pembaziran masa jika tidak diurus dengan sebaiknya,
8.
Pembaziran akal jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan
9.
Pembaziran zikir sekiranya tidak memberi kesan kepada hati .



Wassalam

Monday, March 28, 2011

Ayam Golek di Majlis Walimah

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sedang bersiap-siap pada pagi minggu semalam, untuk balik ke kampung, kerana memenuhi undangan walimah anak jiran mertua.
Terima sms daripada Tuan Haji Ayah Zain, sahabat alam maya, yang telah kunjung mengunjung sesama sendiri, bertanyakan khabar. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan itu, moga ukhwah berpanjangan.

Menu utamanya, ayam golek
Malu nak cerita, tambah nasi....., tambah ayam.......

Bau yang mengancam, masuk kedalam rumah, kerana
dapur pembakar ayam terletak dihadapan rumah mertua

Menggunakan kuasa bateri kereta untuk memusingkan ayam

Sungguh meriah, satu kampung turun,
untuk pesedian makanan serta menjayakan majlis ini


ini tempat parking kereta saya apabila balik ke kampung
menumpang dihadapan rumah bapa pengantin

Doa Untuk Pengantin

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

Wassalam

Sunday, March 27, 2011

Saudara Baru-Muhammad Salim Lee

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sesaorang individu yang pada suatu ketika dahulu, amat benci terhadap Islam, tetapi apabila melihat kepada kawan kawannya yang terlebih dahulu memeluk Islam serta perwatakan segelintir Muslim yang komited kepada agama, membuatkannya mencari-cari kebenaran dan terus bertanya yang akhirnya menjadikannya minat kepada Islam, ini adalah langkah pertama untuk mendapatkan taufik.

Apabila kecenderungannya untuk memahami Islam lebih mendalam, maka ia akan mengkaji lebih mendalam bahawa Islam adalah benar-benar agama lagit yang dicipta oleh Allah. Dia lah Tuhan segala manusia yang patut diberi kepatuhan dan penyembahan mutlak yang tidak berbelah bagi, inilah dinamakan proses hidayat.

Alhamdulillah, baru-baru ini seorang lagi saudara baru dari keturunan bangsa Cina telah diIslamkan di STP.

Pendaftaran

Penerangan asas

Bersedia

Syukur, melafas Dua Kalimah Syahadah

Moga beliau dalam pemeliharaan Allah senantiasa

Wassalam

Thursday, March 24, 2011

Kucing-Memerhati dan diperhatikan (Hukum Jual Beli Kucing)

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

ikan diperhatikan oleh seekor kucing

kucing memerhatikan ikan, sambil menelan air liur

kucing juga diperhatikan oleh tuan punya ikan
sambil mengambil langkah berjaga jaga
sekiranya kucing bertindak liar terhadap ikan









HUKUM JUAL BELI KUCING

di sana ada dua pendapat Ulama:

pertama: HARUS, iaitu pendapat jumhur ulama, 4 mazhab, dan sebahagian pendapat salaf seperti Ibn Abbas, al-Hasan, Ibn Sirin, al-Hakam, Hammad, Al-Thauri, dll.

kedua: HARAM, (setengah kata Makruh), iaitu pendapat Ahmad dalam satu riwayat, sebahagian salaf spt Abu Hurairah, Tawus, Mujahid, Jabir dll.
mereka berdalilkan kepada satu hadis sahih: Nabi ditanya tentang duit hasil jual beli kucing. lalu Nabi melarang daripadanya. -Sahih Muslim.

Dari sudut kaedah2 istinbat hukum, pendapat yang mengatakan HARAM lebih kuat kerana sabit dalam hadis sahih Nabi melarangnya. Dan asal kepada larangan syarak ialah HARAM melainkan dengan dalil lain yang mengubahnya.
walaubagaimana pun, jumhur melihat larangan itu sebagai larangan makruh tanzih.

maklumat drp: http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/feqah-muamalat/10-001/

Petikan Hadis Hadis daripada Google

“Abu Az Zubair, menuturkan: saya pernah bertanya kepada sahabat Jabir tentang hasil penjualan anjing dan kucing? Ia menjawab: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mencela hal itu.”
(Riwayat Muslim)



Dari Jabir, beliau berkata,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing.” (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) [Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih]

Itulah beberapa dalil yang menjelaskan jual beli ketiga benda di atas. Jadi, hadits-hadits di atas menunjukkan terlarangnya jual beli anjing, kucing, dan darah, sehingga hasil penjualannya tidak halal.


Berikut adalah pandangan al-Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi berkenaan dengan penjualan kucing :-

لا يجوز بيع القطط والقردة والكلاب وغيرها من كل ذي ناب من السباع لأن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ذلك ، وزجر عنه ولما في ذلك من إضاعة المال ، وقد نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن ذلك

"Tidak dibenarkan menjual kucing, monyet, anjing atau lain-lain binatang dari kalangan yang bertaring kerana sesungguhnya Nabi saw melarang melakukan demikian, dan kerana ia merupakan pembaziran wang ringgit. maka Nabi saw telah melarang perkara yang sedemikian"

(Fatwa al-Lajnah al-Daa'imah 13/37).


Wassalam

Tuesday, March 22, 2011

Musim Bunga di KL

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Minggu lepas, sama ada kita perasan atau tidak,
sesetengah tempat disekirtar Kuala Lumpur
semacam berada di luar negara yang mengalami musim bunga

Puas saya mencari digoogle nama bunga ini.
ada satu satu pokok tu, penuh dengan bunga
sehingga tidak ternampak daunnya

Tapi sesekali kesian pula kepada tukang kebun
penat membersihkannya

Kalau saya diamanahkan sebagai Datok Bandaraya KL
(berangan ajer ler awak atuk.... he he)
saya akan cadangkan pokok ini ditanam sekitar KL
buat satu tarikan pelancungan

Ramai yang ambil kesempatan menikmati/merakam suasana yang
indah, damai, harmoni, warna warni ini

Pemanasan Global

2 punca pencemaran alam

1. Pembebasan CFC yang melebihi had.
- Manusia mengejar kesenangan, menggunakan penghawa dingin, kereta, dll.
membebaskan gas Klorofluorokarbon
- Menyebabkan kesan rumah hijau
- Menghakis lapisan ozon, menyebabkan pemanasan global.

2. Pembakaran/pembalakan hutan..
- Menebang hutan..kurang proses fotosintesis..
- Oksigen dan Karbon Dioksida di bumi tidak dapat diimbangi
- CO2 yang banyak menipiskan atmosfera.
- Pelbagai sinaran tidak dapat ditapis sepenuhnya spt infrared dan ultraungu


2 Langkah Menjaga Alam Sekitar

1. R&D
- Cipta barangan yang mesra alam (peti sejuk LG..tdk bebaskan CFC)
- menggantikan CFC dengan HidroCFC
- Kaji potensi tenaga hidro dan Biogas utk menggantikan bahan api fosil

2. Tanam bunga atau tumbuhan
- pokok ditanam di tepi jalan.. (PLUS- pokok jati di sepanjang tepi jalan)
- tanam tumbuhan/bunga di atas bumbung atau di persekitaran tempat kerja
dan halaman rumah.
- imbangi O2 dan CO2 melalui proses fotosintesis.

jikalau tersalah tolong betulkan saya

Rujukan: Ultima Lucifer


Wassalam

Saturday, March 19, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah (Perkara yang sunat sebelum mayat dikebumikan) - Part 2/2

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sambungan daripada N3 yang sebelum ini. Sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi daripada kursus yang kami hadir pada tempuh hari, untuk dikongsi bersama.

Ukuran dan cara memotong kain kapan

peralatan untuk menguruskan jenazah (tidak wajib)


cara cara memandikan mayat

cara cara mengapankan mayat


Perkara-Perkara Yang Sunat Dilakukan Sebelum Mayat Dikebumikan

Bila sesaorang itu telah meninggal dunia, maka sunat bagi orang yang hadir dimajlis itu melakukan perkara seperti berikut:

1. Memejamkan kedua belah matanya.

2. Mengikat dagunya ke kepala dengan kain yang agak lebar sedikit dan bersih supaya mulutnya tidak ternganga dan tidak dimasuki oleh binatang-binatang kecil dan lain-lainnya.

3. Hendaklah diletakkan mayat tadi di tempat yang tinggi sedikit seperti katil dan sebagainya, dimana kakinya dilunjurkan kea rah kiblat dan kepalanya mistilah tinggi sedikit dari kakinya dengan diletakkan sesuatu alas di bawah kepalanya seperti bantal dan sebagainya.

4. Semua pakaian hendaklah ditanggalkan, dan ditutup seluruh badannya dari kaki hingga habis kepalanya dengan kain yang sederhana tebal serta dilipatkan tepi kain sebelah atas ke bawah kepalanya dan tepi kain sebelah bawah dilipatkan ke bawah hujung kakinya.

5. Kedua-dua belah tangan mayat itu hendaklah di atas dadanya, tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya seperti keadaan letak tangan semasa sembahyang, dan sebaik-baiknya tangannya itu diikat dengan kain supaya tidak terbuka dan tidak terkulai ke bawah. Dan sebelum itu hendaklah dilipatkan kedua-dua belah tangannya ke bahu, dan kakinya ke peha dengan perlahan-lahan beberapa kali supaya lembut sendi-sendinya dan mudah memandikannya.

6. Hendaklah diletakkan diatas perutnya sesuatu benda yang agak berat sedikit seperti besi dan sebagainya untuk menjaga perutnya supaya tidak membesar dan tidak buncit, tetapi janganlah diletakkan di atasnya Al Quran atau hadis.

Menguruskan Jenazah

Sesaorang yang telah nyata telah meninggal dunia, hedaklah diuruskan manyatnya dengan seberapa cepat. Jangan dilambat-lambatkan dan ditanguh-tanguhkan.

Sabda Rasulullah saw

“Segerakanlah oleh kamu menguruskan jenazah, jika mayat itu baik maka kamu mendekatkan dia kepada kebajikan dan jika mayat itu tidak baik, maka bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkuk kamu”

Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah saw telah mengingatkan kepada Saidina Ali bin Abi Talib

Sabda Rasulullah saw

“Wahai Ali! Tiga perkara jangan engkau lambatkan. Pertama, sembahyang bila waktunya telah masuk. Kedua, menguruskan jenazah bila ia telah hadir (ada) dan ketiga, ketika janda sudah ada orang yang sekufu meminangnya”

Jika seorang itu mati diwaktu malam, hendaklah dikebumikan di waktu siangnya sebelum masuk waktu zohor atau selepas zohor. Dan jika sesaorang itu mati di waktu pagi hendaklah dikebumikan sebelum masuk malam hari.

Tetapi jika sesaorang itu mati waktu petang, bolehlah diuruskan mayat itu pada keesokan harinya, jangan ditanam di waktu malam.

Sabda Rasulullah saw

“Jangan kamu kebumikan mayat itu di waktu malam, kecuali jika terpaksa”

Perkara-Perkara Yang Wajib Dilaksanakan

Bila sesaorang Islam meninggal dunia, maka fardu kifayah atas orang hidup melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. Memandikan

2. Mengapankan

3. Menyembahyangkan

4. Mengkebumikan

Cabutan daripada buku Cara Pengurusan Jenazah Islam, terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Wassalam

Thursday, March 17, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah (Perkara yang perlu dilakukan kepada orang yang baru meninggal dunia) - Part 1/2

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pada 16 Mac 2011, saya dengan beberapa kawan sepejabat menghadiri Kursus Pengurussan Jenazah, anjuran Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), International Campus dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).



Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Orang Baru Meninggal Dunia.

Apabila seorang Islam meninggal dunia, maka bagi orang yang hidup hendaklah melakukan perkara berikut:

1. Hendaklah ditutupkan (dipejamkan) matanya dan menyebut kebaikan serta medoakannya supaya mendapat keampunan oleh Allah bagi dosa-dosanya.

Sabda Rasulullah saw

“Bila kamu menghadapi orang mati, hendahlah kamu menutup matanya kerana sesungguhnya mata itu mengikutkan roh. Dan hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik (mendoakan) maka sesungguhnya ia dipercayai menurut apa yang diucapkan oleh ahli mayat”

(diriwayatkan drp: Syaddad bin Aus)

2. Hendaklah ditutup seluruh badannya dengan kain, sebagai penghormatan terhadapnya, supaya tidak terbuka auratnya..

Sabda Rasulullah saw

“Sesungguhnya Rasulullah saw ketika baginda wafat ditutup dengan kain”

(diriwayatkan drp: Aisyar ra)

3. Ahli keluarga si mati yang mampu hendaklah dengan segera membayar hutang si mati jika ia berhutang samada dibayar daripada peninggalan si mati atau dari pertolongan keluarga itu sendiri.

Sekiranya kaum keluarga si mati tidak mampu membayar hutang tadi, maka terserahlah kepada Allah Taala Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah mengikut tujuan dan maksud semasa orang itu berutang.

Sabda Rasulullah saw

“Hutang itu ada dua jenis. Barang siapa yang mati meninggalkan hutang, sedang ia berniat untuk mati meninggalkan hutang, maka aku yang mengendalikannya, dan barang siapa mati, sedangkan dia tidak berniat untuk membayarnya, maka pembayaranya akan diambilkan dari amal kebajikannya, kerana diwaktu itu tiada emas dan perak untuk membayarnya”

(diriwayatkan drp:Ibnu Umar ra)

Mencium Jenazah

Perbuatan ini tidak menjejaskan kesucian agama Islam, dan tidak pula bercanggah dengan hukum Syarak.

Sabda Rasulullah saw

"Rasulullah telah mencium mayat sahabatnya Osman bin Muaz’un dimana air mata baginda kelihatan mengalir di mukanya (membasahi pipinya)”

(diriwayatkan drp:Aisyah ra)

Menangisi Mayat

Tangisan dikala kematian sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Rasulullah saw. Sendiri pernah menangis dikala isteri baginda Khadijah bt Khuwailid yang dicintainya kembali ke rahmatullah dimana tahun itu dinamakan oleh baginda tahun dukacita.

Sabda Rasulullah saw

“Air mata mengalir dan hati ku dukacita. Dan tidak sesuatu yang ku sebutkan selain daripada yang disukai Allah. Sesungguhnya aku merasa dukacita dengan permegian engkau Ya Ibrahim”

Meratap

Meratap ialah menangis dengan berlebihan sehingga sampai menjerit-jerit, mengoyakkan pakaian, menampar muka dan dada sambil menyebut nama dan jasa si mati. Pebuatan ini adalah haram dan tidak boleh dilakukan kerana perbuatan ini adalah perbuatan orang-orang di zaman jahiliah.

Sabda Rasulullah saw

“Bukan gulungan kami orang yang meratap memuku-mukul pipinya dan mengoyak-ngoyak baju serta menjerit-jerit seperti jeritan orang-orang jahiliah”


Sabda Rasulullah saw

“Aku berlepas tangan terhadap orang yang menjerit-jerit dan orang yang menarik-narik rambut dan orang yang mengoyak-ngoyak pakaian”

Bukan sahaja haram dan berdosa tetapi juga akan menambahkan siksa mayat yang berada di dalam kubur.

Sabda Rasulullah saw

“Mayat itu akan disiksa di dalam kuburnya kerana ratapan terhadapnya”

Cabutan daripada buku Cara Pengurusan Jenazah Islam, terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

.................. part 2

Wassalam

Tuesday, March 15, 2011

Memenuhi Undangan Walimatul Urus

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Cuti sekolah sinonim dengan majlis kenduri. Hari sabtu yang lepas, selepas zohor, memenuhi jemputan kenduri aqiqah cucu salah seorang Imam surau. Sedap masakannya, maklumlah kambing masak kari. Satu lagi jemputan walimatul urus di kuarters, Jalan Cochrane.

Hari ahad pula menunaikan hajat kawan isteri yang menyempurnakan walimatul urus anak perempuan beliau di kuarters guru, Gombak. Istimewanya dimajlis ini, tetamu jemputan dihidangkan dengan kumpulan qasidah.

Kumpulan ini mengalunkankan ayat-ayat kebesaran memuja Allah dan zikirullah serta mengisahkan riwayat Nabi Junjungan Muhammad saw.

Anggotanya terdiri dari semua peringkat umur. Mereka membuat persembahan dengan penuh semangat, macam melihat video klip padang pasir pulak. Ramai yang terpegun dan memuji tuan rumah kerana persembahan kumpulan itu.





menikmati daging lembu baru

Masih mengekalkan amalan gotong royong

Daripada Gombak, terus ke Kuala Selangor, rumah sepupu isteri. Kerana majlis walimatul urus anak perempuan beliau. Majlis nampak meriah, maklumlah baru pertama kali menerima menantu. Alhamdulillah, dapat berjumpa ramai saudara mara.

Majlis yang ketiga pula dekat dengan rumah mak mertua, di Kampung Kuantan. Disini ramai berjumpa dengan orang kampung pula. Masa inilah ada kesempatan untuk beramah mesra dengan mereka.

Hukum menghadiri undangan walimah

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Dan barangsiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Wassalam

Saturday, March 12, 2011

Conteng atau Lukisan

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Dalam 2 tahun kebelakangan ini saya perhatikan tembuk dinding berhampiran pasar besar carrefour, Wangsa Maju, dalam 3 atau 4 bulan sekali bertukar wajah, corak atau lukisan.

Berbagai corak dan berbagai warna yang dipamirkan. Kadangkala saya tak faham apa yang tersirat dan tersurat disebalik lukisan itu, hanya mereka orang seni yang boleh memahaminya.

Pada pagi minggu yang lepas, kira kira pukul 7.30 pagi, saya tersempak dengan para artis sedang mencurahkan ilham mereka pada tembuk dinding yang selalu saya perhatikan selama ini. Saya merasa kagum dengan beberapa orang anak muda sedang melukis menggunakan cat semburan, spray sana spray sini, tup tup menjadi lukisannya.

Kali ini mereka gunakan warna hitam, putih dan kelabu sahaja

Kalau nak dikira, menggunakan banyak kos untuk ini
perhatikan tiada pula tertera tajaannya

atau mukin mereka sedang menyiapkan assignment dalam cocts mereka
macam Che' Pit atau Syima yang masih dalam alam persekolahan lagi
he he jangan marah yer.., habis nanti, anda jadi bos saya pulak


Ini mungkin tanda nama mereka

KESIMPULAN HUKUM TENTANG GAMBAR (LUKISAN) DAN PARA PELUKISNYA

Di sini bisa kita simpulkan mengenai hukum lukisan dan para pelukisnya secara ringkas sebagai berikut:

A. Jenis lukisan (gambar) yang paling berat dosanya adalah gambar sesuatu yang disembah selain Allah. Ini menjadikan pelukisnya (pemahatnya) menjadi kafir apabila dia mengetahui tujuannya. Dalam hal ini gambar yang berbentuk itu lebih berat lagi dosanya dan pengingkaran kita terhadap-Nya. Juga setiap orang yang menyebarkan gambar itu atau mengagungkannya dengan cara apa pun, maka ia masuk ke dalam dosa itu sejauh keikutsertaannya.

B. Tingkat yang kedua dalam besarnya dosa adalah orang yang menggambar sesuatu yang tidak untuk disembah, tetapi dimaksudkan untuk mengungguli ciptaan Allah SWT. Ini mendekati kekufuran dan dia berkait erat dengan niat orang yang menggambar.

C. Satu tingkatan di bawahnya lagi adalah gambar-gambar yang berbentuk yang tidak disembah, tetapi diagungkan. Seperti gambar raja-raja, para pemimpin dan selain mereka dari tokoh-tokoh yang diabadikan dengan patung dan dipasang di lapangan dan tempat-tempat lainnya. Di sini sama antara yang utuh satu badan atau setengah badan.

D. Tingkatan di bawahnya lagi adalah gambar-gambar yang berbentuk untuk setiap yang bernyawa, yang tidak disucikan dan diagungkan. Ini disepakati haramnya, kecuali mainan anak-anak atau yang dipakai untuk permen.

E. Tingkatan di bawahnya lagi adalah gambar-gambar yang tidak berbentuk, berupa lukisan-lukisan yang diagungkan. Seperti lukisan para pengusaha, pemimpin dan lainnya, terutama yang ditempel atau digantung. Semakin kuat haramnya apabila mereka itu adalah orang-orang zhalim, fasik dan kafir, karena mengagungkan mereka berarti merobohkan Islam.

F. Tingkatan di bawahnya lagi adalah gambar-gambar yang tidak berbentuk, mempunyai nyawa yang tidak diagungkan, tetapi sekedar untuk kemewahan. Seperti hiasan dinding, ini hukumnya makruh.

G. Adapun gambar-gambar yang tidak bernyawa seperti pohon, kurma, lautan, kapal, gunung-gunung, awan dan sejenisnya dari pemandangan alam maka tidak berdosa bagi orang yang menggambarnya atau memasangnya, selama tidak mengganggu ketaatan atau tidak untuk kemewahan yang dimakruhkan.

H. Adapun fotografi, pada dasarnya boleh, selama foto itu tidak diharamkan. Kecuali kalau sampai mengkultuskan seseorang, terutama dari orang-orang kafir atau fasik, Komunis dan para artis yang melecehkan nilai-nilai ajaran Islam.

I. Terakhir, sesungguhnya patung-patung dan lukisan-lukisan yang diharamkan atau dimakruhkan, apabila diubah bentuknya atau dihinakan, maka berubah dari lingkup haram dan makruh ke lingkup halal. Seperti gambar-gambar di kain keset yang diinjak-injak oleh kaki dan sandal.

maklumat drp:http://luk.staff.ugm.ac.id/kmi/islam/Qardhawi/Masyarakat/Kesimpulan.html

"Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di sisi Allah adalah orang-orang yang menggambar (membuat patung untuk disembah)." (HR. Muttafaqun 'alaih)

“Kami mempunyai kain gorden yang bergambar burung. Orang yang hendak masuk, tentu akan melihat kain gorden yang bergambar tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Gantilah kain gorden ini, kerana setiap kali aku masuk dan melihatnya aku menjadi ingat kepada dunia. Aisyah berkata: Kami mempunyai benang yang boleh kami katakan sutera, maka kami memakainya .” (Muttafaq 'Alaih)

Wassalam

Wednesday, March 9, 2011

Penjajaran (alignment) tayar

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Dua hari lepas menemani kawan sepejabat pergi membuat penjajaran tayar keretanya. Sekadar menemani sahaja, kerana bab kereta ni memang saya tak tahu langsung. Kalau kereta saya ada masaalah, saya akan mengadu hal kepada seorang kawan di seksyen lain, yang membuat part time sebagai pomen di kawasan rumahnya.

peralatan sekarang dah bertambah morden
menggunakan sensor, tak ada wayer lagi

Ini sedikit panduan yang saya copy dari blog Sharimi.
banyak terdapat panduan untuk menjaga kereta dalam blog beliau


Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

Sumber maklumat: https://sharimi.wordpress.com/2009/10/10/tip-tip-penjagaan-kereta/

Wassalam

Tuesday, March 8, 2011

Membuat Kad Pengenalan Azim

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah, semalam selesai satu tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Ia itu membuat kad pengenalan untuk anak bongsu saya Abdul Azim, yang telah genap umurnya 12 tahun pada 04 Februari 2011 yang lepas, (n3 birthday disini)

Alhamdulillah, tidak ramai orang yang berusan, cuma perlu menunggu giliran yang kelima lagi sahaja. Dalam masa 45 minit telah selesai semua.

Mendapat layan yang mesra serta memuaskan daripada kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Wangsa Maju
Insyaallah dalam masa 3 hingga 4 minggu akan siap kad pengenalan anak saya.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.

  • Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).

  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :

  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.

  • Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.

  • Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).

  • Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

  1. Warganegara

    Jadual Pembayaran 1A

    BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
    (WARGANEGARA)

    Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.

    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN

    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)

    BAYARAN
    PROSES
    (RM)

    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)

    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)

    12 THN HINGGA 12 THN 30 HARI

    -
    -
    -
    -

    12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN

    -

    10.00

    1.00

    11.00

    13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN

    -

    10.00

    2.00

    12.00

    14 THN 1 HARI HINGGA 15 THN

    -

    10.00

    4.00

    14.00

    15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN

    -

    10.00

    6.00

    16.00

  2. Bukan Warganegara

    Jadual Pembayaran 1B

    BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYPR BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
    (BUKAN WARGANEGARA)

    Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.

    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN

    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)

    BAYARAN
    PROSES
    (RM)

    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)

    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)

    12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN

    40.00

    10.00

    1.00

    51.00

    13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN

    40.00

    10.00

    2.00

    52.00

    14 THN 1 HARI HINGGA 15THN

    40.00

    10.00

    4.00

    54.00

    15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN

    40.00

    10.00

    6.00

    56.00

Makluman: Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

Maklumat daripada : http://www.jpn.gov.my/kad-pengenalan

LinkWassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...