Wednesday, December 12, 2012

Pulut Durian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Orang memberi, kita merasa
semalam kawan sepejabat memanjangkan sedekah atau sumbangan daripada kebun durian keluarganya.
Saya doakan agar kebun keluarganya bertambah lebat buah buahnya di musim akan datang.

Pulut durian ni menu orang Perak dan mungkin ada juga di negeri negeri lain. Masa kecil kecil dulu bila musim durian, ini lah yang selalu jadi menu utama.


Bahan bahan untuk membuat pulut durian
Durian, pulut, santan mentah, garam dan gula (gula pasir atau gula kabung)

 Asingkan durian dengan isinya dan gaul semua bahan

Enak dirasa, hingga menjilat jari
Kalau gunakan sudu, jilat sudu la...he he

kita orang dah buat durian crepe terlebih dahulu.....



Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.



WASSALAM

11 comments:

  1. assalamualaikum atuk

    belah utara jer wat pulut durian macam ni. klu belah selatan lebih suke wat serawa atau bubur durian.... lebih sedap dari crepe

    ReplyDelete
  2. pagi2 tayang pulut durian mmg sedap sgt neh!!!
    trus ngidam.. sob sob sob~

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah atuk... Menu orang Perlis jugak ni.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa..terliur tetiba nih..hehe..

    ReplyDelete
  5. tahun ni tak buat lagi pulut durian..suami beli durian tak dan nak buat apa pun..saya ngap dulu sampai habis..hahah

    ReplyDelete
  6. bila makan pulut durian,saya selalu melawak dgn suami dan anak2..
    "org yg bermisai tebal tu,mesti melekat kat misai ,kan.kalau makan pulut durian..eiiii..:"

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dpt durian free. Wah durian crepe, sapalah yg mulakan fenomena ni. kreatif sungguh.
    Terharu kan dgn hadis tu. Kita makan melampau2...

    ReplyDelete
  8. Allhamdullah sedap tu tuan Hj..disini tak ada durian pun....teringat akan Malaysia bila ana tgk durian di N3 tuan Hj....

    Wsalam

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Atuk..

    Sedapnya atuk, terliur pulak ni. Kat Terengganu pun ada makan macam tu atuk, sedap!.
    Waa dah buat durian crepe rupanya,best2!!!

    ReplyDelete
  10. as-salam atuk..
    saya belum pernah maklan pulut durian ni..teringin juga mahu rasa

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...