Monday, April 30, 2012

Kucing Sarawak 2012 - Kubah Ria



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setelah melawat Dewan Bandaraya Kuching Utara, sambil melihat keindahan suasana petang disini, saya menuju ke Satok pula, untuk makan malam

Food cord yang terletak di tepi Sungai Sarawak, Kubah Ria
baru dibuka dan ramai yang mengunjunginya

berdekatan dengan jambatan gantung Satok yang dibuka pada tahun 1926 dan di tutup pada tahun 2004

Hanya tinggal tiang jabatan di kiri kanan sungai tanda sejarah setelah ada jambatan baru di sebelahnya

Nak mencuba makan ambal atau yang saya kenal pepahat
sea food popular di Satok

tiada banyak pilihan kerana tiada musimnya


udang masak mentega


Firman Allah SWT


“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan”.

Surah al-Maidah (5):96



WASSALAM

Sunday, April 29, 2012

Vietnam 2012/1 - Cuti Berblog Seketika



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Mohon cuti berblog seketika daripada kawan kawan semua...he he macam mohon cuti kat boss pula yer. Bukan apa, nak ucap terima kasih kepada semua yang masih sudi menziarah PHD dan yang meninggalkan komen pada N3 yang sebelum ini.

Hari ini hari ketiga saya, isteri serta rombongan berada di Ho Chi Minh, Vietnam dan Insyaallah akan balik pada hari Selasa.

Tapi Insyaallah saya nak buat dua tiga N3 pasal saya ke Sarawak dahulu, sebelum menceritakan pengalaman di Vietnam ini.



Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” 

(Surah al-Hajj, ayat 46)


WASSALAM

Wednesday, April 25, 2012

Kuching, Sarawak 2012 - Dewan Bandaraya Kuching Utara


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari kedua berada di Kuching, selepas mesyuarat, sempat pergi sekejap ke Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara. Ia terletak di kawasan tinggi, suasana yang nyaman dan sejuk sedikit.

pemandangan dari luar bangunan

loby

landscape yang menarik

pemandangan Bandar Kuching

di sebelah loby

suasana di dalam rumah

di loby terdapat pameran gambar-gambar
Bandar Kuching sekitar 1800an



Muzium kucing

tak sempat masuk, kerana lewat sampai


Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, 

“Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan)”

[HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].



WASSALAM

Tuesday, April 24, 2012

Kuching, Sarawak 2012 - Tune Hotel


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sambung semula cerita semasa berada di Sarawak
Setelah penat meninjau Fort Margherita
saya menuju ke Tune Hotel
check in memang tepat pukul 2.00 petang

perkhitmatan menyimpan beg RM2.00 setiap satu beg

bilik RM100.00 + service tax RM6.00
service charge RM10.00
(harga semua untuk 2 malam)

Air Cond (24 hours credit) RM20.00
+ service tax RM1.20

Entertain paackage-24 hour period (32-inch LCD TV with 12 channels)
RM9.99 + service tax RM0.60

towel rental + free essentials toiletries kit
RM10.00 + service tax RM0.60

aircon : 22 jam 10 minit
tv : yes

hari kedua aircon tinggal 25 minit sahaja
tv dah tak aktif (sebab on semasa tidur)


kelebihannya berdekatan dengan Waterfront






Diriwayatkan oelh Al-Bara’ bin ‘Azib ra., beliau berkata:

 “Sesungguhnya Nabi SAW bila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tuhanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” 


[HR. At-Tirmidzi]


WASSALAM

Monday, April 23, 2012

Kunjungan Memberi Semangat dan Galakan Kepada Kak Uda



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada pagi sabtu yang lepas saya pergi ke Banting, bersama isteri dan Kak Ngah yang kebetulan balik bercuti selama tiga minggu.

Tujuannya adalah untuk memberi semangat serta galakan kepada Kak Uda yang sedang menduduki peperiksaan sem akhir di Matrikulasinya.


menu pilihan Kak Uda

restu daripada ibu serta iringi doa kejayaan yang senantiasa menemani Kak Uda

doa serta galakan daripada Kak Ngah

doakan Kak Uda semoga lapangkan dada, dipermudahkan segala urusan dan lepaskan kekakuan lidah supaya mereka mengerti perkataan serta dalam perlindungan Allah senantiasa.


Doa untuk menghadapi ujian 

“Ya Allah, sesungguhnya aku titipkan kepada-Mu apa yang Engkau telah ajarkannya kepadaku. Maka kembalikanlah ia kepadaku sewaktu aku mengkehendakinya. Dan, janganlah Engkau melupakannya dariku, wahai Zat Yang Menguasai seluruh alam. ”


WASSALAM

Sunday, April 22, 2012

Kak Yang Beli Printer



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kak Yang memanfaatkan wang biasiswa JPAnya dengan membeli sebuah printer


Canon E500 dengan harga RM249.00
di kedai komputer dalam Carrefour, Wangsa Maju

dapat hadiah sekaki payung

boleh print, copy dan scan




Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)




WASSALAM

Saturday, April 21, 2012

Pemilihan AJK Baru Masjid As Sobirin 2012


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi tadi, Masjid As Sobirin, mengadakan Mesyuarat Agung Khas, yang bertujuan untuk pemilihan AJK baru 2012-2015


Anak Kariah muslimin mendaftar

 Urusetia dan Petugas 

 Pendaftaran Muslimat

Meneliti profail calon-calon


Undia sedang berjalan

Alhamdulillah, pemilihan AJK masjid berjalan lancar


Islam memberi penekanan yang hebat terhadap kriteria pemimpin yang dipilih untuk memikul sesuatu amanah. Malah Nabi telah menyatakan bahawa kesilapan memberikan jawatan kepada mereka yang tidak berkelayakan akan hanya menyebabkan kita terdedah kepada kehancuran. Seperkara yang menarik lagi tentang panduan pemilihan pemimpin yang dijelaskan oleh Nabi ialah, pemimpin tidak sepatutnya dilantik daripada kalangan mereka yang meminta atau mengharapkan jawatan tersebut.

(Sahih Bukhari, hadis 1848)


WASSALAM

Friday, April 20, 2012

Terima Kasih Bos


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tanda terima kasih kepada mereka
yang telah banyak membantu
menjayakan urusan yang telah diamanahkan


 Makan tengah hari di Saba Restaurant
Dataran Setiawangsa, Jalan Jelatek

 Flavoured Malt RM4.00

 Mandi-Lamb (R) RM20.00
Mandi-Chicken (H) RM17.00

Mango Juice RM8.00
Orange Juice RN7.00
Mineral Water RM1.00

Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. dalam perjalanan balik dari menghadiri suatu upacara pengkebumian. Seorang perempuan telah menjemput Baginda s.a.w.untuk menjamu selera dirumahnya. Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabtnya yang lain pun menuju kerumah perempuan tadi. Apabila makanan dihidangkan, Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan susah untuk menikmati walau sesuappun makanan itu. Baginda s.a.w. berkata: "Nampaknya binatang ini telah disembelih tanpa kebenaran tuannya." Perempuan itu berkata: "Ya Rasulullah, saya telah menyuruh seorang lelaki membelikan saya seekor kambing dipasar. Malangnya kambing--kambing telah kehabisan. Jiran saya telah membeli seekor kambing tempoh hari, jadi saya menghantar lelaki itu kesana untuk membelinya. Jiran saya itu tidak ada dirumah dan yang menjual kambing itu ialah isterinya."


Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkannya supaya membahagi-bahagikan daging kambing tadi kepada orang-orang tawanan.


WASSALAM

Thursday, April 19, 2012

Kuching, Sarawak 2012 - Fort Margherita


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setelah sarapan di Tun Jugah, lebih kurang pukul 11.30 pagi, nak menunggu check in lama lagi. Jadi saya dibawa melawat ke Fort Margherita (Kubu Margherita) yang terletank di seberang Bandar Kuching, ia itu Kampung Boyan.


Gambar lama tapak Waterfront sekarang yang jelas kelihatan Fort Margherita (snap daripada pameran di Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara)


Menaiki bot untuk keseberang, Kampung Boyan
50 sen seorang, pukul 10.00 malam ke atas tambangnya RM1.00 seorang


Papan tanda arah ke Fort Margherita


Dianggarkan 250 miter daripada jeti penambang


Melaui celah-celah rumah penduduk setempat


Surau Kampung Boyan


Rumah yang unik, sebahagiannya dibuat daripada batang pinang




Dekelilinggi dengan meriam




Bilik tahanan




Tembuk kawalan


Dataran yang terletak di tepi sungai


Bersebelahan dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak


Info Fort Margherita

Kubu Margherita di bina pada 1878. Terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat ini dikelilingi oleh Kampung Melayu. Kubu ini dinamakan 'Fort Margherita' bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.

Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941.Pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993).

Kubu ini berbentuk bangunan segi empat dibina dari batu-bata berplaster. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu tingkat bawah berlantai tanah untuk kawalan dan bilik tahanan. Tingkat 1 dan 2 berlantai kayu belian untuk ruang kediaman tentera. Manakala bahagian bumbung merupakan tempat kawalan.

Akibat serangan yang lebih hebat dari penduduk pribumi, kubu ini telah diperbesar pada tahun 1934 dengan membina tembok tinggi yang bersambung dengan bangunan asal. Ia dilengkapi dengan dua menara tinjau dan laluan untuk tentera berkawal pada sepanjang tembok. Lubang-lubang meriam dibina pada tembok menghala Sungai Sarawak dan perkampungan Melayu di bawah bukit.

Kubu ini dijadikan pengkalan Renjer Sarawak ada tahun 1932, Pejabat Kampetai Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2 dan terakhir sebagai Muzium Polis. Jabatan Warisan Negara telah membuat kerja pembaikan pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, ia mengalami kerosakan setelah dikosongkan oleh Polis sewaktu projek pembinaan bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sawarak bersebelahan kubu ini. Konservasi kubu ini merupakan salah satu projek utama Jabatan Warisan Negara pada tahun 2011-2012 di bawah Program Rancangan Malaysia ke-10.

rujukan disini


Dari Nabi s.a.w, sabdanya:

"Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah….."

Ibn Abbas r.a


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...