Wednesday, August 29, 2012

Pertukaran Lima Orang Pegawai dan Sambutan Raya SPgD 1433H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

 Majlis Pertukaran Pegawai lima orang pegawai





 En Shahsuri naik pangkat

 En Shahril bertukar seksyen
En Azimi bertukar ke Terengganu

 Cik Haslina bertukar ke Kedah
Puan Ismaniza bertukar ke Pahang

Selepas Majlis Pertukaran diadakan pula 
Majlis Sambutan Hari Raya SPgD


 Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh  Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim


WASSALAM

Tuesday, August 28, 2012

Syukur Dipermudahkan - Aidil Fitri 1433H



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alhamdulillah, Aidil Fitri tahun ini disambut dengan sederhana sahaja. Tapi lebih bersyukur kerana dipermudahkan segala perancangan dan perjalanan berjalan lancar, serta selamat sampai ke KL semula.

Sepatutnya giliran raya tahun ini di kampung saya, tapi ibu mertua agak kurang sihat, Jadi kami beraya di kampung isteri. Apabila anak menantu dan cucu balik, ibu mertua nampak sihat dan ceria. Alhamdulillah.

Pagi raya kedua kami beraya di kampung emak saya pula.
Ini kira-kira jadi tetamu emak la....

Adik Bungsu belanja anak-anak buahnya main bunga api

Rezeki....durian baru mula luruh


Balik ke rumah sendiri, seperti biasa, pakaian berlambak-lambak laaaa

Hari Sabtu, tetamu kawan Abang Long


Malamnya pula, tetamu kawan Kak Ngah


Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”


WASSALAM

Monday, August 27, 2012

Menjalankan Tugas Semula






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ini kita mulakan kerja dengan niat kerana Allah SWT.
Semoga ada keberkatan di dunia dan di Akhirat


Mulai semula mengadap komputer

Sebelum itu kita mulai dengan doa ini
Doa ketika memulakan kerja

ps: tapi tak boleh nak elak...mod raya tetap ada lagi..he he

WASSALAM

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidul Fitri 1433 H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Apabila para sahabat Rasulullah saw. bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain

"TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA"
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)


Moga Allah meletakan kita semua senantiasa berada di atas jalanNya 

WASSALAM

Friday, August 17, 2012

YB Azmin Ali Iftar di STP


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dalam sesi jelajah Ahli Perlimen Gombak, Azmin Ali.
Iftar beliau pada 27 Ramadhan adalah di STP




Hadis Mengenai Wanita

Perempuan yang sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syuga mana yang dikehendakinya

WASSALAM

Thursday, August 16, 2012

Majlis Khatam Al Quran STP - 1433H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, tahun ini sambutan daripada kumpulan anak-anak menggalakan, peserta tadarus kanak-kanak mencecah 48 orang, melebihi daripada peserta tahun lepas.
Peserta muslimin seramai 20 orang. Serta peserta muslimat seramai 50 orang, mereka bertadarus sebelah pagi.

Malam tadi, ia itu malam ke 27 Ramadhan 1433H, STP mengadakan Majlis Khatam Al Quran

Sumbangan STP kepada anak-anak peserta tadarus











Hadis Mengenai Wanita

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

WASSALAM

Wednesday, August 15, 2012

Ros Kerepek - Banting



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Raya tahun ini tak dapat nak beli kerepek yang agak murah harganya. Selama dua tahun yang lepas, selalu singgah di Ros Kerepek, Banting. Kerana tahun 2010, Kak Yang dan 2011, Kak Uda belajar di Matrikulasi Selangor, Banting.

Selain harga kerepek yang murah, saya suka melihat lanskapnya yang cantik.













Hadis Mengenai Wanita

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama


WASSALAM

Tuesday, August 14, 2012

Nasi Tumpang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Iftar saya semalam adalah nasi tumpang
Sumbangan daripada kawan isteri saya
Ia beli di kawasan Taman Keramat
dengan harga RM3.00

Dibungkus dengan daun pisang berbentuk kun

 Bentuk setelah dibuka bungkusannya

Nasinya agak lembik
lauknya sambal udang 1 ekor, ayam seketul, telur dadar, kentang dan kerisik daging


Hadis Mengenai Wanita

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan


WASSALAM

Monday, August 13, 2012

STP Menyampaikan Sumbangan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Antara acara tahunan yang diadakan oleh STP adalah menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan OKU yang menjadi anak kariah STP.

Pada hari sabtu yang lepas satu majlis ringkas diadakan bagi tujuan ini. Tahun ini seramai 49 orang penerima sumbangan. Sedikit sebanyak dapat meringankan sedikit bebanan mereka yang kurang bernasib baik.



Sumbangan ini diterima oleh STP daripada mereka-mereka yang berjaya di dunia dan ingin berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik serta mengharapkan kecemerlangan di Akhirat nanti. Insyaallah.

Moga Allah melipat gandakan lagi rezeki mereka yang pemurah ini.



Sabda Nabi SAW

"Sesiapa yang melepaskan dari seorang Mu'min suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, pasti Allah akan melepaskan darinya suatu kesusahan-kesusahan Hari Kiamat"

(Riwayat Abu Hurairah).


WASSALAM

Thursday, August 9, 2012

PM Kita Pemurah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sumbangan bubur lambuk daripada PM



حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ عَنْ الْحَسَنِ قَالَ عَادَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ قَالَ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ عَلِمْتُ أَنَّ لِي حَيَاةً مَا حَدَّثْتُكَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Abu Ja’la (Ma’qil) bin Jasar r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: 

tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat  kemudian ketika ia mati, ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya Syurga. 

(HR. Bukhari, Muslim)


rujukan : disini

WASSALAM

Wednesday, August 8, 2012

Kak Uda Buat Pemeriksaan Perubatan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Minggu lepas membawa Kak Uda ke HKL untuk membuat Medical Check Up bagi tujuan kemasukan UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, dapat melanjutkan pelajaran dalam kursus Sains Teknologi Bio Komposit.

Moga Allah lapangkan dada Kak Uda, permudahkan segala urusan Kak Uda dan lepaskan kekakuan lidah Kak Uda agar mereka mengerti perkataannya.

Pendaftaran di Wisma Kayu

 Mengisi borang

 Bayaran pemeriksaan kesihatan ini sebanyak RM20.00 di Bangunan Hospital Bersalin

 Penyerahan urine test di sebelah bilik rawatan pesakit luar perempuan

Jabatan X-Ray di tingkat 1

Insyaallah, akan hadir semula ke Wisma Kayu untuk mengambil keputusan pemeriksaan. Moga semuanya berjalan lancar.


Hadis Mengenai Wanita

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendalhulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan/mengembirakan anak perempuan seolah-olah telah memerdekakan anak Nabi Ismail


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...