Friday, November 30, 2012

Seni di DREEBU Sdn Bhd


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selalunya saya lalu lalang sahaja di depan Dreebu. Minggu lepas baru kesempatan singgah di sini. Hampir sejam juga kami berada di kilang dan Pusat Pameran ini, menikmati kehalusan seni. Tak mampu nak bawa balik, cuba duduk duduk kat sini ajer..


Kilang dan Pusat Pameran Dreebu, terletak di Lot 428-A, Bt 18, Merbau Sempak, Jln Kuala Selangor, 47000 Sg Buluh, Selangor.

Lokasi yang strategik terletak di tepi Jalan Kuala Lumpur - Sungai Buloh - Kuala Selangor dan bersebelahan dengan persimpangan atau susur ke Lebuhraya Guthrie.




 Pintu masuk

 Jururunding menemani kami

 RM5,800.00

 RM188,800.00


  
 RM8,800.00

RM1,080.00

Kawasan kilang



Latar Belakang Pengarah

Nama                                  Mohammad Affandy
No . Kad Pengenalan     841020-10-6053
Umur                                   26 Tahun
Tarikh Lahir                       20.10.1984
Tempat Lahir                    Kajang
Status                                 Bujang
Jawatan                             Pengarah
Kelulusan                         SPM ( Aliran Agama)
Pengalaman                    i) Waiter - 1 Tahun (Hotel Istana, Hotel shangrila) 
                                           ii) Penyelia Kilang- 2 Tahun
                                          iii) Pengurus D'Reebu- 3 Tahun





Dari Amar Ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya, Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah saw. bersabda:

“Makanlah, minumlah, berpakaianlah, dan bersedekahlah tanpa berlebihan dan sikap sombong.” 

Riwayat Ahmad dan Abu Dawud. Hadits mu’allaq menurut Bukhari.





WASSALAM

Thursday, November 29, 2012

Banjir Kilat di Kawasan Pejabat



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Jam  4:10 petang hujan mula turun dengan lebat dan berpanjangan. Menyebabkan kawasan parkir pejabat kami dinaiki air kira kira banjir kilat la....



Teringat kat orang kampung yang punca pendapatannya dengan menoreh getah.....!!!!


Firman Allah swt.


 ... Dan engkau lihat bumi ini kering tetapi setelah kami turunkan air (hujan) padanya, ia menjadi lembut dan subur dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan dan buah-buahan yang cantik dan lazat.

(Al-Hajj: 5)


WASSALAM

Wednesday, November 28, 2012

Bola Hujan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Musim cuti sekolah ni kebanyakan anak anak membuat aktiviti macam macam. Mukin zaman dah berubah, budak budak sekarang ini mengadap gejet ajer. Kalau tak mengadap komputer, menonton tv atau PS2 atau PSP dan lain lainnya. 


Petang semalam dalam hujan lebat ternampak sekumpalan budak budak sedang bermain bola dalam hujan lebat

Adakah sesuai riadah semacam ini



Islam Mementingkan Kasih Sayang

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”

Riwayat at-Tabrani



WASSALAM

Tuesday, November 27, 2012

MAHA 2012



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada hari ahad 25 November 2012 bersama isteri yang ingin merasa pergi ke pameran MAHA daripada dulu lagi. Sebelum itu singgah di kolej Kak Yang, ambil dia.


Peta panduan pengunjung

 Kami sampai pukul 10:30 pagi, parkir yang berhampiran telah penuh. Kena parkir yang paling jauh (Bukit Ekspo, dalam kawasan UPM), kira kira 1 km. Bayaran parkir RM3.00, yang lain semuanya percuma.
Dalam 15 minit menunggu, kami menaiki bas perantara.

 Kami cuma pergi melawat Dewan A, B1, B2, C, dan D

 Buah tembikai rock
Buah nangka

 Orkid


 Buah Mahkota Dewa

 Pelukis Khat daripada Negara China

 Hiasan dalam akuarium, dimenanggi oleh SMK Sg. Acheh, Pulau Pinang

 Dhob (biawak padang pasir)
Madu lebah (banyak terdapat)

 Agro Bazar


Selama 4 jam lebih berjalan untuk mengunjungi dalam kawasan dewan sahaja. Tak larat dah untuk melawat ladang kambing/lembu, ladang tanaman dan yang lain lainnya. Ini pun dah rasa longgar lutut.




Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: 

"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." 

(Hadis riwayat Imam Ahmad). 

Demikianlah pentingnya kegiatan pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan kerana ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan. 



WASSALAM

Monday, November 26, 2012

Cermin Mata Mertua



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dah lama juga emak mertua tak datang tidur di rumah kami, alasan dia 'tak nak aku duduk seorang, tiada kawan'. Cuti sekolah ni anak anak ada di rumah. Mahu juga dia seminggu berada bersama kami.

Emak ada mengadu kepada isteri saya, cermin matanya dah tak berupa jelas. Dikesempantan ini, kami temankan mertua membuat cermin mata yang baru, di Optik Idaman, Gombak.




HADIS MENGENAI WANITA

Dari ‘Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:

”Apabila seorang isteri menyedekahkan makanan dari persediaan yang ada di rumahnya tanpa mengurangi keperluan rumahtangganya, maka si isteri itu mendapat pahala kerana dia yang menyedekahkannya dan si suami mendapat pahala kerana dia berusaha (menghasilkannya) dan seorang bendahari juga mendapat pahala tanpa berkurang sedikit pun.”

WASSALAM

Saturday, November 24, 2012

Selesai - Masaalah Picasa Album Penuh



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Entry berkaitan Tolong

Alhamdulillah
Syukur


Boleh berblogging semula


Terima kasih banyak banyak kepada kawan2 sekelian
berpandukan tutorial disini Qaseh Honey
kerana menyelesaikan masaalah
Picasa Album Penuh


Sunnah rasul

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.”

(al-Bukhari)



WASSALAM

Friday, November 23, 2012

Toloooooooooonnnnnnnnnnnngggggggggg


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Peringatan ini keluar ketika saya nak masukan gambar untuk nak buat entry




Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota.Learn more


Mohon bantuan, pertolongan, khidmat, padangan daripada kawan kawan yang pakar dalam blog untuk meyelesaikan masaalah saya ini.




Fatah al-Maushili rahimullah:

“Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan atau  minum ubat, 
ia akan mati! Orang ramai menjawab: Benar katamu! Dia berkata 
pula: Demikianlah juga sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat 
dan ilmu pengetahuan selama tiga hari sahaja, akan matilah ia”.

(Bimbingan Mu’minin, 1979, hal. 14)




WASSALAM

Doa Untuk Ammar Menduduki Peperiksaan SPM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

N3 baru sila scroll kebawah

Sama sama kita berdoa, memohon kepada Allah
untuk anak anak kita, anak saudara mara serta anak sahabat handai
yang sedang menduduki peperiksaan



DOA IBU BAPA UNTUK ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima oleh Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu Ya Allah. Semata mata kerana Mu Ya Allah. Semata mata kerana Mu Ya Allah. 

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu Ya Allah.

Ya Allah,
Anak anak kami sedang menduduki peperiksaan SPM Ya Allah. Kami mohon kepada Mu Ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang sedang mereka hadapi Ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di Akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah,
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku Ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya Ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami Ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan Ya Allah.

Ya Allah
Dengan kecemerlangan anak kami ini, moga akan  bertambah iman kami kepada Mu Ya Allah

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh Ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya Ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli Syurga Ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke Syurga Mu Ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke Neraka Mu Ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu Ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami Ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.






Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. 

Bantulah kami Ya Allah.

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rabbul Alamin.



WASSALAM

Thursday, November 22, 2012

Casablanca Restaurant, Jalan Tun Razak, KL


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Diantara restoran yang tercantik yang pernah saya kunjungi. Terletak di 
Jalan Tun Razak, berhadapan dengan Jalan Yap Kwan Seng.
Baru sahaja dibuka

Kagum dengan senibena dan nilai estetika ala Timur Tengah.
Situasi tenang dan selesa

Meja makan

Corak siling yang menarik

Dinding dihiasi dengan kemas

Set lunch promotion ( Lamb Mandy set + fanta) RM18.90

Set lunch promotion (chicken set + fanta) RM14.90

Kuanter bayaran dan minuman

ruang belakang

Disediakan perkhidmatan penjaga parkir

Pintu gerbang yang menarik



Apabila selesai makan, hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).


“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” 



(Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).





WASSALAM

Tuesday, November 20, 2012

Jurunikah dan IT


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru baru ini menghadiri Majlis Akad Nikah anak jiran.
Yang saya nak utarakan disini ialah Jurunikah yang sudah celik IT




SUSUNAN WALI

Bapa kandung.
Datuk sebelah bapa ke atas.
Saudara lelaki seibu sebapa.
Saudara lelaki sebapa.
Anak saudara lelaki seibu sebapa.
Anak saudara lelaki sebapa.
Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa.
Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa.
Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.
Bapa saudara sebelah bapa sebapa.
Datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya.
Datuk saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya.
Moyang saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan moyangnya.
Moyang saudara sebelah bapa sebapa dengan moyangnya.
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu lelaki).
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu lelaki).
Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.
Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa.
Anak datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya.
Anak saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya.
Wali Hakim / Wali Raja / Wali Sultan.



WASSALAM

Monday, November 19, 2012

Amalan Kita Untuk Si Mati



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Allahyarham Azizam Abd Aziz (Ijam) telah selamat dikebumikan pada pukul 12:00 tengahari semalam di tanah Perkuburan KL-Karak, Taman Selaseh.






Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah segala dosa yang dilakukannya dan rahmatilah ia, masukan dia ke dalam gulungan orang orang yang soleh dan beriman, lapangkan kuburnya serta terangkan kuburnya dengan cahaya Syurga.

cerita berkaitan di sini



Soalan: Apakah si mati dapat mengambil manfaat dari amalan orang yang masih hidup untuknya?

Jawapan;

Dalam persoalan tersebut ada perkara yang disepakati oleh para ulama’ dan ada perkara yang tidak disepakati (yakni timbul khilaf).

Adapun perkara yang disepakati oleh para ulama’ ialah si mati akan mendapat manfaat dari doa, istighfar, sedekah dan ibadah-ibadah badaniyah-maliyah yang boleh menerima niyabah (gantian) seperti haji dan puasa. Amalan-amalan tersebut telah disepakati oleh para ulamak bahawa ia akan sampai dan akan memberi manfaat kepada si mati di alam barzakh. Dalil-dalil mereka ialah;

1. Firman Allah:

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu"”. 

(al-Haysr: 10)

Ayat di atas menceritakan tentang sikap orang-orang beriman yang datang kemudian selepas generasi sahabat iaitu mereka mendoakan keampunan untuk diri mereka dan juga orang-orang yang sebelum mereka. Ayat tersebut menjadi dalil bahawa memohon keampunan untuk orang yang telah mati akan memberi manfaat untuknya.


2. Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:

“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). 

Kemudian Nabi bersabda: 
“Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. 

Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: 
“Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. 

Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:
اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.

(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.


petikan dari sini



WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...