Monday, December 31, 2012

Sambutan Maulidul Rasul STP - Edisi Remaja


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam selepas Maghrib, di STP mengadakan Majlis Edisi Remaja sempena Maulidul Rasul. Ditemani oleh ibubapa dan jemaah STP.

Menjemput Kumpulan Qasidah membuat persembahan di awal dan akhir majlis


Ustaz Raihan Abd Aziz memberi ceramah khusus kepada anak-anak remaja disamping tanggungjawab ibubapa untuk melahirkan anak yang soleh.



Ceramah diselang selikan dengan soalan kuiz

STP menyediakan 15 hamper, sumbangan daripada individu

Salah satu aktiviti STP untuk medekatkan anak remaja dengan surau.



“Rubayyi’ berkata bahwa Rasulullah saw. datang ke rumah pada pesta pernikahannya. Lalu Nabi saw. duduk di atas tikar. Tak lama kemudian beberapa orang dari jariah (wanita budak) nya segera memukul rebana sambil memuji-muji (dengan menyenandungkan) orang tuanya yang syahid di medan perang Badar. Tiba-tiba salah seorang dari jariah berkata,
”Diantara kita ini ada Nabi saw yang dapat mengetahui apa yang akan terjadi pada esok hari.”
Tetapi Rasulullah saw. segera bersabda,
”Tinggalkanlah omongan itu. Teruskanlah apa yang kamu (nyanyikan) tadi.”

Hadits Bukhari dan Muslim dari Aisyah ra:


WASSALAM

Thursday, December 27, 2012

Abang Cik Masuk Kelas Memandu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi tadi menghantar Abang Cik ke Institut Memandu IMKEDA di AU3, Hulu Kelang. Mendaftar dengan Sekolah Memandu ZIMAS dan terus menduduki Kursus Penilaian Pemandu.

Selepas ini kena menduduki pula ujian teori berkomputer. Moga-moga Abang Cik lulus dengan cemerlang nanti.




Gurauan Rasulullah saw.

Anas bin Malik RA mengkhabarkan:

“Sesungguhnya ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah SAW agar ia dibawa naik kenderaan. Rasulullah SAW bersabda: “Baik, aku akan membawamu di atas anak unta betina”. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Bukankah yang melahirkan unta itu unta betina?”



WASSALAM

Wednesday, December 26, 2012

Ayam Penyet Padang Jawa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sempena ulang tahun kelahiran Abang Cik pada 18 Disember yang lepas. Kami sekeluarga meraikannya di Kedai Ayam Penyet Padang Jawa, Shah Alam. 

Sempena musim cuti ini dapatlah kami sekeluarga berkumpul dan makan beramai ramai disamping menghantar Kak Uda balik ke kolejnya.

Ayam Penyet, Semilang Penyet
RM4.50

Nasi layan diri

Sup layan diri

Air buah RM1.50

Selain daripada yang berkeluarga, mungkin pelajar-pelajar UiTM yang ramai datang ke sini

Moga Abang Cik menjadi anak yang soleh

Untuk menikmati nasi panas, ceduk nasi dan sup setelah lauk sampai

Lokasi: Daripada KL, persimpangan Seksyen 7, (ke kanan - I-City) pusing ke kiri - Padang Jawa. Melalui JPJ Selangor, Puspakom, persimpangan 4 (lampu isyarat), terus melalui jabatan (landasan keretapi), hujung jambatan, masuk simpang ke kanan, akan nampak kedainya.

Google Map disini
Kordinat GPS  3° 2’59.77″N, 101°29’21.73″


Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan"

(Surah al-A'raaf, 7:31).

Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan di pastikan ianya adalah halal.

WASSALAM

Tuesday, December 25, 2012

Singgah di "Dusun Durian"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Balik daripada kerja semalam singgah di "kebun durian" berhadapan dengan Pasar Taman Keramat. Anak anak ada berkumpul semperna hari Krismas ni.

Kecuali Kak Ngah di perantauan. Kami doakan dari jauh agar Kak Ngah cepat sembuh, yang sedang berada di wad kerana disyaki demam denggi.






Firman Allah swt.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya"

(Surah al-Maidah, 5:87-88).


WASSALAM

Friday, December 21, 2012

3 Pesanan




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kampung Baru (Kampung Warisan)
mengiringi Kota Bandaraya Kuala Lumpur
(pemandangan daripada Hotel Regency)



Sebuah Hadis Qudsi, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman 
(disampaikan melalui Malaikat Jibril A.S.),
terdapat 3 pesanan:

1. Hiduplah sesukamu, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika kamu akan dimatikan.
2. Cintailah sesiapapun / apa-apapun yang kamu cintai, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika nanti kamu akan berpisah denganya jua.
3. Berbuatlah sesuka hatimu, tetapi sedar lah bahawa apa yang kamu lakukan itu akan mendapat balasan kelak.

Hadis ini menyatakan bahawa kehidupan dunia ini tidak selamanya, pasti akan ditinggalkan dan akan kita bakal menemui kehidupan yang lain untuk dipertanggungjawabkan apa yang telah dilakukan di dunia ini, iaitu kehidupan akhirat.



WASSALAM

Wednesday, December 19, 2012

Menghadiri Program Dialog Muamalat Bersama JSA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mengikuti Program Dialog Muamalat Bersama Jawatankuasa Syariah Angkasa (JSA). Pada 17 - 18 Disember 2012 di Hotel Regency, KL. 



Pembentangan Kertas Kerja 1
Oleh Y. Bhg. Dr. Salmi Edawati binti Yaacob
(AJK JSA)
Tajuk: Potensi Emas Untuk Pelaburan Dalam Gerakan Koperasi


Pembentangan Kertas Kerja 2
Oleh Y. Bhg. Dato' Syed Mohd Ghazali Wafa bin Syed Adwan Wafa
(AJK JSA)
Tajuk: Bahaya Riba Dalam Gerakan Koperasi


Pembentangan Kertas Kerja 3
Oleh Y. Bhg. Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Mokhtar bin Shafili
(Pengerusi JSA)
Tajuk: Kontrak Muamalat Satu Keperluan Bukan Pilihan Dalam Gerakan Koperasi


Jenis Riba

1. Riba Jual beli (Riba Al-Buyu') 
i. Riba al-Fadl - Aktiviti jual beli antara *bahan ribawi sama jenis (sistem barter) tetapi tanpa persamaan timbangan atau sukatan yang sama sesama berlakunya jual beli itu.
ii. Riba al-Nasiah - berlaku antara bahan ribawi sama jenis tetapi melibatkan penangguhan bayaran, yakni tanpa prnyerahan di waktu yang sama.


2. Riba Hutang Piutang (Riba Al-Duyun) 
i. Riba al Qard - hutang atau pinjaman yang disyaratkan sesuatu faedah/manfaat untuk kepentingan pihak sipiutang atau kreditor.
ii. Riba al-Jahiliyah - bayaran lebih (caj tambahan) dari hutang asal yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya ia tidak membayar hutang itu pada tempoh yang ditetapkan.

* Barangan ribawi adalah berkaitan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: 

“Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.”

(Riwayat Muslim nombor 4039, nombor hadis, 11/9)



Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud :

"Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali ."

[Hadith Riwayat Muslim] 


Dari Ubadah bin Sha’id, daripada Nabi S.A.W, sabdanya :

" Emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kalau sama macamnya dan sama bentuknya ( adalah ) riba. Tapi bila berlainan jenisnya maka lakukanlah jual beli jika kamu menghendakinya selama dengan tunai ."

[Hadith Riwayat Muslim]



WASSALAM

Tuesday, December 18, 2012

STP Menganjurkan Program Nasihat Atok



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

STP telah mengambil inisiatif mengadakan Program Nasihat Atok. Tujuan program ini ialah, mendekatkan anak-anak remaja dengan aktiviti surau supaya dapat mengimarahkannya bersama ibu bapa dan juga jemaah surau serta tidak membuang masa yang tidak berfaedah.

Matlamatnya adalah melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, menghormati ibu bapa, orang-orang tua dan kawan-kawan yang sebaya.
 

Yang Berbahagia Datuk Abu Hassan bin Din, sebagai penceramah jemputan yang terkenal dalam program TV9 dalam rancangan Pesan Atok.

Yuran penyertaan RM30.00
Seramai 57 orang anak anak turut serta dalam program ini



Disamping mendengar nasihat daripada Atok, peserta terlibat juga dengan acara kuiz dan hafazan


Sabda Nabi saw.


"Berilmu adalah senang tetapi hendak menjadi orang yang berilmu adalah susah. Beramal pun mudah tetapi hendak pelihara amal adalah susah. Hendak beristiqamah itu lagi susah."

(Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani Rahimahullah)



WASSALAM

Monday, December 17, 2012

Ahmed Ayesh Annajjar Wakil Gaza Datang ke STP


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada malam Jumaat yang lepas STP telah menjemput wakil daripada Gaza, Ahmed Ayesh Annajjar, Timbalan Ketua Pengarah bagi urusan Intenasional pada Perdana Menteri Palestine. Beliau menceritakan suasana di Gaza.

Ustaz Redzuan Md Nor dan Zua (Kupulan XPDC) turut sama dalam program ini 

Kedatangan Ahmed Ayesh Annajjar atas jemputan Muslim Care Malaysia

Walaupun pelbagai rintangan dihadapai untuk sampai ke sempadan Rafah, pasukan Misi ke Gaza anjuran Muslim Care Malaysia berjaya memasuki Gaza bagi menghantar bantuan sempena Ramadhan pada 28 Ogos 2011.

Anggota misi bergambar selepas menyediakan makmal komputer di sebuah sekolah menengah di Khan Younis

Photo: This Is GAZA || Do you think that this boy is a Terrorist .. ??



Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

(Riwayat Muslim)


Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.



WASSALAM

Friday, December 14, 2012

Batuk dan Rawatannya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Mencari ubat batuk yang serasi
Kawan kawan serasi ubat batuk cap apa?


Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • AlahanAsma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan korang berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila korang perlu berjumpa doktor?
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan

Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya korang menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?
  • Tidak. Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
  • Tidak. Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan korang mengantuk / lali.

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan selesema?
  • Tidak. Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang dengan sendirinya.

Sumber daripada sini

WASSALAM

Thursday, December 13, 2012

Bangau Oh Bangau


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pandangan biasa burung bangau pemeliharaan Zoo Negara yang terbang bebas sekitar Zoo. Pengguna MRR2 biasa akan melihat bangau-bangau ini akan bertengek diatas tiang tiang lampu sekitar Zoo.

Petang semalam ternampak seekor burung bangau hinggap di atas atap rumah jiran. Harap harap dia akan panggil kawan kawannya lebih ramai di masa akan datang. Boleh dijadikan tarikan di taman kami.


Burung bangau mendapat tempat yang baik dalam masyarakat Melayu. Misalnya, terdapat lagu kanak-kanak Bangau oh bangau dan peribahasa "Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau".





Perbezaan Di antara Sedekah, Hadiah Pemberian dan ‘Athiyyah

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan ‘athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu.

Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt., maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa.
(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

WASSALAM

Wednesday, December 12, 2012

Pulut Durian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Orang memberi, kita merasa
semalam kawan sepejabat memanjangkan sedekah atau sumbangan daripada kebun durian keluarganya.
Saya doakan agar kebun keluarganya bertambah lebat buah buahnya di musim akan datang.

Pulut durian ni menu orang Perak dan mungkin ada juga di negeri negeri lain. Masa kecil kecil dulu bila musim durian, ini lah yang selalu jadi menu utama.


Bahan bahan untuk membuat pulut durian
Durian, pulut, santan mentah, garam dan gula (gula pasir atau gula kabung)

 Asingkan durian dengan isinya dan gaul semua bahan

Enak dirasa, hingga menjilat jari
Kalau gunakan sudu, jilat sudu la...he he

kita orang dah buat durian crepe terlebih dahulu.....



Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.



WASSALAM

Tuesday, December 11, 2012

Cuci Mata di SOGO


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tengahari tadi pergi ke SOGO untuk melengkapkan bilangan langkah sebagai senaman yang paling senang. Disamping cuci mata atau persedian untuk manfaatkan bonus yang akan diterima ...he he

Dekorasinya dah berubah...lebih menarik



Allah memberikan rahmat dan nikmat banyak kepada manusia supaya bersyukur dengannya. Ia juga supaya manusia menggunakannya untuk maksud kebaikan, manfaat dan kesejahteraan.

Sifat lupa dan lalai manusia menyebabkan kelupaan manusia untuk bersyukur atau rahmat dan nikmat tidak dimanfaatkan dengan betul. Akhirnya, menjadi punca musibah diri dan kehidupan.

Mutiara: Prof. Dr. Sidek Baba



WASSALAM

Monday, December 10, 2012

Tahnik dan Cukur Jambul



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi semalam menghadiri Majlis Tahnik dan Cukur Jambul cucu jiran. Suasana meriah dengan adanya Kumpulan Marhaban dihadapan baby di dalam buaiyan yang dihiasi indah.

Dalam hati mula mengira-ngira bajet yang diperlukan untuk majlis itu. Saya anggarkan 5 ke 6 ribu ringgit juga.

Moga cucu jiran ini menjadi anak yang soleh






Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.”
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838]

Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”,

Sabda Rasulullah saw.
“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).”
[Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya.

Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan  kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam.

Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat.

Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.

Sumber : HafizFirdaus



WASSALAM

Wednesday, December 5, 2012

Pemanggang Ajaib


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kawan sepejabat tolong belikan pemanggang ajaib ni dengan harga ahli, RM98.00. Tujuan untuk mengelakkan membakar kayu arang dan aroma bau panggangan tu nanti dihidu oleh jiran.





Setelah mencuba pemanggang ini, memang senang dan mudah, cuma aroma panggang dengan kayu arang yang tiada.


Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”

(An-Nahl: 68-69)


WASSALAM

Monday, December 3, 2012

Restaurant Sawarabina Jalan Semarak, KL


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Restaurant Sawarabina yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berhampiran dengan Menara Celcom.

Kawasan restoran yang luas, berkonsep terbuka, kemas dan selesa
Kawasan parkir yang banyak

pemandangan KLCC

 Kemas dan selesa

Senarai Menu









 Mendy Chicken

 Mendy Lamb

 Sesekali buat kerja Persatuan Kebajikan Jabatan kami kat luar ni best juga




Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;

“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.”
Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.”
Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!”
Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...