Wednesday, July 17, 2013

Cendol Leman Dawi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebelum ni cuma lihat cerita Cendol Leman Dawi daripada blog kawan-kawan sahaja. Dua minggu lepas kesempatan ke Rembau kerana menghadiri majlis walimah kawan. Semasa jalan balik ke KL, sempat singgah di sini untuk merasa sendiri cendol dan celoteh Leman Dawi.


Cendol jagung RM2.00


Tangan kanannya memegang baldi bekas mangkuk cendol dan tangan kanannya memegang jag yang berisi air gula, disamping mulut berceloteh perbagai topik disamping menyambut pelangan mengucapkan selamat datang, terima kasih dan sila datang lagi.

Gaya Encik Leman Dawi

Saya perhatikan ada pelanggan yang kurang yakin dengan apa yang dikatakannya. Encik Leman menunjukan bahan rujukannya kepada saya. Contohnya ciptaan motorsikal yang pertama. Setelah saya semak memang betul apa yang Encik Leman ini katakan.


Terletak di atas meja bekas berisi air gula, cendol dan ais untuk ditambah secara percuma

Encik Leman bertanya umur kepada dua orang anak saya, dan dengan pantas dia memberi tahu berapa bulan, hari dan jam umur anak saya, dan saya kira dengan calculator memang benar

Di satu sudut terdapat dipamerkan sejarah dan aktiviti Encik Leman Dawi









Kelebihan dan Istimewanya Ramadhan

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi

WASSALAM

14 comments:

  1. Replies
    1. buasa ajer
      cuma boleh tambah dan dengar dia berceloteh

      Delete
    2. Setuju. Biasa saja. Ada lagi tempat lain jual cendol yang pada saya lebih sedap.

      Tapi keistimewaan Leman Dawi sendiri takda di gerai lain. Lagipun dia suka bersedekah. Air Barli pun percuma.

      Delete
  2. Satu hari nak jugak saya pergi sini.

    ReplyDelete
  3. istimewanya dia kerana bkn senang nak ingat byk fakta..

    ReplyDelete
  4. sure sedap kan atuk..
    i'Allah jika ada rezeki saya nk juga try..

    keistimewaan Encik Leman Dawi...dpt mengingati sesuatu2 fakta...kurnaan dr Allah swt.

    ReplyDelete
  5. Oh, cendol ni pnh msk dlm TV kan en.Atuk?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum atuk..

    kuat ingatan En.Leman ni., boleh cuba hafal Quran, mana tau kan jadi hafiz.

    ReplyDelete
  7. saya penggemar cendol..yuuuewwwww>>:)

    ReplyDelete
  8. phewwwww... bulan pose camni tgk cendol yum yum hihi

    ReplyDelete
  9. Saya pernah merasa cendul Leman Dawi......

    ReplyDelete
  10. mcam pernah dengar cendol leman dawi ni.. rasanya ada masuk dlm majalah 3.. betul ke x atok?

    ReplyDelete
  11. saya pun dah pergi kedai tu..cendolnya biasa jer..pada tekak saya la kann..cuma terhibur dengan celoteh dia jer...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum atuk...sedapnya tengok cendol tu...;)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...