Assalamualaikum
Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961. Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia.
Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).

model Frederich Silaban sebagai seni bina Masjid Istiqlal.

bergambar di depan pintu masuk

masuk melalui Pintu Al Fattah

Bangunan masjid terdiri daripada lima tingkat dengan bangunan induk seluas satu hektar

disokong 12 tiang utama

Diameter kubahnya berukuran 45 meter dengan bahagian luar diliputi marmar buatan Jerman. Bahagian puncaknya dipasang hiasan khas berbentuk bulan dan bintang yang berukuran tiga meter manakala bahagian dalam kubah yang cekung berwarna kelabu kehitaman. Masjid Istiqlal Jakarta direka khas dengan identiti Indonesia.
Fungsinya adalah sebagai pusat kegiatan dan aktiviti kemasyarakatan dalam bidang sosial, ekonomi dan budaya. Tingkat bawah masjid digunakan untuk pelbagai keperluan yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti pejabat Dewan Masjid Indonesia, Masjid Ulamak Indonesia, Lembaga Pengembangan Tilawah al-Quran,
Taman Kanak-kanak Islam dan
pentadbiran Badan Pengelola Masjid (BPPMI).

Masjid Istiqlal memainkan peranan menyeluruh dalam mendekatkan masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti masjid. Selain solat berjemaah lima waktu, terdapat juga pengajian mendalami ilmu-ilmu agama yang disampaikan oleh ulama-ulama dalam bidang berkaitan. Kadang kala, terdapat juga pameran dan seminar serta program untuk masyarakat. Sambutan hari kebesaran Islam seperti Israk Mikraj,
Nuzul Quran dan Maal Hijrah

tempat berwuduk

tempat buang air kecil lelaki besebelahan tempat wuduk
bilik air lelaki terdapat di sebelah hujung tempat wuduk

depan pintu masuk masjid, seberang jalan sahaja terdapat gereja
Wassalam