berbuka puasa dan more adalah aktiviti tahunan di surau taman kami AJK telah menetapkan pada hari pertama berbuka hingga akhirnya ditaja mengikut jalan jalan yang telah ditentukan Alhamdulillah, malam selasa yg lepas, majlis berbuka puasa dan more telah selamat diadakan yang mana ditaja oleh penghuni di jalan saya pesedian awal oleh AJK makanan supaya berjalan lancar semasa berbuka nanti jemaah mula mengambil makanan buah kurma dan buah buahan untuk berbuka jemaah sudah bersedia untuk berbuka orang orang lama yang tinggal di taman ni dimulai dengan bismillah, selamat berbuka dianggarkan 120 orang berbuka di surau pada hari tu anak bujang saya tiga orang turut serta
Insyaallah, puasa kami diterima oleh Allah jua hendaknya
pada 15 Ramadhan 1431 bersamaan 25 Ogos 2010 (Rabu) STP mengadakan Majlis Pelancaran Skim Wakaf Permata bertujuan untuk menabahbaikan surau, contohnya memasang penghawa dingin, membuat ruang pejabat, sistem suara yang canggeh serta beberapa perkara yang boleh membuat jemaah selesa dan kusyuk dewan solat utama Tuan Pengerusi memberi penerangan mengenai wakaf jemaah yang turut hadir untuk solat Isyak dan Tarawih Ustaz Abdullah memberi tazkirah Ramadhan mengenai kelebihan sedakah, wakaf, sumbangan serta derma Ustaz merasmikan Pelancaran Wakaf Permata tabung wakaf dijalankan Alhamdulillah RM12 350.00 terkumpul pada malam tu dan seutas jam tangan. moga Allah melipat gandakan rezeki mereka yang telah mewakafkan kepada STP pada malam itu serta mereka yang akan melakukannya pada masa masa akan datang
Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, sebagai berikut : Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para Malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut.
Kemudian Para Malaikat bertanya? “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih kuat dari pada gunung?”. Allah menjawab, “Ada, yaitu besi” (Kita mafhum bahwa gunung batu pun biasa menjadi rata ketika dibor dan diluluhlantakkan oleh buldozer atau sejenisnya yang terbuat dari besi).
Para Malaikat pun kembali bertanya, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih kuat dari pada besi?” Allah yang Mahasuci menjawab, “Ada, yaitu api” (Besi, bahkan baja biasa menjadi cair, lumer, dan mendidih setelah dibakar bara api).
Bertanya kembali Para Malaikat, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih kuat dari pada api?”. Allah yang Mahaagung menjawab, “Ada, yaitu air” (Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan padam jika disiram oleh air).
“Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih kuat dari air?” Kembali bertanya Para Malaikat. Allah yang Mahatinggi dan Mahasempurna menjawab, “Ada, yaitu angin” (Air di samudera luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung, dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tersimbah dan menghempas karang, atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah berlayar, tiada lain karena dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).
Akhirnya Para Malaikat pun bertanya lagi, “Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih dari semua itu?”. Allah yang Mahagagah dan Mahadahsyat kehebatan-Nya menjawab, “Ada, yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.” Artinya, orang yang paling hebat, paling kuat, dan paling dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa ada unsur pamer ataupun keinginan untuk diketahui orang lain.
Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yang ternyata mempunyai kekuatan dahsyat adalah hamba yang bersedekah, tetapi tetap dalam kondisi ikhlas. Kerana naluri dasar kita sebenarnya selalu rindu akan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih, dan sebagainya. Kita pun selalu tergelitik untuk memamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang biasa kita lakukan. Apalagi kalau yang ada pada diri kita atau yang tengah kita lakukan itu berupa kebaikan.
Kerananya, tidak usah heran, seorang hamba yang bersedekah dengan ikhlas adalah orang-orang yang mempunyai kekuatan dahsyat. Sungguh ia tidak akan kalah oleh aneka macam selera rendah, yaitu rindu pujian dan penghargaan. coretan daripada http://amalansedekah.blogspot.com/
mengapa masih mempamerkan hadiah saya kepada jiran jiran.... cuma sekadar memberi tahu/peringatan sahaja kepada kekawan yang masih belum melakukan sedekah/sumbangan/hadiah ayuh.....lakukan...tunaikan...amalkan... masih ada waktu lagi untuk menikmati Rahmat dan Hidayah daripada Allah dalam bulam Ramadhan ini
Petang semalam saya menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi & Agihan Zakat Kepada Asnaf di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC ajuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) disempurnakan oleh Y.B. Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri koperasi kami diwakili oleh Bendahari Kehormat, En. Ramlan untuk penyerahan zakat perniagaan koperasi kami pada tahun ini Wakil wakil koperasi bergambar bersama menteri tersiar dalam Utusan Malaysia hari ini kawan sepejabat, mewakili ALK yang tidak dapat hadir cenderahati daripada PPZ sementara menunggu waktu berbuka puasa tazkirah Ramadhan disampaikan oleh ustaz daripada PPZ
Alhamdulillah Syukur kepada Allah semalam 22 Ogos 2010 bersamaan 12 Ramadhan 1431 kita telah berpuasa selama 12 hari semalam juga Pahala Hindari Dosa (PHD) yang baru berusia lebih kurang 6 bulan telah dikunjungi seramai 011110 PHD mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kekawan yang telah bertandang ke teratak ini yang serba serbi kekurangan serta tak seindah bahasa pujangga
terlebih dahulu diucapkan juga jutaan terima kasih untuk pengunjung PHD dimasa masa akan datang moga ukhwah akan terjalin dan berkekalan
Allahuakbar makanan ikan dah habis langsung ikan dalam kolam dah berenang kehulu kehilir menunjukan aksi aksinya yang cukup tenang kita melihatnya biasanya pepagi begini ikan ikan itu dah tahu akan bersarapan pagi sekitar taman pun ada menjual makanan ikan, tapi agak mahal sedikit lebih baik pergi Jalan Pasar, ada banyak pilihan lagipun bila perayaan hampir, selalunya DBKL mengeluarkan lesen untuk berniaga di tepi jalan jadi suasana nampak meriah beranika jenis jualan diadakan disini, kecuali emak dan ayah ajer yang tak ada... he he ini tujuan hasalnya, membeli dua kampit makanan ikan berbagai jenis dan saiz serta berbagai vitamen sampai ajer di rumah terus bagi ikan ikan tu makan betapa khusuk dan aman melihat ikan tu berenang renang mereka tidak berebut rebut serta begaduh sesama mereka indah....nyaman....tenang....terhibur...
untuk memeriahkan suasana raya tahun ini serta mengembirakan anak anak semalam saya dan isteri cuti rehat sehari bagi membeli pakaian raya di supermarket berhampiran rumah aje untuk anak bungsu dan 2nd bungsu ini aktiviti sebelah petang, selepas Asar, kerana pagi anak2 bersekolah bagi anak anak perempuan dah buat persedian awal maklum lah kena tempah, lewat nati, tukang jahit tak terima pulak sebelah paginya menjaga hati isteri dulu layan ajerr gambar gambar ni langkah berjimat cermat Insyaallah, ikut Sunah Nabi Muhammad SAW
Ya Tayba selalu berkumandang dari dalam kedai kedai yang menjual Al Qur'an, keset/cd dan kitab di sekitar Madinah dan Makkah
apakah sekarang ini masih kekal suasana sebegini
ps: untuk hiburan Kak Nab sempena hari ulang tahun kelahirannya semalam moga mendapat Umrah yang Mabrur
Khas untuk ahmad humairi sempena ulang tahun kelahirannya pada hari ini, bersamaan 7 Ramadhan, moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di Akhirat sahabat alam maya serta orang teman Wassalam
sekarang ni musim membeli belah, termasuklah keluarga saya masih ada kekurangan lagi tentang persedian menyambut raya nanti kadang kadang masa ni lah berbagai fesyen dan corak yang baru untuk pilihan peniaga pula menghias gedung dan kedai mereka supaya nampak menarik iklan dan kain rentang berbagai bentuk dan warna untuk memberi maklumat kepada pelanggan tentang tawaran masing masing cuba kita perhatikan apa yang menarik tentang gambar gambar yang dipamirkan lokasi di Jalan Tungku Abdul Rahman iklan disangkutkan dibelakang, sambil ia berjalan dan memberi flyer kepada orang ramai yang lalu lalang
Alhamdulillah Syukur Pada tanggal 07 Ogos 2010, tercatat sejarah buat keluarga kami anak sulung kami Muhammad Afiq, yang juga cucu sulung bagi keluaga sebelah saya serta keluarga sebelah isteri menerima segulung ijazah sarjana muda Jurusan Kejuruteraan di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke 38 telah di rasmikan oleh Canselor UKM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan suasana dalam dewan tempat duduk kami menuju kepentas berjumpa dengan sepupu saya sedang menjual bunga terima kasih, kerana menghadiahkan sejambak bunga tanda tahniah daripadanya Ijazah yang dipegang anak sebagai ganjaran terhadap pengorbanan dan pahit jerih membesarkan mereka hanya sekalung taniah mengiringgi kejayaan disamping tetap berdoa agar ianya menjadi anak yang soleh serta dipermudahkan segala urusan untuk di dunia dan di Akhirat ragam yang sempat saya rakamkan pada konvokesyen
moga ianya menjadi satu permulaan untuk merintih jalan kepada adik adiknya