Assalamualaikum
Selepas zohor semalam kami pergi menziarah kerumah adik di Bandar Bukit Puchong 2. Untuk berjumpa dengan mak yang datang dari kampung, serta melihat anak angkat adik saya yang baru berumur 16 hari.
Adik saya sudah berkahwin enam tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Insyaallah kita doakan supaya mereka dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Terima kasih kepada kawan adik ipar saya yang berusaha menguruskan dalam semua hal sehingga baby ini berada dipangkuan adik saya.

Moga Ahmad Naufal menjadi anak yang soleh




Firman Allah swt
” Dan orang orang yang berkata: ” wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
Surah al-Furqan : 74
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya
al-Tur [52.21]
Wassalam