
Friday, September 30, 2011
Tawaf Gunakan Kenderaan Berkuasa bateri-Umrah 2011-25

Thursday, September 29, 2011
Terkenangkan Masjidil Haram-Umrah 2011-24

Riwayat dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:
“Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).”
“Aku dengar Nabi bersabda: sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa-dosa)“.
Riwayat ‘Aisyah Radiyallahu’anha:
“Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur)“.
Wednesday, September 28, 2011
Berfikir Bersama Iwan




Subhanallah, itu Allah yang punya
lihatlah pantai yang indah
Subhanallah, itu Allah yang punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
lihatlah burung yang terbang
Subhanallah, itu Allah yang punya
lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah, itu Allah yang punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
kau lihat bukan kau punya
itu semua Allah punya
kau dengar bukan kau punya
itu semua Allah punya
dari itu janganlah sombong
janganlah riak serta iri hati
dunia hanya pinjaman sementara
akhirnya kembali kepada-Nya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
Friday, September 23, 2011
Melawat Menara Kawalan Trafik Udara di KLIA-2/2



Diberitakan oleh Nafi' r.a., katanya: "Ibnu Umar azan pada suatu malam yang sangat dingin di Dhajnan (sebuah bukit dekat Mekkah), Kemudian dia berkata, "solatlah anda di kenderaan anda masing-masing." Kemudian diceritakannya kepada kami bahawa Rasulullah saw. pernah menyuruh seseorang azan; sesudah itu beliau bersabda, "solatlah anda di kenderaan masing-masing " Peristiwa ini terjadi di malam yang amat dingin, hujan dan dalam suatu perjalanan." |
Wednesday, September 21, 2011
Melawat Menara Kawalan Trafik Udara di KLIA-1/2
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.
Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.
Rujukan disini

![[DoaVehicle.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNZn5uBhUY_3SZQ1ciJQvlllboIfQjC7IZIEUtZwrSinqu15xhd51nS2hinv3EuLgQR7GKPgzDJ8glqGx7vMlzgrxpU-L5Y8joI213hsKg1HXkp0TGfDOs6rPMDeGS2PP4EHODW-35KdlQ/s1600/DoaVehicle.jpg)