بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Seminggu lebih tidak mengemaskini dan menziarah kekawan PHD
Ini disebabkan persedian dan menghadiri
Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Koperasi Jabatan kami
Begini rupa meja seminggu dua ni
Sungguh jauh beza suasana jalan raya di Bandar Melaka
dengan Bandaraya Kuala Lumpur.
Insyaallah pagi Ahad, 1 April, akan berada di Bandaraya Kuching pula
moga semuanya berjalan lancar.
Islam sangat menggalakkan mesyuarat (syura). Hal ini nyata dalam firman Allah yang bermaksud,
"Bermesyuaratlah dengan mereka dalam apa-apa urusan."
(Ali-Imran, 3:159)
Satu lagi firman-Nya yang berkaitan, maksudnya,
"Urusan mereka (orang Islam) dimesyuaratkan sesama mereka."
(As-Syura, 42:38)
WASSALAM