Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

kad ini sebagai penganti diri untuk menziarahi
ke rumah teman teman blogers
bertujuan mendoakan agar Allah menerima segala amalan kita
didalam bulan Ramadhan Al Mubarak
serta memperolehi Rahmat Allah SWT dan
Syafaat daripada Nabi Muhammad SAW

Ucapan tulus ikhlas Selamat Hari Raya
untuk dakapan khas kepada semua pengunjung
yang tidak jemu jemu menziarah ke teratak Pahala Hindari Dosa
serta meninggalkan komen.
Terima kasih atas ukhwah yang termeterai.

Moga di Aidil Fitri ini Allah senantiasa memelihara kita
supaya berada didalam fitrah (seumpama bayi yang baru lahir),
kerana keikhlasan kita dalam bulan Ramadhan yang baru berlalu

Wassalam

Thursday, September 9, 2010

Alhamdulillah, Selamat Sampai di Kampung

Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
Alhamdulillah
atas doa dan ingantan kekawan
kami sekeluarga telah selamat sampai di kampung ku
jalan pun agak lancar
empat adik saya serta keluarga masing masing telah sampai lebih awal
lemang ni adik ipar daripada nogori yang buat
rendang daging untuk cicah lemang

Wassalam

Wednesday, September 8, 2010

Persediaan Balik Kampung

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Insyaallah
saya akan mula bercuti mulai hari khamis
tahun ini agak lewat sedikit bercuti, kerana anak sulang dah mula bekerja
dan dia dibenarkan bercuti oleh majikannya mulai khamis.

Anak yang di materikulasi Banting akan mulai kuliahnya pada hari rabu hadapan
dengan itu kami akan kembali ke KL semula pada hari selasa.

Pesedian dan mengemas serta menyusun pakai untuk dibawa ke kampung
ini dilakukan lebih awal supaya tidak ada yang tertinggal
al maklumlah keluarga saya ramai.

Insyaallah, kita akan bersiar daripada kampung masing masing.

Wassalam

Tuesday, September 7, 2010

Hadiah Daripada Pn Norhayati Karim

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Menjunjung perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya adalah kewajibpan dalam agama. Islam menyeru umatnya agar memperbanyakan amalan yang menjurus ke arah kebaikan sebagai bekalan di Akhirat kelak. Amalan itu juga menjadi benteng menghindarkan kita daripada terkena bala yang telah diturunkan Allah SWT kepada hambaNya yang derhaka.

Dari itu, hayatilah suruhan 'Amal makruf dan nahi mungkar' agar kita tidak dipengaruhi syaitan yang senantiasa mencari peluang membawa kepada kesesatan. Dalam era moden, ramai manusia yang lalai dan leka terhadap tuntutan agama. Mereka tersasar jauh dari landasan, mengharap dan menanti agar pada suatu hari akan sampai Hidayah dari Tuhan.

Semoga buku ini dapat menghindari kita dari terkena bala atau sebarang bencana, sama ada di dunia mahupun di Akhirat kelak, Insyaallah.

Demikianlah kata kata penghantar buku '15 AMALAN PENOLAK BALA'

buku ini dihadiahkan oleh Puan Norhayati bt Karim, rakan sepejabat yang akan bersara pilihan pada bulan Januari 2011 nanti

Moga Allah senantiasa memelihara beliau serta sihat walafiat supaya dapat beramal dengan lebih selesa dan khusyuk

Wassalam

Sunday, September 5, 2010

Orang Memberi Kita Merasa 2

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Allah telah berjajnji
tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah

renunggan:
kita tidak pernah berjumpa lagi orang yang bersedekah/derma/infak itu
jatuh miskin/papa/fakir

Wassalam

Friday, September 3, 2010

Orang Memberi Kita Merasa

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setiap tahun menjelang Syawal
isteri saya Insyaallah dapat buah tangan
berbentuk kuih raya
yang disumbangkan oleh kekawan sepejabatnya

memang betul kata pepatah Melayu
ringan tulang berat perut

orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa

terima kasih daun keladi
moga berlipat ganda rezeki mereka yang pemurah itu

Wassalam

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI ULANG TAHUN UNTUK TAJ

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum
Diharap dapat mengembirakan seorang teman
dengan sebaris ucapan
sempena ulang tahunnya pada hari ini 02 September
dangan iringan doa
moga dipanjangakan umur, dimurahkan rezeki, sihat waalfiat
supaya dapat mengerjakan ibadat denga penuh selesa dan khusyuk
dipermudahkan segala urusan untuk di dunia dan di akhirat
Amin........amin........amin..........

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...