Thursday, October 21, 2010

AZ Berada Dalam Keadaan Sihat-Alhamdulillah

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum



(klik gambar untuk ke blog beliau)
Alhamdulillah

Syukur
Allah menganugerahkan kesejahteraan kepada kawan kami
Ayah Zain dan Isterinya
untuk membolehkan mereka memperhambakan diri
kepada Yang Mencipta Alam ini


Wassalam

Tuesday, October 19, 2010

Alhamdulillah, Syukur, Terima Kasih Isteri Ku

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Kalau suami digelar Datuk, maka siisteri dipanggil Datin
apa yang perlu dipanggil kepada isteri kalau suaminya dipanggil atuk
kalau atuk, D nya tak ada, maka isterinya dipanggil atin
tak pernah orang buat pula..he he..

Walau macamanapun saya memanggil isteri saya dengan nama penuh
Insyaallah, nama itu akan dipanggil semasa di Syurga nanti

Beliau seorang isteri, menantu kepada seorang ibu tunggal,
ibu kepada enam orang cahaya mata, Insyaallah yang soleh dan solehah
kakak kepada sepuluh orang adik ipar dan sembilan biras

Dalam suasana menjadi tetamu Allah, dapat melayan tetamu
terdiri daripada ibu, adik dan adik ipar

Sempena ulang tahun isteri saya pada hari ini 19 Oktober 2010

kami berdoa agar dipermudahkan segala urusan, terutama untuk Akhirat
dimurahkan rezeki yang halal untuk menegakkan Jalan Allah
sihat sejahtera untuk memperhambakan diri memuliakan Mu
serta moga menjadi tetamu Mu sekerap yang mukin
untuk menambahkan iman kami
Amin Ya Rabbilalamin

Wassalam

Sunday, October 17, 2010

Harga Coklat di Langkawi Dah Mula Naik

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Penceramah membenarkan para peserta kursus menunda masa ceramah kewaktu malam, untuk memberi peluang kepada kami untuk aktiviti soping moping...terima kasih penceramah...he he

kalau tak silap, hujung bulan enam dulu, harganya RM13.90

yang ini tak ingat harga dulu, sebab tak beli


ferrero rocher ni dulu sahih RM19.90

kat KL lebih kurang RM 30.00

kertas tanda harganya nampak baru lagi....tentu harga baru kut




wah wah ...bakui sapa la ni...hingga penuh melimpah
nak isi 2 bakul malu pulak

Wassalam

Saturday, October 16, 2010

Kursus Di Pulau Langkawi-Wajib ALK

Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam Jumaat semalam
kawan saya menjemput dengan keretanya untuk pergi ke Kuala Perlis
bersama dua rakan yang lain untuk pergi ke Pulau Langkawi
kerana menghadiri kursus wajib
Pengurusan & Pentadbiran Koperasi Siri 1
Pertama kali naik kapal besar sebegini, selesa, tak terasa pukulan ombak

Anjuran ANGKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Malam tadi acara perasmian

Wajah wajah Pengetua sekolah sekitar KL
Diharapkan kembali nanti dapat meningkatkan
aktiviti koperasi masing masing
Wassalam

Thursday, October 14, 2010

Tetamu Allah-1431, Ayah Zain, Cik Yang

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Menjadi tetamu Allah adalah suatu nikmat, penghargaan yang di anugrahkan oleh Yang Maha Kuasa kepada umatNya. semua umat Islam yang mencintai Allah dan RasulNya ternanti nati, tertunggu tunggu atas panggilan itu. Kalau diizinkan ingin senantiasa menjadi tetamuNya selalu.

Bumi Haram yang diidam idamkan

Laungan Talbiah, merendahkan diri dan memuja Mu

Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
kami memohon daripada Mu untuk sahabat sahabat kami
yang akan menjadi Tetamu Mu
supaya dipermudahkan segala urusan
senantiasa di dalam pemeliharaan Mu serta
dianugrahkan haji yang mabrur
kepada antara shabat kami

Ayah Zain (AZ), Ceriakan Hari-Hari Mu

Cikgu Yang, Kekunciku Berdansa

Amin amin amin

Wassalam

Tuesday, October 12, 2010

Meraikan Bakal Hajjah Seksyen Kami - Puan Radziah

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

'Akak dah sampai Madinah'
demikian sms yang dihantarkan kepada saya. Alhamdulillah rakan sepejabat telah selamat sampai di Madinah. Kak Radziah seorang ibu tunggal kepada seorang anak yang terlalu gembira setelah namanya dipilih oleh Tabung Haji untuk memunaikan Ibadat Haji pada tahun ini. Yang lebih menyeronokan adalah Allah menjemput beliau menjadi tetamuNya. Tahun lepas beliau hanya dalam senarai menunggu sahaja

Kami meraikan beliau dengan satu majlis doa selamat
untuk sama sama berdoa agar Kak Radziah senantiasa dalam pemeliharaan Allah dan dipermudahkan segalan urusan serta memperolehi haji yang Mabrur

dalam kesempatan itu, kebetulan masih dalam bulan Syawal
kami rangkumkan dengan sambutan Hari Raya Aidul Fitri

semua menu kami bergotong royong menyediakannya
kecuali satay dan kek, oder sahaja

majlis doa selamat

masa untuk nyam nyam

masih mengekal konsep kampung
kerana ramai yang suka cara begini

Wassalam

Friday, October 8, 2010

Ukhwah Bersama Mama Ju Di Bulan Syawal

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Saya terharu serta asik memerhatikan si isteri asik melayan si suaminya dengan lemah lembut, dengan senyuman dan dengan penuh kasih sayang
mereka dengan senang hati apabila dipelawa untuk bergambar
moga pasangan ini (mertua Mama Ju) bersama di dunia dan juga di Syurga
layanan istimewa daripada keluaraga Mama Ju
hubby Mama pun peramah juga, pandai bercerita
walaupun pertama kali berjumpa


seronok berjumpa dengan CM..peramah..ceria

terima kasih Mama atas hidangan yang disajikan
dalam kesebukan pengubahsuaian serta mengemas rumah
sempat juga menjemput kami

moga Mama Ju sekeluarga dipermudahkan segala urusan serta
dimurahkan rezeki dan dalam pemeliharaan Allah senantiasa

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...