Friday, August 12, 2011

Nasi Mandi-Umrah 2011-19

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sambung semula cerita saya pergi mengerjakan Umrah pada bulan Mei yang lepas. Kami bertolak ke Makkah dalam pakaian ihram untuk mengerjakan umrah yang pertama, setelah tinggal di Madinah selama 3 malam.

Sebelum Maghrib dipertengahan perjalanan, kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Kami dihidangkan nasi mandi lauk ayam dan ikan goreng, semua jemaah kata masakannya sedap, kalau rasa tak malu, mungkin minta tambah lagi...he he...

Semasa Maghrib, lebih kurang 20 - 30 buah bas membawa jemaah umrah singgah disini untuk makan dan solat Maghrib. Mungkin makananya sedap, restorannya besar, masjidnya luas, tempat wuduknya selesa, tandasnya banyak, cuma kebersihannya yang kurang memuaskan.




Sampai di Makkah, setelah selesai urusan bagasi dan tempat penginapan. Mutawif Ustaz Mustaffa membimbing kami mengerjakan rukun dan wajib umrah.

Atas cadangkan seorang ustaz semasa kursus haji pada tahun 2006 dahulu, saya membawa sekali lagi mesin gunting rambut bagi tujuan untuk bertahlul diri sendiri dan dan kawan kawan jemaah lain. Jimat belanja dan cari pahala sedikit sebanyak, Insyaallah



Kelebihan Bersedekah

Dari Amru bin Auf ra, katanya Sabda Rasulullah saw bersabda
"Sesungguhnya sedekah sesaorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri ( dari pemberiannya )"

Wassalam

Wednesday, August 10, 2011

Sumbangan STP Kepada Sekolah Agama di Kemboja

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Giliran Ustaz Dr. Rahmat, Pensyarah UIAM, malam tadi memberi tazkirah di STP. Beliau membawa bersama seorang pelajarnya yang berasal daripada Kemboja serta dua orang guru sekolah agama yang datang ke Malaysia ini bagi tujuan meminta sumbangan untuk menampung pengajian di kampung mereka (tak ingat namanya) di Kemboja.

Ustaz memaklumkan, beliau telah beberapa kali ke Kemboja dengan tujuan menziarah serta memberi sumbangan.

Yang menyentuh perasaan kami apabila ustaz memberitahu gaji seorang guru sekolah pondok sebanyak RM20.00 sebulan, yang diperolehi daripada pelajar sekolah dengan pengiraan, seorang pelajar membayar 10 sen seorang, untuk seminggu, kali dengan 50 orang murid dan kali dengan 4 minggu.

Ustaz Dr. Rahmat (dua drp kiri)

Alhamdulillah, hasil daripada kutipan jemaah STP malam tadi, saya mewakili AJK STP memberikan sumbangan sebanyak RM4017.00 kepada guru berkenaan. Moga dengan sumbangan yang sedikit ini akan memberi menafaat kepada sekolah dan pelajar.



Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda,
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari Qiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan Akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan Akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para Malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.”
(Hadits dengan redaksi seperti ini diriwayatkan oleh Muslim)



Wassalam

Monday, August 8, 2011

Rindu-Umrah 2011-18

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

rinduh sungguh dengan bau Makkah



rinduh sungguh dengan bau Masjidil Haram


rinduh sungguh dengan bau Kaabah




Rindu sungguh bau Safa dan Marwah



Rindu sungguh dengan Air Zam Zam



tapi masih menunggu giliran ingin mencium Hajar Aswat..Insyaallah


Rindu dengan sahabat Tn Hj Mohd Arshad


rindu pada Presiden PDKM...tenguk bangunannya ajer

Untuk mengubat hati yang rindu
1 minit mengingat Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih

* * SUBHANA'LLAH * *
* * ALHAMDULI'LLAH * *
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH * *
* * ALLAHU AKBAR * *
* * ASTAGHFIRU'LLAH * *
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH * *
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN * *

Wassalam

Sunday, August 7, 2011

Selamat Hari Jadi Syima

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN
KHAS UNTUK


Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
lmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.




"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

Riwayat Al-Tabrani


Wassalam

Friday, August 5, 2011

Kak Yang Buat Pemeriksaan Perubatan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, Nabilah atau Kak Yang pangilan adik adik nya, telah menerima tawaran ke UPM. Daripada hari Isnin, menguruskan peraturan dan syarat syarat yang telah di tetapkan oleh pihak universiti, membuka akaun CIMB, beli nombor pin di BSN, ambil gambar dan buat salinan sijil serta isi borang.

Pagi tadi kesempatan pergi HKL untuk membuat pemeriksaan perubatan. Tempat yang dituju adala di Wisma Rekod atau dahulunya dikenali sebagai Wisma Kayu.
Disini membuat pemeriksaan badan, ambil darah dan air kencing.
Buat bayaran sebanyak RM30.00 di kuanter Wad Bersalin yang terletak dihadapan Wisma Rekod

Kemudian membuat X-Ray di bangunan utama HKL. Untuk mengambil keputusan pemeriksaan, kena datang semula dua minggu lagi.




Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW:
Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah shalat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak."
Shahih Muslim


Wassalam

Thursday, August 4, 2011

Tadarus di STP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sudah menjadi amalan di STP, setiap malam dalam bulan Ramadhan, selepas solat sunat tarawih tazkirah dan witir, mengadakan majlis tadarus, disertai semua peringkat usia. Alhamdulillah


PENGERTIAN TADARUS AL-QURAN

Membaca al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah sabit dari Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)

Menurut ulamak; maksud tadarus ialah saling mempelajari al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. Setelah ia selesai membaca, di sambung pula oleh orang lain. Berkata Imam al-Minawi; maksud “membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka” ialah mereka saling mengikuti bacaan sesama mereka, kerap mempelajarinya dan berusaha menjaga/menghafalnya sesama mereka kerana takut lupa” (Faidhul-Qadier, hadis no. 7776).

Dari sudut pahala, apabila kita membaca dan mempelajari al-Quran secara bersama –yakni seorang membaca dan yang lain mendengar-, semua yang terlibat akan mendapat pahala. Yang membaca akan mendapat pahala tilawah sekalipun bacaannya tidak lancar. Ini sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Orang yang mahir membaca al-Quran dia akan bersama dengan malaikat safarah (pembawa wahyu) yang mulia dan taat/berbuat kebajikan. Manakala seorang yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan ketika membacanya, maka dia akan memperolehi dua ganjaran” (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.).

Yang mendengar pula akan mendapat pahala istima’ (mendengar tilawah/bacaan orang lain) dan pahala menegur (jika sahabat yang membaca tersalah). Firman Allah (bermaksud); “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang, agar kamu mendapat rahmat” (Surah al-A’raf, ayat 204). Sabda Nabi s.a.w.; (bermaksud); “Sesiapa yang mendengar dengan teliti satu ayat dari kitab Allah (al-Quran), ditulis baginya dengan kebaikan yang berganda-ganda dan sesiapa yang membacanya maka ia akan menjadi cahaya untuknya di hari kiamat”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)



Wassalam

Tuesday, August 2, 2011

Allah Makbulkan Doa Kita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, seluruh umat Islam di Malaysia telah menjalani ibadah puasa pada tahun ini, bermula daripada semalam. Bermakna Allah telah perkenankan doa doa kita yang kita mohon sejak dari bulan Rejab dan Sya'ban.

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

Dengan itu marilah kita sama sama meneruskan berdoa


Firman Allah swt
“Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(QS Al-Baqarah ayat 186)


Sabda Nabi Muhammad saw

“Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.”

(HR Ibnu Majah 1743)


Majlis berbuka puasa hari pertama di STP



Baru mulai tahun ini, kira kira 15 minit sebelum berbuka, adakan majlis tahlil atau berzikir dan membaca doa selamat

Sabda Nabi Muhammad saw

‘Dan perbanyaklah padanya daripada empat hal (perkara), yang dua hal adalah keredaan Tuhanmu dan yang dua lainnya adalah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allah yang memiliki). Dua hal yang pertama adalah Syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan yang kedua adalah kalian beristifar kepadaNya. Dan dua hal yang bukan milik kalian adalah, mintalah Syurga dan berlindunglah padaNya daripada api neraka’

Diriwayat oleh Sidina Salman ra.

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...