Saturday, August 24, 2013

Tetamu Pertama Raya 1434H

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada hari Raya yang ke 3, adik emak yang bungsu Pakcik Alias dan keluaragnya datang beraya kerumah saya.

Mereka semua datang selepas menghadiri majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki yang kebetulan anak kariah taman saya

 Pengantin adalah anak perempuan sepupu saya, ia itu cucu Pakcik Alias
Nadia Sakinah dan Muhammad Azinuddin
moga mereka bahagia hingga ke Syurga


Alhamdulillah, merasa gembira kerana semua keluarga Pakcik Alias sudi datang bertandang, berehat dan menunaikan solat.


Hukum Dan Kedudukan Orang Berpuasa Sunat Menghadiri Jemputan Rumah Terbuka


Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di Hari Raya Aidil-Fitri sudah menjadi adat bagi kita. Tuan rumah sudah pasti menghidangkan berbagai jenis juadah khususnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka atau yang lebih biasa disebut dengan "open house".

Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat enam, ini adalah satu dilema yang sukar dielakkan di hari raya ini, apatah lagi jika tuan rumah itu mengkhususkan jemputannya di waktu siang. Sehinggakan ada yang menjadikan alasan berpuasa sunat itu untuk tidak menghadiri jemputan ataupun menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa enam.

Perlu diingat bahawa berpuasa bukanlah tiket serta alasan untuk tidak memenuhi jemputan. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Dalam satu hadits riwayat Imam Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan maka hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa maka hendaklah dia makan.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)


Orang yang diundang menghadiri jemputan sedangkan dia berpuasa, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya untuk memakan makanan yang dihidangkan kepadanya oleh tuan rumah. Jika puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan sebagainya ke atas tuan rumah dan para hadirin.

Adapun jika sekiranya puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa sunat, maka adalah dibolehkan baginya untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu bahkan adalah sunat baginya untuk berbuka seandainya tuan rumah itu merasa tersinggung jika dia tidak memakan makanan yang dihidangkannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh orang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, Baginda bersabda:

Maksudnya:

"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”

(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)


Ini sama halnya dengan tuan rumah yang menjemput ataupun didatangi oleh tetamu padahal tuan rumah itu sedang berpuasa sunat, lalu tetamunya itu berkeberatan untuk memakan makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak mahu memakannya kecuali jika tuan rumah yang sedang berpuasa itu turut makan bersamanya – maka dalam hal ini, sebagai menghormati tetamu itu, adalah lebih afdhal bagi tuan rumah itu untuk berbuka dan makan bersama-sama tetamunya tadi kerana Ummu Hani’ Radhiallahu ‘anha sewaktu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pergi berkunjung ke rumahnya, Ummu Hani’ menghidangkan minuman kepada Baginda. Setelah minum, Baginda memberikannya semula kepada Ummu Hani’, lalu Ummu Hani’ pun meminum bakinya. Kemudian Ummu Hani’ pun berkata:

Maksudnya:

"Aku telah berdosa, maka mintalah keampunan untukku, Baginda bersabda: Apakah ia (dosamu itu)? Katanya: Aku ini berpuasa, dan aku berbuka. Baginda bersabda: Adakah puasa qadha yang engkau kerjakan itu? (Ummu Hani’) berkata: Bukan. Baginda bersabda: (Berbuka puasa sunat itu) tidak memberi mudharat kepadamu."

(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).


Akan tetapi jika tuan rumah atau tetamu itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika dia meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdhal dan lebih utama baginya untuk terus berpuasa.

Jika dia berbuka juga maka dia tidak akan beroleh pahala puasa yang telah dilakukannya tadi. Berlainan halnya, jika dia berbuka kerana keuzuran misalnya kerana ingin menemani tetamunya makan atau untuk menjaga hati tuan rumah, maka puasanya tadi itu akan diberikan pahala sungguhpun dia tidak dapat menyempurnakannya sepertimana yang disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Bagaimanapun, tidak meneruskan puasa sunat tanpa keuzuran adalah makruh di sisi hukum syara‘ berdasarkan zahir firman Allah Ta‘ala dalam Surah Muhammad ayat 33:

Tafsirnya:

“Dan janganlah kamu batalkan amalan kamu!”

(Surah Muhammad:33)


WASSALAM

Friday, August 23, 2013

Suasana Raya 1434H

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selamat berpuasa 6 bulan Syawal, mana yang dah habis puasa tu diucapkan syukur dan selamat berhari Raya Puasa 6 Syawal.

Baru inilah saya berkesempatan mencatatkan kisah raya pada tahun ini. Tahun ini menyambut raya di kampung saya.

Lemang adalah menu utama di kampung saya. Jadi sedikit sebanyak, bolehlah membuat lemang tu... Masa kecil kecil dulu, buluh lemang kami cari sendiri, sekarang ni dah beli ajer, daun pisang Alhamdulillah, masih boleh di cari belakang rumah.

Membantu emak mengisi pulut dalam buluh

Laksa menu sampingan

 Baru letak lemang, hujan turun, terpaksa berpindah ke bawah pondok


 Hari tu...berbuka dengan lemang

 Imam membaca kutbah Raya
Lepas Solat Sunat Hari Raya, menziarahi pusara

 Sebelum sarapan, acara bermaaf maafan

 duit raya




 Kenanggan 1 Syawal 1434H

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)


WASSALAM

Thursday, August 22, 2013

Salam Aidil Fitri 1434 H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Didoakan agar sahabat serta keluarga dalam suasana ceria serta dalam pemeliharaan Allah senantiasa.


Wassalam

Monday, August 5, 2013

Majlis Khatam Al Quran - STP

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sempena malam 27 Ramadhan, STP mengadakan Majlis Khatam Al Quran. Peserta terdiri daripada kumpulan dewasa, kumpulan muslimat dan kumpulan remaja.




Saguhati kepada kumpulan remaja daripada STP, individu dan seorang ahli perniagaan.


Kelebihan dan Istimewanya Ramadhan

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: 

Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 

Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, 
dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, 
dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : 
Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). 
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? 
Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


WASSALAM

Sunday, August 4, 2013

Sumbangan STP

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Petang semalam STP mengadakan majlis memberi sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tungal dan fakir miskin yang berada kariah STP.

Majlis seumpama ini adalah antara aktiviti STP setiap tahun. Aktiviti ini berjalan lancar kerana ada penduduk kariah STP yang berpendapatan lebih dan menyalurkannya melalui STP.

Ucapan daripada Pengerusi STP

 Antara penerima sumbangan

 Imam Besar menyampaikan sumbangan

Wakil Muslimat menyampaikan sumbangan


Kelebihan dan Istimewanya Ramadhan

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : 

Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. 

- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi



WASSALAM

Thursday, July 25, 2013

Alhamdulillah, Mertua Dah Beransur Sihat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرک

Alhamdulillah, diatas segala doa kawan-kawan dan sahabat handai, mertua saya sudah beransur sihat. Tapi masih dalam pengawasan doktor lagi. Mereka cuba membiasakan makan 6 kali sehari, kurangkan makanan yang boleh mencepatkan kenyang seperti nasi atau roti, banyakkan makan seperti ikan, ayam, daging, buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Keadaan selepas 3 hari pembedahan

Seminggu selepas pembedaan, masih letih lagi
Kak Ngah memberi buah tangan daripada Jakarta

Di staples dengan besi yang akan reput sendiri

Cara pemakanan yang dicadangkan selepas pembedahan
(mengikut amalan Nabi saw)



Cara Makanan Sunah Nabi SAW.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. 

1. Jangan Makan/Minum 
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah 
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad 

2. Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas. 

Tidak makan buah selepas hidangan berat (nasi, gandum, roti). 
Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna, boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri. 

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor) 
Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan. 

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia. 

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan. 

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas. 

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida. 

3. Cara Minum Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. 

Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk. 
Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. 
Sila minum sebelum/selepas makan. 
Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat. 

4. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu. 

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. 

Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods". 

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

WASSALAM

Tuesday, July 23, 2013

Kak Ngah Selamat Pulang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah
Pukul 2.45 petang Ahad, Kak Ngah selamat mendarat dan kembali ke tanah air setelah 6 tahun menimba ilmu di negara jiran.



  Insyaallah akan menjalani housemanship selama 2 tahun.

Doa Kesyukuran

بِِِِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كُلُّهُ وَلَكَ الشُّكْرُ كُلُّهُ وَلَكَ الْمُلْكُ كُلُّهُ وَلَكَ الْخَلْقُ كُلُّهُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ الأَمْرُ كُلُّهُ.

اَللّهُمَّ مَا أَنْعَمْتَ فَزِدْ ، وَمَا زِدْتَ فَبَارِكْ وَمَا بَارَكْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَيْهِ.

اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا صَابِرِيْنَ وَاجْعَلْنَا شَاكِرِيْنَ وَاجْعَلْنَا فِى أَعْيُنِنَا صِغَارًا وَفِى أَعْيُنِ النَّاسِ كِبَارًا.

اَللّهُمَّ بَارِكْ فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوْبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ وَاجْعَلْنَا شَاكِرِيْنَ لِنِعْمَتِكَ مُثْنِيْنَ لَهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا.

اَللّهُمَّ اصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشُنَا وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِيْ فِيْهَا مَعَادُنَا ، وَاْجعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَّنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

 Ertinya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul, junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

Ya Allah, bagiMu pujian seluruhnya, bagiMu kesyukuran seluruhnya, bagiMu kekuasaan dan ciptaan seluruhnya, di tanganMu segala kebaikan, dan kepadaMu kembalinya segala urusan.

Ya Allah, apa yang telah Engkau beri nikmat maka tambahkanlah, dan apa yang telah Engkau tambahkan maka berkatilah, dan apa yang telah Engkau berkati maka bagiMu segala pujian atasnya.

Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang sabar, orang-orang yang bersyukur, dan jadikanlah kami, kecil pada pandangan mata kami dan besar pada pandangan mata orang lain.

Ya Allah, berkatilah pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat kami. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmat-nikmatMu dan gandakanlah serta sempurnakanlah nikmat itu atas kami.

Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami yang memelihara urusan kami, dan perbaikilah bagi kami dunia penghidupan kami, dan perbaikilah bagi kami hari pembalasan kami iaitu tempat kembali kami, dan jadikanlah penghidupan bertambah dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian ketenangan bagi kami dari segala kejahatan.

Ya Tuhan kami, mohon kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon jauhkanlah kami daripada azab api neraka, dan selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Maha suci Tuhanmu yang mempunyai keagungan daripada apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) sifatkan, dan salam sejahtera kepada para rasul sekalian. Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...