Tuesday, September 3, 2013

Laksa Siam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pertama kali mendengar dan makan Laksa Siam dijamuan Doa Selamat dan Jamuan Raya di sebuah rumah dalam kariah taman saya.

Terung bulat, mentimun, kacang botol, kacang panjang, daun selasih dan ulam yang satu tu tak tahu namanya, batangnya berduri.

Kuahnya macam kuah laksa biasa, tapi resepinya termasuk santan
laksanya mihun kasar

Sedap, saya suka.....

Tanggungjawab suami terhadap isteri

Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. 

Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." 

(Hadis riwayat Abu Daud).


WASSALAM

Monday, September 2, 2013

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013 , dianjurkan oleh www.nazlee.com

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013 , dianjurkan oleh www.nazlee.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;

Syarat-syarat penyertaan
  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Like Page P.C.L
  3. Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)
Kategori 1
Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad [klik sini].
*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.
*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.

#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)

Kategori 2
Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;
Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.

#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Kategori 3
Boleh buat entri dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur  (klik banner) ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.

#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Didahului dengan ucapan Terima Kasih.
~pcl

Di bawah ni adalah code HTML yang dimaksudkan, hanya perlu  >>  klik [New Post] kemudian [HTML] dan masukkan kod tersebut di dalam post entri anda.

Saturday, August 31, 2013

Selamat Hari Kemerdekaan ke 56

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

PHD mengucapkan menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56.

Menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.” Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka.



Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?

 Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah: 

Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:

Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya. 
Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah SWT bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia. 

Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:

Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan. 
Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat. 

Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:

Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan. 

Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar. 

Justeru itu, kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam. Wallahu ‘Alam…

Petikan drp sini


WASSALAM

Friday, August 30, 2013

Jamuan Raya 1434H Anjuran Jabatan Kami-2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi pagi lagi kami masing masing menjalankan tugas seperti mana yang telah diatur.
Menu untuk Seksyen kami adalah laksam

Menyediakan sayur-sayuran laksam

Memotong laksam. Warna pink tu sebagai penyerinya

Kuah laksam

Kita menyediakan berbentuk bungkus atau boleh makan disitu

Bahagian perhiasan

Bahagian logistik

Dihadapan gerai, memenanggi tempat kedua dalam katogeri gerai tercantik

Sokongan daripada boss besar

Bila bos tiada, kena dera la pulak

Sebahagian daripada kakitangan

Waktu mengemas, bahagian logestik lagi

3 dalam Malaysia...he he


Sabda Nabi saw.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas perlakuan mereka adalah lebih baik dan besar pahalanya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas perilaku mereka”

(Imam Ahmad).


WASSALAM

Thursday, August 29, 2013

Jamuan Raya 1434H Anjuran Jabatan Kami-1

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Acara tahunan Jabatan kami membuat Jamuan Raya untuk kakitangan semua. Setiap Seksyen kena menyediakan menu yang telah dipersetujui dengan kos belanja ditanggung oleh jabatan. Tahun ini seksyen kami kena menyediakan laksam. Nasib baik ramai kakitangan seksyen yang berasal daripada Pantai Timur.

Menyiang ikan

 Merebus ikan

 Asingkan isi dengan tulang dan simpan dalam peti sejuk

 Sebagai rewang, buat roti canai sebanyak 4 kg untuk sarapan pagi

 Semua nak mencuba

 Kari ayam sebagai pencicah roti canai

 Masing masing menunjuk bakat


 Tak cukup

 Uli sekali lagi sebanyak 3 kg

Pesediaan minum petang pulak


Firman Allah swt.

“… dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.”

 (QS. Al Maidah : 2)


WASSALAM

Wednesday, August 28, 2013

Walimatul Urus Anak Hajjah Yang Azmah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Daripada alam maya melalui blog Kekunciku Berdansa dan FB Cikgu Yang bertemu dalam Majlis Walimatul Urus anak beliau Mohd Fareez Zaquan dan pasangannya Siti Yusra di Dewan Ideal Convention Centre Selayang pada hari Sabtu lepas.

Terima kasih atas undangan dan tanda ingatan



Biasanya dalam 10-15 minit sampai ke Selayang tapi hari tu sampai 1 jam 15 minit baru sampai. Ini disebabkan ada lori tangki terbalik.

Selepas Zohor memenuhi jemputan bekas jiran di Dewan Perdana, Keramat Mall, Keramat

Limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.

Pukul 4.30 petang terus ke HKL, melawat jiran yang telah dimasukan wad

"Imam al-Bukhari menulis" "Bab Du'a al-'Aa'id lil Maridh" (Bab Doa Menziarahi Orang Sakit) dan menyebutkan hadis Aisyah bahawa Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu didatangkan kepada baginda SAW, Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): 

"Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit." 

(Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

WASSALAM

Sunday, August 25, 2013

Aktiviti Mengemas Rumah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selepas cuti raya tu hari tambah lagi dengan 2 hari cuti rehat. Tujuan untuk mengemas rumah, maklumlah sebulan dalam bulan puasa tidak mengemas, letih dan tak larat...he he

Antaranya memasang besi langsir


 Menukar mangkuk tandas


Menukar besin cuci tangan
Buat sendiri nak jimat....he he


Hukum Menqadha Puasa Sunat

Orang yang sedang berpuasa sunat adalah berkuasa ke atas dirinya samada ingin meneruskan puasanya ataupun tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Ummu Hani‘ Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:

“Orang yang sedang berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka.”

(Hadits Riwayat Imam Ahmad)


Menurut pendapat mazhab Imam as-Syafi‘e, orang yang tidak meneruskan puasa sunat samada kerana keuzuran ataupun tidak, maka tidaklah wajib ke atasnya menqadha puasanya itu bahkan hukumnya adalah sunat. Ini kerana jika hukum menqadhanya adalah wajib, maka sudah pasti hukum tidak meneruskannya (puasa sunat) adalah haram.

Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:

“Aku membuat makanan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Baginda dan sahabat-sahabat Baginda pun datang. Maka apabila makanan dihidangkan, seorang laki-laki daripada suatu kaum berkata: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." 
Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: 
"Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu."”

(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)


Maka ambillah peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan puasa enam itu bukan dalam suasana hari raya.

Sumber: daripada sini


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...