Tuesday, December 10, 2013

Mee Rebus Utara & Pasembur Istimewa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kampung Baru kalau di waktu malam memang nampak meriah dengan kedai makanan beraneka citarasa.

Kali ini saya makan di kedai Mee Rebus Utara

Menu utamanya mee rebus dan pasembur

Dolu dolu dolu cuma kecil ajer kedainya



Pemandangan Kota Raya waktu malam

Kali ini saya mencuba nasi ayam penyet
Rasanya OK..cuma kalau dapat nasinya drp beru, lagi mables...

Pandangan diwaktu siang
Parkir yang luas


Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"

(Hadis Riwayat Tirmizi). 


WASSALAM

Monday, December 9, 2013

STP Menghulur Bantuan Mangsa Banjir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ini salah satu usaha STP membantu meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur. 

Sumbangan ini adalah daripada anak kariah STP sendiri.

Alhamdulillah....1 lori berbagai jenis makanan kering, lampin pakai buang, pakaian terpakai dan keperluan lain dapat dihantar ke Negeri Pahang


Doa Menghadapi Musibah

Sesungguhnya kami memiliki Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya. Ya Allah berilah kami pahala dalam musibahku in dan berilah pengganti yang lebih baik.

 (HR. Muslim)


Doa Terhindar dari Kesulitan dan Penderitaan

Dengan nama Allah atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, berilah aku rasa redha terhadap putusku. Ya Allah, berilah aku rasa redha terhadap putusan-Mu dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan ubun-ubunku dalam tangan-Mu, berlakulah atasku hukum keputusan-Mu dan adillah atasku segala taqdirmu. Aku mohon pada-Mu dengan segala nama yang jadi milik-Mu yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluq-Mu, atau yang Kau simpan dalam perbendaharaan ghaib di sisi-Mu kiranya Engkau jadikan kitab al-Quran jadi kesuburan hatiku dan cahaya dadaku serta menjadi tempat melepaskan segala kesusahanku dan menghilangkan dukacitaku. 

(HR. Ahmad dan Ibnu Gibban)


WASSALAM

Friday, December 6, 2013

Restoran Suria, Jalan TAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Restoran Suria adalah antara restoran nasi Arab yang termurah. Terletak di Jalan Tungku Abdul Rahman, sebaris dengan kedai Mydin di Chawkit.

Barbican RM3.00

Chicken Mandy RM6.00


Pandangan hadepan restoran

Pintu depan Restoran Suria
Ruang makannya terhad


Doa murah rezeki

A027

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

(Surah Ali Imran Ayat ke 27)

Ayat ini merupakan ayat yang diberikan kepada Nabi Muhammad saw.  Ayat mengenai kebesaran Allah swt dalam mentadbir malam dan siang, hidup dan mati dan hanya Allah yang memberi rezeki yang tidak terhitung kepada sesiapa yang Dia kehendaki.


WASSALAM

Thursday, December 5, 2013

Hari Keluarga Abdul Razak 2013

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi mengadakan Hari Keluarga Allahyarham Abdul Razak. Kami adik beradik seramai sembilan daripada sebelas bersama emak serta keluarga masing-masing, berkumpul di Kelompang Resort and Training Centre, Kampong Pasir Putih, Krling, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Bermula daripada 30 November hingga 1 Disember 2013.

Yang mula-mula sampai memasang tanda arah, kerana masuk ke dalam agak jauh juga

 Di dalam chalet yang kami sewa, 4 katil bertingkat, 1 bilik air, sewa RM180.00

 BBQ ayam dan kambing

 Bakar jagong dan keledik

 Buah-buahan tempatan

 Suasana Subuh

 Kalau dah kaki pancing

 Tetap dapat hasilnya 

Sarapan pagi

 Anak-anak tak sempat sarapan terus ke sungai

 Alhamdulillah cuaca baik semasa kami di sini

 Perbagai landskap yang menarik

 Giliran ibu bapa pula mandi



 Meraikan anak anak saudara

 Sambutan belated birthday emak yang ke 71

 Emak mencabut nombor bertuah

 50 orang
Opah-anak-menantu-cucu

Alhamdulillah, bertambah seorang lagi, dapat berkumpul semua


Doa Dikurniakan Keluarga Bahagia

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya : 

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"

(Al-Furqaan : 74)


WASSALAM

Tuesday, December 3, 2013

10 sen Malaysia Dalam Chocolates Daim

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah. Mujur tidak masuk terus ke mulut, kalau tidak macam-macam boleh berlaku

Terdapat duit siling Malaysia 10 sen berada di dalam bungkusan coklat Daim.

Cuba kita fikirkan sekiranya coklat ini dapat ke tangan kanak-kanak. 1001 macam boleh berlaku

Berdasarkan pengetahuan saya Chocolates Daim ini made in Sweden, bagaimana boleh duit siling Malaysia berada di dalam bungkusannya.


Allah telah menegaskan di dalam Al-Quran bagi manusia yang ingin menggali tentang maknanya bahawa, manusia telah ditegah oleh Allah S.W.T  untuk mencampakkan dirinya sendiri ke arah kebinasaan 

sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Nafkahkanlah (berkorbanlah) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan dirimu sendiri dengan tanganmu kepada kebinasaan, dan buatlah kebaikan kepada orang lain, sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan". 

(Surah Al-Baqarah: ayat 195)


Dalam hal yang demikian, telah jelas kepada manusia bahawa Allah S.W.T  melarang makan dan minum yang terdiri dari perkara-perkara yang membawa risiko terhadap kesihatan apatah lagi melibatkan perihal halal dan haramnya. Makan minum yang terdiri dari perkara yang haram dapat dikaitkan dengan tubuh badan menjadim lemah, selalu berasa uzur untuk beribadat kepada Allah, solat yang tidak khusyuk dan hati yang tertutup untuk mendapat hidayat Allah S.W.T. Ini kerana, apabila makanan dan minuman masuk ke perut yang kurang jelas tentang halalnya akan menyebabkan segala doa yang dipohonkan kepada Allah S.W.T  tidak diterima-Nya.


WASSALAM

Wednesday, November 27, 2013

Satay Station Kg Baru

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Minggu lepas baru berkesempatan nak mencuba Satay Station, Jalan Raja Uda, Kg Baru. Selalunya lalu lang sahaja di depan kedai satay ni, sebab dia buka sebelah malam ajer.

Parkir yang luas


 Suasana kampung

 Kemas, bersih dan selesa

 Sataynya agak besar

Selain satay, cuma ada mee rebus dan sup sahaja


Firman Allah SWT.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” 

(Al-Baqarah : 216)



WASSALAM

Monday, November 25, 2013

Walimah di Dewan Shah Alam (N'DAH)

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Minggu lepas menghadiri Majlis Walimah anak kawan Tn Hj Sulaiman Bakri yang diadakan di Dewan Shah Alam (N'DAH), Jalan Iktisas, Seksyen 14, Shah Alam.

Idea yang baik daripada pengusaha dewan ini, memandangkan suasana sekarang orang ramai lebih suka menjalankan majlis walimah di dewan. Dewan yang memenuhi kehendak pelanggan dalam satu pakej disediakan di sini. Mudah dan selesa.





 Harga pakej yang ditawarkan

Bersebelahan dengan DEMC Specialist Hospital




WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...