Monday, August 9, 2010

Bengkel Pengurusan KOJUPEM 2010-2011

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sekarang saya berada di Langkawi,
menghadiri Bengkel Pengurusan Koperasi.
dihadiri semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Pengurus koperasi.
merancang dan merangka pengurusan koperasi untuk setahun serta
membuat pertimbangan kepada cadangan cadangan
dalam Mesyuarat Perwakilan yang lepas.


agenda pertama, mendengar penerangan daripada wakil insyuran

untuk mengujutkan insyuran berkelumpuk yang baru

pertama kali saya dalam pembentangan ini,

memang berat tanggungjawabnya
pembentangan hari pertama sahaja sehingga pukul 12.30tgh malam
gambar ini diambil pukul 2.30 pagi di R & R Sg. Perak
dalam perjalan menuju ke Langkawi
untuk keterangan lanjut sila ke blog Idris Talu

Wassalam

Friday, August 6, 2010

Roti Canai Terbang

Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
percubaan pertama memasukkan rakaman video sendiri ke blog
lokasi di Jalan Tun Perak, Bacang, Melaka
semasa mengadakan mesyuarat, pada hujung tahun lepas
dibelakang tu, rakan sepejabat menyaksikan aksi tukang canai

sedang mencanai roti canai dengan gaya yang menarik
setiap hari ramai pengunjung gerai beliau
roti canainya pun sedap

ps: selamat hari lahir Syima, roti canai terbang untuk meraikan Syima



Wassalam

Thursday, August 5, 2010

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pada 02 Ogos 2010, Isnin, pejabat kami mengadakan Majlis Bacaan Yasin,
Tahlil dan Doa Selamat, sempena menyambut bulan Ramadhan

sumbangan daripada pegawai dan kakitangan berbentuk duit dan juadah

semua kerja dijalankan secara gotong royong

ikan patin ternakan sangkar Sungai Pahang masak tempoyak
tukang masak dibawa khas daripada Temerloh
terima kasih emak Noriazira

ulam ulam kampung dicicah dengan gulai pucuk tempoyak

suasana bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat

daripada juadah dan suasana kenduri seperti di kampung

ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama kakitangan dan pegawai

mana yang dah biasa makan bersila tu tiada hal
bagi yang tak pernah merasa makan sebigini
nampak malu dan kekok
walaumacamanapun kami merasa teruja, puas dan gembira
terima kasih kepada semua, kerana bekerjasama dalam menjayakan majlis ini

Wassalam

Monday, August 2, 2010

Waffle

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sarapan pagi kami sekeluarga pada hari ahad semalam

kali ini berintikan kaya

ada anak sukakan yang garing

yang tak suka garing pun ada, ikutkan sahaja

dah sedia untuk disantap, jum kekawan kita makan
jangan lupa baca Bismillah

resepi

2 Biji telur (asingkan putih dan kuning)

2 cawan tepung serbaguna (self raising flour)

2 sudu gula aising

6 sudu lemak sayur (shortening)

1 ½ cawan susu segar

1 sudu kecil esen vanilla

½ sudu kecil garam


Cara-cara membuatnya

1. Telur Putih dan telur kuning yang diasingkan dipukul hingga kembang

2. Tepung, gula garam diayak

3. Lemak sayur dicairkan dan desejukkan

4. Apabila selesai langkah 1 hingga 3, campurkan kesemua bahan-bahan

tersebut ke dalam satu adunan berserta asen vanilla (putar sehingga sebati)

(terima kasih Puan Siti Norazin, kawan sepejabat yang memberi resepi ni)

Wassalam

Sunday, August 1, 2010

Lukisan Hasil Seni Daripada Jakarta

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Ada sedikit lagi saki baki cerita mengenai lawatan kami ke Jakarta
pada bulan Mac tempuhari

membeli sekeping lukisan bunga orkid

sekarang ni baru buatkan frame nya, pesedian untuk raya...he he

tempah di sebuah kedai yang dimiliki orang Melayu
seberang jalan dengan Pasar Dato' Keramat, K. Lumpur

Insyaallah, dengan keuntungannya nanti, ia akan menafaatkan untuk
menunaikan haji, umrah atau sekurang kurang ia bersedekah
moga sama sama mendapat ganjaran daripada Allah

Wassalam

Thursday, July 29, 2010

Isi Durian Berwarna Merah

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sekarang ni musim buah durian, raja kepada semua buah

perolehi daripada maklumat kawan dengan izin
untuk berkongsi maklumat
bagi tujuan mengigati kebesaran Allah

yang menarik, isinya berwarna merah
kalau biasa isinya wana putih susu atau kuning
dah cukup menghangatkan badan
kalau warna merah, mukin
berpijau badan

maklumat nilai khasiat dan petua ini diambil daripada shekh google

Beberapa bagian tumbuhan terkadang dimanfaatkan sebagai bahan obat tradisional. Akarnya dimanfaatkan sebagai obat demam. Daunnya, dicampur dengan jeringau (Acorus calamus), digunakan untuk menyembuhkan cantengan (infeksi pada kuku). Kulit buahnya untuk mengobati ruam pada kulit (sakit kurap) dan susah buang air besar (sembelit). Kulit buah ini pun biasa dibakar dan abunya digunakan dalam ramuan untuk melancarkan haid dan menggugurkan kandungan. Abu dan air rendaman abu ini juga digunakan sebagai campuran pewarna tradisional

Wassalam

Tuesday, July 27, 2010

Terima Kasih Atas Ucapan Ulang Tahun Kelahiran

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kekawan blogers
terima kasih kepada AZ dan Mama Ju yang sudi buat N3 khas untuk saya
terima kasih kepada rakan sepejabat serta rakan facebook
yang sudi mengucapkan hari ulang tahun saya pada 19 Julai tempuh hari
saya ameenkan juga atas doa2 kalian
moga Allah memberkati ukhwah kita semua

meraikan bersama keluarga

bihun kungfu pilihan saya pada hari tu

Alhamdulillah, terima kasih, hadiah daripada isteri dan anak

ini bukan kasut saya yee, tapi saya yang kena bayar
untuk pergi konvokesyen anak nanti, katanya
+ - sama je, janji sama sama dapat hadiah he he

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...