Wednesday, October 6, 2010

Berhari Raya Di Rumah Datin Azlina dan Ummi Humaira

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sebagai memenuhi album hari raya. Warga PDKM pada hari selasa minggu lepas telah berkunjung ke rumah Kak Azlina di Kota Damansara. Saya berbesar hati atas jemputan ini serta dapat bertemu dengan tuan punya PDKM, Cik Le, CP dan Hanis selepas berjumpa di Masjid Muaz.

semua nampak riang kerana atas layan istimewa daripada tuan rumah

pada mulanya selepas rumah Kak Azlina, saya nak terus balik, kerana besuknya anak menduduki peperiksaan percubaan SPM

Kak Sidah dan Hanis telah merancang awal untuk berhari raya ke rumah Ummi Humaira
oleh kerana semangat ukhwah yang kuat, kami mengikuti rumbungan tu
pertama kali bersua dengan Ummi, suasana riang seronok dan gembira
terima kasih atas layanan keluarga Ummi

Ukhwah atas jalan Allah, Insyaallah akan berkekalan
Wasssalam

Tuesday, October 5, 2010

PMR 2010

Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
Marilah kita sama sama berdoa khas untuk anak kita
serta anak kekawan blog, amnya untuk anak anak Umat Islam

Khusus untuk anak anak kita yang sedang menduduki PMR
Lapangkan dada mereka
permudahkan urusan mereka
lepaskan kekakuan lidah mereka
Amin amin aimn
Wassalam

Sunday, October 3, 2010

Anis ke Banting, Adibah ke KLIA

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pada hari minggu lepas, 25 September, agak sibuk juga
lepas subuh buat persediaan menjadi tuan rumah
sambutan majlis jamuan raya TC
petangnya memuliakan tetamu dari Banggi, satu pekej haji dahulu
kemudian bersiap sedia untuk menghantar Anis ke Metrik Banting
misti sampai sebelum pukul 7.00 malam, kalau lewat kena denda
lepas tu menghantar Adibah ke KLIA
penerbangan pukul 9.35malam

Kakak kesayangan mengiringgi samapai ke bilik asrama
untuk memberi semangat kepada adiknya

proses bagasi..berbagai makanan ada didalamnya


melepaskan rindu

Bercerita dengan keluarga kawan kawan anak

Rakan serumah

Selamat jalan Adibah dan kawan kawan
moga dipermudahkan segala urusan
Mengutamakan Akhirat disamping kejar dunia


Wassalam

Saturday, October 2, 2010

Kunjungan Tn Hj Rosli (Rakan Haji 2006-1427H)

Bismilahirahmanirohim


Assalamualaikum tuan haji...Waalaikumusalam....saya Rosli dari Banggi, ada di rumah ke....ada....kami nak datang dalam sejam lagi sampai le.....sila kan , saya tunggu....

dalam kesebukan melayan tetamu pada jamuan raya TC, pada hari miggu lepas, saya menerima panggilan yang tertera hanya nombor telefon sahaja. saya ingatkan En Rosli (LEBIH BAIK JADI BEKAS ORANG JAHAT DARI BEKAS ORANG BAIK ) bloger dari Banggi. Majlis raya TC telah selesai dan hanya tinggal beberapa orang jiran yang membantu untuk mengemas muncul sebuah kereta di hadapan rumah dalam hujan yang agak lebat.
Pada mulanya saya dan isteri tidak cam siapa yang sebenarnya tetamu tu. Rupa rupanya kawan satu pakej, Utas Travel semasa menunaikan haji pada hujung tahun 2006. Kami sebumbung dalam semua hal semasa di Madinah dan Makkah selama 47 hari.

Tiga tahu lepas, semasa raya juga, saya pernah menziarah Tn Hj Rosli di Banggi. Beliau telah ramai menziarahi kawan kawan sesama pakej dahulu, rajin sungguh mengeratkan ukhwah. Tn Hj Rosli tetap mengigati saya kerana dia orang pertama yang saya cukurkan untuk bertahalul menggunakan mesen gunting rambut (memang saya bawa atas cadangan ustaz, untuk mencari pahala) semasa di Mina.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan Tn Hj Rosli dan keluaga kerumah saya, sudi sudikan datang lagi dimasa akan datang. Bila agaknya kita dapat menjadi tetamu Allah lagi ya. Insyaallah, kita berdoa banyak banyak.

Wassalam

Friday, October 1, 2010

Majlis Hari Raya Taman Cempaka 1431

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Dalam bulan Ramadhan yang lepas, kami penghuni Taman Cempaka (TC) bermesyuarat 2 kali untuk memutuskan agenda menaja more di Surau TP dan majlis sambutan raya untuk TC

Sebagaimana yang telah dipersetujui, rumah saya menjadi tuan rumah untuk majlis tahun ini yang diadakan pada 26 September, hari ahad yang lepas

Kebiasaannya, buah buahan, air minuman, makanan yang mudah dibuat, kami bergotong royong melakukanya. Sudah banyak tahun menu utama kami adalah satay, tapi kali ini kami tukar kepada nasi minyak

Bacaan Yasin memulakan acara

Tahlil Aruah untuk ibu bapa, sahabat handai dan jiran tertangga yang telah mendahului kami

Doa selamat untuk keselamatan TC

mohon tatacara kejiranan diikuti dengan cara Sunah Nabi

Acara yang ditunggu tunggu..nyam nyam.. bersantap kita

setiap rumah digalakan membawa kueh mueh, kueh raya atau apa apa makanan

ada yang membawa mee goreng, roti jala, lauk ikan patin masak tempoyak

moga adap adap kejiranan kami kekalkan mengikut ajaran Al Qur'an dan mengikut Sunah Nabi Muhammad SAW

Wassalam

Thursday, September 30, 2010

Kunjungan Adik Adik serta keluarga dan Jemaah STP

Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
Sebelah petang tadi menerima kunjungan kekawan blog dan jiran tertangga
malam minggu 25 September pula, menerima kunjungan adik adik serta anak anak saudara. Semasa hari raya tempuh hari ada yang belum bersua muka dan bermaaf maafan, kerana berselisih beraya di mertua masing masing.

Selepas Isyak, saya menjemput jemaah STP pula untuk beraya

sebelum itu bacaan Yasin yang ketuai oleh Imam 1 STP
tujuan untuk sama sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan memperolehi kejayaan yang cemerlang bagi anak anak saya untuk menduduki PMR dan SPM pada tahun ini

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.
Adik yang akhir sekali balik dah hampir pukul 12.00 malam. kemudian kemas kemas sedikit, kerana pagi esok rumah saya menjadi tuan rumah pula untuk jamuan raya taman pada tahun ini.

Wassalam

Tuesday, September 28, 2010

Kunjungan Yang Dinanti, Kak Tun (BHS) dan Kak Azlina

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Berbesar hati atas kunjungan keluarga Kak Tun
boxhousestudio, pada hari sabtu yang lepas. Sedang bercerita di porch bersama Kak Tun, semasa hubbynya parking kereta. Muncul yang dinanti, Kak Azlina berdua dengan anaknya. Kak Tun dan Kak Azlina mukin telah bermesra di alam maya melalui PDKM, tapi baru pertama kali bersua di rumah saya, Alhamdulillah

Maaf ya, bersila atas lantai sahaja, tiada kerusi empuk
maaf juga isteri saya tidak dapat turut serta pada hari tu kerana menurut perintah

Terima kasih Kak Tun, moga bisnes lebih maju

Terima kasih Kak Azlina, ramai puji kueh seri muka tu sedap
Moga allah berkati serta berpanjangan ukhwah kita semua
Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...