Tuesday, March 8, 2011

Membuat Kad Pengenalan Azim

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah, semalam selesai satu tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Ia itu membuat kad pengenalan untuk anak bongsu saya Abdul Azim, yang telah genap umurnya 12 tahun pada 04 Februari 2011 yang lepas, (n3 birthday disini)

Alhamdulillah, tidak ramai orang yang berusan, cuma perlu menunggu giliran yang kelima lagi sahaja. Dalam masa 45 minit telah selesai semua.

Mendapat layan yang mesra serta memuaskan daripada kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Wangsa Maju
Insyaallah dalam masa 3 hingga 4 minggu akan siap kad pengenalan anak saya.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.

  • Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).

  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :

  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.

  • Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.

  • Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).

  • Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

  1. Warganegara

    Jadual Pembayaran 1A

    BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
    (WARGANEGARA)

    Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.

    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN

    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)

    BAYARAN
    PROSES
    (RM)

    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)

    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)

    12 THN HINGGA 12 THN 30 HARI

    -
    -
    -
    -

    12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN

    -

    10.00

    1.00

    11.00

    13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN

    -

    10.00

    2.00

    12.00

    14 THN 1 HARI HINGGA 15 THN

    -

    10.00

    4.00

    14.00

    15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN

    -

    10.00

    6.00

    16.00

  2. Bukan Warganegara

    Jadual Pembayaran 1B

    BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYPR BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
    (BUKAN WARGANEGARA)

    Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.

    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN

    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)

    BAYARAN
    PROSES
    (RM)

    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)

    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)

    12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN

    40.00

    10.00

    1.00

    51.00

    13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN

    40.00

    10.00

    2.00

    52.00

    14 THN 1 HARI HINGGA 15THN

    40.00

    10.00

    4.00

    54.00

    15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN

    40.00

    10.00

    6.00

    56.00

Makluman: Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

Maklumat daripada : http://www.jpn.gov.my/kad-pengenalan

LinkWassalam

Sunday, March 6, 2011

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Nani


Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum



Artinya: “Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi.”



Allah S.W.T berfirman :

"Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). maka kalau engkau meninggal dunia (Wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” .

QS Al-Anbiya ayat 34-35



Seorang sahabat, teman sepejabat yang pernah diceritakan disini
Siti Zubaidah atau Nani telah kembali kerahmatullah
pada pukul 6.00 pagi tadi di HKL
mengidap penyakit kanser paru paru tahap 4 dan
telah merebak ketulang belakang

Meninggalkan seorang suami dan 3 orang anak

anak bungsu yang baru berusia 7 bulan

Moga ruh allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dosanya
lapangkan dikubur, teranggi kuburnya dengan cahaya Syurga
masukkannya kedalam gulunggan orang orang yang solehah dan beriman

Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut:-
(Rujuk : Hasyiah Ibn Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 )

1. Sedekah harta dan yang sepertinya.
2. Doa & istighfar.
3. Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

Antara dalil utama mereka adalah:-

1. Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu berdoa: Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )

2. Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )

3. Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW ertinya: "Ya Rasulullah SAW,sesungguhnya ibuku telah meninggal. Adakah jika aku bersedekah untuknya, maka pahala sedekah ini dapat memberi manfaat kepadanya? Nabi SAW menjawab: Ya"
-(Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

4. Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya: "Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedekahkan hartanya, maka dosanya boleh terhapus? Nabi menjwab : Ya"
- (Riwayat Muslim , Nasaie , Tirmidzi dan lain-lain)

Wassalam

Saturday, March 5, 2011

PC Expo 2011

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Semalam kawan ajak pergi ke PC Expo di Mid Valley, Bangsar
dia nak cari antivirus

tiga hari ajer, sepatutnya seminggu ke

parking kat sini cuma RM2.00 sahaja

suasana di expo, bermacam gelagat pengunjung
lebih lebih lagi salegirl nya, Subhanallah

saya cuma beli external hard disk, 500GB-USB 3.0 cuma RM179.00
harga di Low Yat sebulan lepas RM199.00
yang dapat saya peratikan
harga di expo ini lebih murah sedikit daripada harga hari biasa


Wassalam

Thursday, March 3, 2011

Rumah Hanger

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sementara menunggu lampu isyarat merah disimpang empat
Taman Equine, Sri Kenbangan,
bersebelahan dengan JJ shopping center

pada petang ahad yang lepas
cepat cepat capai kamera

tenguk ada rumah dua alam......he he he

seperti biasa, terletak atas tanah

kalau dah boring.....boleh gantung kat mana mana...

Sabda Rasulullah saw

"Rumah yang di dalamnya dihiasi alunan bacaan al-Quran akan memancarkan cahaya hingga terlihat oleh para penghuni langit, sebagaimana bintang- bintang memancarkan cahaya terlihat oleh para penghuni bumi."
(Riwayat Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini, rumah yang sempit sekalipun akan terasa lapang dan terang-benderang kerana adanya cahaya dari bacaan al-Quran. Betapalah kalau sesebuah rumah itu sentiasa dihiasi dengan zikir, puji-pujian kepada Allah, taubat, sedekah, menjalin silaturrahim serta pelbagai amalan baik oleh para penghuninya. Diperindah pula dengan sifat saling menyayangi, saling pemaaf, penyantun, penyabar, pemurah, berlapang dada dan lain-lain sifat mulia.

Tentulah Allah akan menurunkan rahmat-Nya yang melimpah-ruah hingga rumah benar-benar menjadi `syurga' dalam kehidupan sementara di dunia! Insya-Allah.

Wassalam

Monday, February 28, 2011

Dapat Anak Saudara Angkat

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Selepas zohor semalam kami pergi menziarah kerumah adik di Bandar Bukit Puchong 2. Untuk berjumpa dengan mak yang datang dari kampung, serta melihat anak angkat adik saya yang baru berumur 16 hari.
Adik saya sudah berkahwin enam tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Insyaallah kita doakan supaya mereka dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Terima kasih kepada kawan adik ipar saya yang berusaha menguruskan dalam semua hal sehingga baby ini berada dipangkuan adik saya.

Moga Ahmad Naufal menjadi anak yang soleh








Firman Allah swt
” Dan orang orang yang berkata: ” wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

Surah al-Furqan : 74

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya
al-Tur [52.21]

Wassalam

Friday, February 25, 2011

Corak Coret Phnom Penh - Kemboja 12 - Akhir

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Ini suasana di Bandar Phnom Penh yang sempat saya rakam
untuk gambaran kita bersama
dalam keadaan pembangunan, permodenan dicelah-celah
kemunduran, kemiskinan serta kedaifan

Tenaga wanita

mencari sesuap nasi

Restoran tempat kami menjamu selera diusahakan oleh rakyat Malaysia.



Antara dua darjat

Pengangkutan dalam bandar, tiada perkhidmatan bas penumpang

Tiada dihadkan jumlah penumpang dan dalam muatan

Melangkah kemodenan berasaskan seni tempatan

Tersenyum riang disamping membawa pulang seribu kenanggan

Phnom Penh
Mengambil namanya dari Wat Phnom ini atau Hill Temple. Legenda mengatakan bahawa pada 1372, seorang biarawati tua bernama Lady Penh pergi untuk mengambil air di Sungai Mekong dan menemukan sebuah pohon Koki mati mengambang di tepi sungai. Di dalam lubang pokok Koki terdapat empat gangsa dan satu batu patung Buddha.

Daun (Nenek) Penh membawa patung ke darat dan memerintahkan orang untuk diletakan diterpi rumahnya, dia kemudian digunakan batang Koki untuk membina sebuah kuil di atas bukit bersama lima patung Buddha, dan kemudian menamakan candi sebagai Wat Phnom Penh Daun, yang sekarang dikenali sebagai Wat Phnom, sebuah bukit kecil 27 meter (89 kaki) tingginya.

Phnom Penh juga dahulu dikenali sebagai Krong Chaktomuk yang bererti "Kota Empat Wajah". Nama ini merujuk pada persimpangan Mekong, Bassac, dan Tonle Sap melintasi sungai untuk membentuk "X" di mana ibu negara berada. Krong Chaktomuk adalah singkatan dari nama upacara yang diberikan oleh Raja Ponhea Yat, nama penuhnya Krong Chaktomuk Mongkol Sakal Kemboja Thipadei Sereythor Inthabot Borei Roth Reach Seima Maha Nokor.

Nama ini terdiri daripada Pali, dan longgar diterjemahkan sebagai "Tempat daripada empat sungai yang memberikan kebahagiaan dan kejayaan Kerajaan, pemimpin tertinggi serta kota ditembus dari Indra Kerajaan yang maha besar"

Phnom Penh adalah ibu kota yang terbesar di Kemboja. Terletak di tepi Sungai Mekong, Phnom Penh telah menjadi ibu negara sejak Kemboja dijajah Perancis, dan telah berkembang menjadi pusat bangsa kegiatan ekonomi. Phnom Penh telah berkembang menjadi industri, komersial, budaya, pelancongan dan pusat sejarah Kemboja.

Pernah dikenali sebagai Mutiara Asia, ia itu dianggap sebagai salah satu kota terindah yang dibina Perancis di Indocina pada tahun 1920. Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan yang signifikan global dan domestik untuk Kemboja. Ditubuhkan pada tahun 1434, bandar ini terkenal kerana seni bina yang indah dan sejarah dan tarikan. Ada sejumlah bangunan kolonial Perancis hidup, seperti Royal Palace, Phsah Thmei, dan bangunan gaya lain Perancis disepanjang jalan-jalan besar.

Terletak di tepi Sap Tonle, Mekong dan sungai Bassac, Phnom Penh adalah rumah bagi lebih dari 2 juta penduduk Kemboja lebih dari 13 juta. Ini adalah bandar terkaya dan paling padat penduduknya di Kemboja dan merupakan rumah bagi negara politik hub.


Sesungguhnya melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."
Surah al-Hajj, ayat 46

Wassalam

Monday, February 21, 2011

Membeli Belah di Russian Market dan Central Market - Kemboja 11

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Hari yang ketiga baru kami dibawa untuk membeli belah

RUSSIAN MARKET
Toul Tom Pong atau Russian Market yang popular di kalangan pelancong. Asal nama kerana terdapat ramai dikalangan orang Rusia pada tahun 1980an. Pasar Rusia membawa berbagai macam barang seperti minuman, makanan ringan dan makanan dimasak, ukiran tradisional dan permata, sutera hasil tangan China dan tenunan Kemboja, perabot antik, muzik, DVD dan CD, buku dan peta, tas, kasut dan pakaian.

Ukiran kayu dan batu, perak dan nota Indochinese tua dan syiling. Ada juga emas dan perak di dalam pasaran yang dapat dilihat membuat tersuai perhiasan. Mempamirkan hasil seni tangan tradisional karya mereka untuk menarik para pelancong.

Tips:
- Keseluruhan pasar tertutup dan akan merasa sangat panas.
- Seperti pasaran lain, waspadalah terhadap penyeluk saku.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.oo petang




CENTRAL MARKET









Thmey Market atau Central Market memiliki sebuah kubah pusat, sekitar 50 diameter. Terdapat empat sayap teras memancarkan keluar, masing-masing sekitar 50m panjang. Seluruh struktur ini berwarna kuning. Pasar Tengah merupakan pusat perdagangan yang ramai dari pelbagai gerai yang menjual pelbagai barang. Di bawah kubah pusat terdapat menjual perhiasan perak dan batu permata tempatan, manakala dibahagian sayap ada berbagai macam dapat dijumpai: antik syiling, DVD, video game, pakaian, jam, bunga, makanan, kain, kasut dan perbagai barang souvenir.

Sebelum 1935, daerah tersebut merupakan danau dan kerap banjir terutama musim hujan. Pasar ini mula dibena pada tahun 1935, dan selesai pada 1937. Pasar ini direka oleh Desbois dan Chauchon, pembangunan dipercayai teknologi inovatif. Pasar menjadi sebuah kejayaan dan menjadi landmark arsitektur bandar. Saat ini, Central Market adalah diantara yang popular di bandar Phnom Penh.

Tips:
- Keseluruhan pasar tertutup dan terdapat gerai-gerai disekitarnya.
- Lebih selesa dan teratur serta bersih.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.oo petang

#ketika membeli belah#
- Boleh tawar menawar dan tawar dengan harga yang paling rendah
(survey banyak kedai terlebih dahulu untuk mencari harga yang paling rendah)
peniaga disana lebih senang menggunakan matawang USD

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap hari ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan mengucapkan: Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya. Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja".
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...