Monday, September 30, 2013

Mesyuarat Agung Tahunan STP 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, STP telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2013. Mesyuarat berjalan lancar dan harmoni. Cadangan daripada AJK dan anak kariah semuanya untuk menyemarakan lagi STP.




Majlis akad yang diadakan selepas mesyuarat, agak meriah kerana ramai anak kariah yang turut meraikannya.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu” 

(Riwayat Muslim)

WASSALAM 

Friday, September 27, 2013

Aiskrim Goreng di KUD

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dua hari lepas menghadiri kursus di Putrajaya, Presint 4. Kebetulan pula Karnival Usahawan Desa baru bermula di Presint 2, apa lagi ambil kesempatan la....

Aiskrim goring....sedap juga

 Siapa tahu khasiat pokok ni


 lagut melihat Makcik ni mengentel kuih bijan
saiznya sama ajer

 Semasa membeli belah di KUD ni ada setengah kedai memberi kopon yang membolehkan naik kuda atau basikal roda tiga tu secara percuma

 Teringat masa kecil-kecil dulu main bedil buluh

Kursus mengenai Perkongsian Maklumat Geospatial


Bersabda Rasul SAW

"Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa duri (yang mengenai), melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya."

(Bukhari dan Muslim)


WASSALAM

Tuesday, September 24, 2013

Kesibukan Membuat Kita Terlupa Senyum

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada hari Sabtu yang lepas merayap kat Nilai 3 daripada pagi sampai ke malam. Adoooiiii....lenguhnya sampai sekarang, Alhamdulillah, hampir semua yang dicari dapat dibeli.

Dalam banyak-banyak, penyata ini menarik perhatian saya





Dari Abu Dzarr ra dia berkata, Rasulullah Saw bersabda, 

“Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah, engkau memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari kemungkaran juga sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah, engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan batu, duri, dan tulang dari jalan merupakan sedekah, dan engkau menuangkan air dari embermu ke ember saudaramu juga sedekah.” 

(HR. Tirmidzi)

WASSALAM

Monday, September 23, 2013

Melawat Bapa Saudara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Petang semalam melawat bapa saudara (abang kepada emak) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Beliau dimasukan ke wad kerana menghidapi angin ahmar.

Moga Pakcik Saleh cepat sembuh supaya dapat beramal dengan lebih sempurna


Dari Auf bin Malik al-Asyja’i ia berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW.bersabda: 

“Sebaik-baik pemimpinmu adalah orang-orang yang kamu semua mencintainya dan mereka semua mencintaimu, kamu semua mendoakan kesejahteraan buat mereka, dan mereka mendoakan kesejahteraan buat kamu. Dan seburuk-buruk  pemimpinmu adalah orang-orang yang kamu semua membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu semua melaknati mereka dan mereka melaknati kamu”

Kami bertanya: “Ya Rasulullah apakah tidak sebaiknya kita singkirkan mereka? 

Rasulullah menjawab: 

“Jangan, selama mereka masih mendirikan solat. Ketahuilah, barang siapa yang diberi kekuasaan, lalu masyarakat melihatnya menjalankan suatu perbuatan yang bermaksiat kepada Allah, hendaklah masyarakat membenci perbuatan penguasa yang bermaksiat ke pada Allah itu, dan janganlah ia menarik diri dari ketaatan (pada yang baik). 

(HR. Muslim, Ahmad, dan Ad-Daromi).

WASSALAM

Thursday, September 19, 2013

Sumbangan Zakat dan Tabung daripada Bank Islam

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru-baru ini menemankan Pengerusi STP ke majlis Penyerahan zakat dan tabung masjid daripada Bank Islam di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.




Abu Hurairah r.a: berkata: bersabda nabi saw: ada tujuh macam orang yang bakal bernaung di bawah naungan Allah, pada hati tiada naungan kecuali naungan Allah:

Imam(pemimpin) yang adil, dan pemuda yang rajin ibadah kepada Allah. Dan orang yang hatinya selalu gandrung kepada masjid. Dan dua orang yang saling kasih sayang karena allah, baik waktu berkumpul atau berpisah. Dan orang laki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan nan cantik, maka menolak dengan kata: saya takut kepada Allah. Dan orang yang sedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya. Dan orang berdzikir ingat pada Allah sendirian hingga mencucurkan air matanya. 

(Buchary, Muslim)

WASSALAM

Tuesday, September 17, 2013

Malaysia 50 Tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Inilah Malaysia ku

Gambar daripada muka surat depan The Sun


Asas kemerdekaan

Apabila kita berbicara tentang kemerdekaan dan penjajahan, suka untuk saya bawakan kisah dalam sejarah Islam iaitu bagaimana Nabi SAW memerdekakan Makkah dari jajahan kuffar dan golongan jahiliyah.

Nabi SAW berasal dari Makkah Al Mukarramah, kemudian baginda SAW kembali menyerang Makkah Al Mukarramah. Mengapa dilakukan seperti itu adalah kerana asal erti kemerdekaan di dalam Islam adalah seperti yang disebut oleh para ulama,

من عبادة العباد إلى عبادة الله

Ertinya: “Seruan daripada menyembah manusia kepada menyembah Allah.”

Jadi asal kemerdekaan di dalam Islam merujuk kepada usaha-usaha untuk mengembalikan manusia itu kepada pegangan agamanya yang asal.

Petikan daripada sini

WASSALAM

Thursday, September 12, 2013

Penangan Group WhatsApp

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 

Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...