Thursday, July 16, 2015

Friday, August 22, 2014

Solat Jenazah Ghaib (MH17)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alhamdulillah, selapas Solat Jumaat tadi dapat menunaikan Solat Jenazah Ghaib untuk Allahyarham Allahyarhamah penumpang dan krew MH17.

Usaha yang murni daripada pejabat agama mohon semua masjid melakukan Solat Jenazah Ghaib ini selepas Solat Jumaat.

Moga amalan kita semua diberkati oleh Allah


Cara solat ghaib:
1. Sama je dengan cara solat jenazah biasa, cuma niat sahaja ubah sikit. Tambah "yang ghaib ini".
2. Mengadap ke arah kiblat
"Sahaja aku solat ke atas mayat (lelaki/perempuan) yang ghaib ini, empat takbir fardhu kifayah (sebagai imam/makmum, kalau solat jemaah) kerana Allah"

Dalil solat ghaib:
Dari Abu Hurairah ra berkata: 
"Bahawa seorang berkulit hitam yang biasa menyapu masjid, suatu hari Rasulullah saw merasai kehilangannya (tidak melihatnya). Lalu baginda bertanya kepada sahabat, para sahabat menjawab "Dia sudah meninggal dunia". Rasulullah saw bersabda "Mengapa kamu tidak memberitahuku?" Kemudian baginda menyambung "Tunjukkan aku di mana kuburnya". Setelah ditunjukkan, baginda mensolatkannya (di tepi kuburan itu) kemudian bersabda "Sungguh kuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab solatku ke atas mereka"
[Riwayat Muslim, Sahih Muslim, no 1588]

Dari Abu Hurairah ra katanya: 
"Pada hari kematian Raja Najasyi (raja Habsyah), Rasulullah saw mengumumkan kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda bertakbir empat kali (solat ghaib)"
[Riwayat Muslim, Sahih Muslim, no 951 dan Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, no 1188]

Sa'id bin Al-Musayyab berkata "bahawasanya Ummu Sa'din meninggal ketika Nabi saw tidak ada. Sekembalinya baginda, beliau bersolat bagi jenazah itu padahal telah berlalu sebulan lamanya"
[Riwayat at-Tirmidzi]



WASSALAM

Monday, March 3, 2014

Terima kasih Kakcik Seroja

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Disini kelebihannya laman sosial kalau kita menggunakannya dengan bijak dan sopan. Dia menghubungkan silaturrahim dan mengeratkan lagi ukkhwah yang terjalin.

Dengan hati yang ikhlas Kakcik Seroja  meminta meneka berapa harga makanan yang diposkannya dalam FB Kakcik.

Rakan-rakannya meneka dengan ikhlas serta mesra.

Kak Cik pun mengumumkan pemenangnya

 Alhamdulillah.... menepati janji

 Insyaallah.... ukkhwah berterusan

Moga sama-sama memperolehi kerahmatan daripada Allah


Ya Allah Ya Tuhanku. Bukakanlah kepadan keluarga sahabat ku ini pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu Syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepada Mu Ya Allah jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga. 

Hadits Rasulullah SAW tentang Mencintai Sesama Muslim :

Kata Anas ra : Nabi SAW bersabda :

“Tidaklah sempurna iman seseorang dari kalian, sapai ia mencintai saudaranya
sesama muslim, sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”


WASSALAM

Friday, February 28, 2014

Ustaz Azhar Idrus di STP - 4

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Antara cara mencintai Nabi saw.
Mendampingi pengganti Nya 
mendampingi Alim Ulamak 
mendampingi Para Daie (para pendakwah) 

Kebanyakan orang muda memenuhi ruang solat utama

Solat Isyak berjemaah

UAI meluangkan masa bersalam dengan jemaah


UAI bergambar dengan YB Saari Sungib dan AJK STP

Meraikan Unit Amal


Ringkasan soal jawab

Soalan 8: Boleh ke wanita mengambil pil perangsang susu

Jawapan: Wanita yang belum berkahwin tapi hendak menyusukan anak angkat boleh ambil pil perangsan susu tapi yang bagi susu itu bukan pil tapi adalah Allah.

Soalan 9: Boleh ke wanita yang dalam uzur solat Istiqsa'.

Jawapan: Solat Istiqsa' adalah solat di tengah padang untuk minta hujan. Disunatkan membawa haiwan ternakan bersama ke tengah padang untuk menunjukkan bahawa makhluk2 Allah yang lain ini pun perlukan air. Dibenarkan membawa lembu, kambing, ikan flower hon dll.

Soalan 10: Selalunya si suami yang diceritakan kelebihannya apabila berkahwin lebih, jadi apakah kelebihan si isteri.

Jawapan: Contoh..kerajaan mengumumkan hari bekerja daripada 5 hari kepada 3 hari sahaja. Isteri yang bermadu banyak kelebihannya. Diantaranya ialah mempunyai banyak waktu rehat dan ruang untuk beribadah. Justeru itu, bagilah suami kamu untuk bernikah seorang lagi

Soalan 11: Ustak mana molek (baik) motor Duke 690 dengan Duke 990.

Jawapan: Kalau hendak main dalam bandar Duke 690 lah. kalau jalan jauh Duke 990 lah. tapi dia berat sikit. bila orang potong kita kita akan rasa hendak kejar untuk potong dia balik.
Tapi kalau Duke 690 tidak laju sangat cuma naik sampai 120km/j sahaja.
ini luar daripada ceramah....

Soalan 12: Menarik tangan ketika bersalam bagi mengelakan di cium orang 

Jawapan: Ada perbezaan pendapat. tapi tidak boleh sampai memalukan seseorang itu.

Soalan 13: Apakah hukum mencabut uban

Jawapan: Sunat inaikan janggut atau pun uban.
uban yang gatal harus di cabut. Yang tidak boleh kita hendak cabut uban supaya tidak nampak tua.

Sumber drp Shukri



WASSALAM

Thursday, February 27, 2014

Ustaz Azhar Idrus di STP - 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tepat jam 8.00 malam Ustaz Azhar Idrus samapai ke STP.
Alhamdulillah....cuaca cukup baik pada malam itu
Selama 1 jam beliau menyampaikan tazkirah dan 1 jam lagi beliau menjawab soalan-soalan yang telah lebih awal AJK kumpulkan daripada jemaah STP.

Kebiasaan Ustaz akan ambil gambar jemaah sejurus beliau duduk sementara Pengerusi Majlis memberi ucapan

Pengerusi Majlis memperkenalkan UAI kepada jemaah.



Tingkat atas ditempatkan untuk muslimat.

Dalam dewan utama

Khusyuk mendengar tazkirah

Suasana di luar surau


Ringkasan soal jawab:

Soalan 1: Perempuan ini sudah berkawan 8 tahun, tapi ibu pihak lelaki tidak suka.

Jawapan: mengapa ibunya tidak suka. pasti ada sebabnya. jika ibunya telah ada calon menantunya. maka suruh anak lelakinya cakap baik2 tidak setuju. Boleh berdoa supaya ibunya lembut hatinya.

Soalan 2: Boleh ke kita mengantung gambar di dinding.

Jawapan: Malaikat tidak akan masuk ke rumah jika ada gambar2 atau patung. Gantunglah gambar pemandangan, gambar pokok ke atau gambar laut ke...
Jika tukang buat patung2 di dunia, di akhirat nanti, Allah akan suruh dia "bagi" nyawa kepada patung itu.


Soalan 3: Boleh ke saya seorang perempuan duduk bersama seorang lelaki yang lembut (tiada keinginan dengan perempuan).

Jawapan :Tidak boleh duduk serumah dengan lelaki lembut (bapok). nanti bila dia keras boleh 12 "anak" nanti.

Soalan 4: Boleh ke menonton wayang.

Jawapan: Asalnya lihat filem di panggung wayang atau tv adalah harus... tapi bila melanggar syarak contonya gambar lucah dalam surau ini pun jadi haram.
bila ada pergaulan bebas bercampur lelaki perempuan dalam wayang maka ia tetap jadi haram.

Soalan 5: Saya nikah di Thailand tapi sudah lama di tinggalkan suami tanpa nafkah dsb.

Jawapan: Isteri yang di tinggalkan suami boleh dapatkan fasakh dari pejabat kadi.

Soalan 6: Boleh ke bukan Islam membaca Al Quran

Jawapan: Orang bukan islam boleh baca terjemahan Al Quran dalam bentuk buku atau pun android dalam hp.

Soalan 7: Ibu saya seorang janda dan dia ada dirisik oleh seseorang

Jawapan: Anak2 tidak boleh larang ibunya yang janda untuk berkahwin lagi. Berdosa anak2 itu.
malah dalam kitab2 bagi tahu jika ibu yang janda hendak kahwin, anak2 yang perlu cari dan uruskan perkahwinan itu.

Sumber daripada Shukri


WASSALAM

Wednesday, February 26, 2014

Ustaz Azhar Idrus di STP - 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kami berbelanja untuk program ini sebanyak lebih RM13,000.00. Sewa PA sistem dan skrin sahaja RM8,000.00. Antara kos yang lain ialah RELA, Unit Amal, Kebersihan, promosi, khemah dan lain-lain lagi.

Jemaah telah memenuhi separuh dewan utama semasa waktu Solat Asar lagi.
Pukul 7.00 malam semua tempat solat di bawah dan tingkat atas telah pun penuh.

Ruang solat muslimat

Pelajar Tahfiz dengan karung untuk memungut derma

Ruang solat bahagian luar

Ramai jemaah bersolat Maghrib di atas jalan

Termasuk Adun Hulu Kelang YB Saari Sungib, solat di luar surau

Unit Amal banyak melicinkan perjalanan trafik


Antara petikan ceramah UAI

Kehebatan Muslimat

# Orang perempuan ni hebat, dia boleh melahirkan anak. orang perempuan telah melahirkan beribu Para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul

# Orang lelaki tidak payah cubalah hendak mengandung memang tidak boleh. Tidak payah try makan tongkat ali, mu makan selori balok pun tidak boleh mengandung juga.


Ingat mati selalu

# Jutawan ada duit rm6 bilion pun tapi mati tidak bawa pun duit2 tu.

# Kereta kita yg paling baik adalah keranda, ada 6 driver.

# Yang molek lagi setiap masjid beli sebuah satu keranda. selepas itu pakat test drive. pusing dari surau ni, sampai Giant balik semula, barulah selepas itu insaf terus.


Sumber daripada Shukri



WASSALAM

Tuesday, February 25, 2014

Ustaz Azhar Idrus di STP -1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah...STP dapat menjemput Ustaz Azhar Idrus (UAI) pada 17 Februari 2014 yang lepas untuk menfaatkan ilmu kepada anak khariah STP dan taman taman sekitarnya.

Mesyuarat diadakan beberapa kali sebelum tiba hari kuliah untuk membentuk beberapa AJK
AJK PA sistem, LCD dan pembesar suara
AJK kawalan lalu lintas dan parkir
AJK kemah dan gerai jualan
AJK keselamatan, Unit Amal dan RELA
AJK kutipan derma
AJK promosi (baner, bunting dan flyers)
dan beberapa AJK lagi

Pukul 1.00 tgh RELA dah mula bertugas

Tempat khas untuk peniaga

Terima kasih banyak banyak melicinkan program

Gerai Studio Mukmin (menjual semua produk UAI)

Antara skrin besar yang dipasang luar surau

Masalah besar bagi kami sebagai penganjur ialah peniaga yang tidak mengikut arahan daripada AJK STP, Pasukan RELA dan Unit Amal yang melarang mereka berniaga di tepi tepi jalan kerana tempat niaga telah kami sediakan.


On line dengan Allah melalui Bismillah
(antara petikan ceramah UAI)

# Nabi SAW bersabda yang maksudnya:
"Tiap2 pekerjaan tidak salah di sisi agama, tapi kita tidak sebut dengan nama Allah ia menjadi sia-sia".

# Pekerjaan yang molek (baik) adalah yang dimulakan dengan Bismillah.

# Tujuan tazkirah ini supaya kita bila hendak mulakan sesuatu perkara perbanyakkan sebut Bismillah.

# Bangun pagi sebutlah Bismillah.

# Bangkit dari tidur, duduk di tepi katil tu sebutlah Alhamdulilah. Segala pujian milik Allah.

# Sebelum masuk bilik mandi dan tandas bacalah doa.

# Kita biar ada online sokmo dengan Allah. Iaitu sebut selalu Bismillah, macam kita dengan FB tu, on line sokmo.

# Jangan cari glamer dengan FB, biar Allah yang bagi kita glamer.

# Hendak makan baca bismillah, jika tidak syaitan akan panggil kawan2 dia mari makan bersama kita, dia whatsapp lah kawan dia.
kita makan dia makan. kita minum dia minum. kita tidak nampak mereka, tapi Nabi yang bagi tahu macam itu.
Bermakna kita kenduri bersama syaitan.

# Siapa tulis Bismillah pada papan hitam, dia dapat pahala selama mana tulisan itu belum terpadam. Bayangkan kalau dia ukir pada batu atau kayu.

# Jika minat pemain bola Chelsea pun, tidak payahlah tulis "i love Chelsea" tapi tulislah "I love Rasulullah".

Sumber daripada Shukri


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...