Bismillahirahmanirohim
Assalamualaikum
Pada 16 Mac 2011, saya dengan beberapa kawan sepejabat menghadiri Kursus Pengurussan Jenazah, anjuran Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), International Campus dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).


Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Orang Baru Meninggal Dunia.
Apabila seorang Islam meninggal dunia, maka bagi orang yang hidup hendaklah melakukan perkara berikut:
1. Hendaklah ditutupkan (dipejamkan) matanya dan menyebut kebaikan serta medoakannya supaya mendapat keampunan oleh Allah bagi dosa-dosanya.
Sabda Rasulullah saw
“Bila kamu menghadapi orang mati, hendahlah kamu menutup matanya kerana sesungguhnya mata itu mengikutkan roh. Dan hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik (mendoakan) maka sesungguhnya ia dipercayai menurut apa yang diucapkan oleh ahli mayat”
(diriwayatkan drp: Syaddad bin Aus)
2. Hendaklah ditutup seluruh badannya dengan kain, sebagai penghormatan terhadapnya, supaya tidak terbuka auratnya..
Sabda Rasulullah saw
“Sesungguhnya Rasulullah saw ketika baginda wafat ditutup dengan kain”
(diriwayatkan drp: Aisyar ra)
3. Ahli keluarga si mati yang mampu hendaklah dengan segera membayar hutang si mati jika ia berhutang samada dibayar daripada peninggalan si mati atau dari pertolongan keluarga itu sendiri.
Sekiranya kaum keluarga si mati tidak mampu membayar hutang tadi, maka terserahlah kepada Allah Taala Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah mengikut tujuan dan maksud semasa orang itu berutang.
Sabda Rasulullah saw
“Hutang itu ada dua jenis. Barang siapa yang mati meninggalkan hutang, sedang ia berniat untuk mati meninggalkan hutang, maka aku yang mengendalikannya, dan barang siapa mati, sedangkan dia tidak berniat untuk membayarnya, maka pembayaranya akan diambilkan dari amal kebajikannya, kerana diwaktu itu tiada emas dan perak untuk membayarnya”
(diriwayatkan drp:Ibnu Umar ra)
Mencium Jenazah
Perbuatan ini tidak menjejaskan kesucian agama Islam, dan tidak pula bercanggah dengan hukum Syarak.
Sabda Rasulullah saw
"Rasulullah telah mencium mayat sahabatnya Osman bin Muaz’un dimana air mata baginda kelihatan mengalir di mukanya (membasahi pipinya)”
(diriwayatkan drp:Aisyah ra)
Menangisi Mayat
Tangisan dikala kematian sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Rasulullah saw. Sendiri pernah menangis dikala isteri baginda Khadijah bt Khuwailid yang dicintainya kembali ke rahmatullah dimana tahun itu dinamakan oleh baginda tahun dukacita.
Sabda Rasulullah saw
“Air mata mengalir dan hati ku dukacita. Dan tidak sesuatu yang ku sebutkan selain daripada yang disukai Allah. Sesungguhnya aku merasa dukacita dengan permegian engkau Ya Ibrahim”
Meratap
Meratap ialah menangis dengan berlebihan sehingga sampai menjerit-jerit, mengoyakkan pakaian, menampar muka dan dada sambil menyebut nama dan jasa si mati. Pebuatan ini adalah haram dan tidak boleh dilakukan kerana perbuatan ini adalah perbuatan orang-orang di zaman jahiliah.
Sabda Rasulullah saw
“Bukan gulungan kami orang yang meratap memuku-mukul pipinya dan mengoyak-ngoyak baju serta menjerit-jerit seperti jeritan orang-orang jahiliah”
Sabda Rasulullah saw
“Aku berlepas tangan terhadap orang yang menjerit-jerit dan orang yang menarik-narik rambut dan orang yang mengoyak-ngoyak pakaian”
Bukan sahaja haram dan berdosa tetapi juga akan menambahkan siksa mayat yang berada di dalam kubur.
Sabda Rasulullah saw
“Mayat itu akan disiksa di dalam kuburnya kerana ratapan terhadapnya”
Cabutan daripada buku Cara Pengurusan Jenazah Islam, terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
.................. part 2
Wassalam