Assalamualaikum
Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Orang Baru Meninggal Dunia.
Apabila seorang Islam meninggal dunia, maka bagi orang yang hidup hendaklah melakukan perkara berikut:
1. Hendaklah ditutupkan (dipejamkan) matanya dan menyebut kebaikan serta medoakannya supaya mendapat keampunan oleh Allah bagi dosa-dosanya.
Sabda Rasulullah saw
“Bila kamu menghadapi orang mati, hendahlah kamu menutup matanya kerana sesungguhnya mata itu mengikutkan roh. Dan hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik (mendoakan) maka sesungguhnya ia dipercayai menurut apa yang diucapkan oleh ahli mayat”
(diriwayatkan drp: Syaddad bin Aus)
2. Hendaklah ditutup seluruh badannya dengan kain, sebagai penghormatan terhadapnya, supaya tidak terbuka auratnya..
Sabda Rasulullah saw
“Sesungguhnya Rasulullah saw ketika baginda wafat ditutup dengan kain”
(diriwayatkan drp: Aisyar ra)
3. Ahli keluarga si mati yang mampu hendaklah dengan segera membayar hutang si mati jika ia berhutang samada dibayar daripada peninggalan si mati atau dari pertolongan keluarga itu sendiri.
Sekiranya kaum keluarga si mati tidak mampu membayar hutang tadi, maka terserahlah kepada Allah Taala Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah mengikut tujuan dan maksud semasa orang itu berutang.
Sabda Rasulullah saw
“Hutang itu ada dua jenis. Barang siapa yang mati meninggalkan hutang, sedang ia berniat untuk mati meninggalkan hutang, maka aku yang mengendalikannya, dan barang siapa mati, sedangkan dia tidak berniat untuk membayarnya, maka pembayaranya akan diambilkan dari amal kebajikannya, kerana diwaktu itu tiada emas dan perak untuk membayarnya”
(diriwayatkan drp:Ibnu Umar ra)
Mencium Jenazah
Perbuatan ini tidak menjejaskan kesucian agama Islam, dan tidak pula bercanggah dengan hukum Syarak.
Sabda Rasulullah saw
"Rasulullah telah mencium mayat sahabatnya Osman bin Muaz’un dimana air mata baginda kelihatan mengalir di mukanya (membasahi pipinya)”
(diriwayatkan drp:Aisyah ra)
Menangisi Mayat
Tangisan dikala kematian sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Rasulullah saw. Sendiri pernah menangis dikala isteri baginda Khadijah bt Khuwailid yang dicintainya kembali ke rahmatullah dimana tahun itu dinamakan oleh baginda tahun dukacita.
Sabda Rasulullah saw
“Air mata mengalir dan hati ku dukacita. Dan tidak sesuatu yang ku sebutkan selain daripada yang disukai Allah. Sesungguhnya aku merasa dukacita dengan permegian engkau Ya Ibrahim”
Meratap
Meratap ialah menangis dengan berlebihan sehingga sampai menjerit-jerit, mengoyakkan pakaian, menampar muka dan dada sambil menyebut nama dan jasa si mati. Pebuatan ini adalah haram dan tidak boleh dilakukan kerana perbuatan ini adalah perbuatan orang-orang di zaman jahiliah.
Sabda Rasulullah saw
“Bukan gulungan kami orang yang meratap memuku-mukul pipinya dan mengoyak-ngoyak baju serta menjerit-jerit seperti jeritan orang-orang jahiliah”
Sabda Rasulullah saw
“Aku berlepas tangan terhadap orang yang menjerit-jerit dan orang yang menarik-narik rambut dan orang yang mengoyak-ngoyak pakaian”
Bukan sahaja haram dan berdosa tetapi juga akan menambahkan siksa mayat yang berada di dalam kubur.
Sabda Rasulullah saw
“Mayat itu akan disiksa di dalam kuburnya kerana ratapan terhadapnya”
Cabutan daripada buku Cara Pengurusan Jenazah Islam, terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.................. part 2
Wassalam
Assalamualaikum Rozali
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat mengikuti kursus pengurusan jenazah, terima kasih jugak atas perkongsian ilmu..
Wassalam
Assalamualaikum atuk
ReplyDeleteairmata tak dapat ditahan waktu pemergian arwah bapak.. normal kan..
salam atuk...
ReplyDeletebaru sahaja kehilangan seorang rakan seperjuangan minggu lepas...terkilan sebab tak dapat hantar sampai ke kubur...
Assalamualaikum atuk,
ReplyDeleteberuntung atuk dapat mengikuti kursus ini
perkongsian yang amat baik
Salam
ReplyDeleteMasa kat kampung saya selalu ikut kalau ada orang meninggal..sama2 membantu..sekarang bila dah hijrah ke bandar ni, tak tahu mana nak mula
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap manusia yang pernah hidup di dunia ini pasti akan menemui kematian. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 49:
“Bagi setiap umat ada tempoh (ajal) yang ditetapkan; maka apabila tiba tempohnya, mereka tidak dapat melambatkan sesaatpun, dan juga tidak dapat mereka menyegerakan”.
Bagi mereka telah meninggal dunia, berakhirlah semua urusan mereka didunia ini sebaik sahaja mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Namun bagi kita yang masih hidup, berkewajipan untuk menguruskan jenazah mereka, iaitu dengan memandikannya, mengkafan, menyembahyangkan dan seterusnya mengebumikan.
salam,
ReplyDeletedah pi kursus, tapi...masih belum menguruskannya 'sendiri'
salam atuk
ReplyDeletefardhu kifayah yg masih tidak dikuasai ilmunya sebilangan kita
bagus kursus2 mcm ni
Alhamdulillah atuk berkesempatan mengikuti kursus ini , beruntung atuk! anyway terima kasih satu perkongsian yang sangat bagus..
ReplyDeleteas-salam atuk,
ReplyDeletesewaktu pakcik sy meninggal sy brkesempatan menciumnya...air mata mmg tak boleh ditahan2 lagi...tak tahulah bagaimana dgn ibu bapa sy kelak.
Salam THR,
ReplyDeleteIngat2 kematian akan datang dari kalangan org terdekat kita juga...muga kita sentiasa bersedia. Membahagiakan dan dibahagiakan disaat pergi tak kembali...insyaALLAH.
syabas dan tahniah ats kehadiaran program seperti ni
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeletesama2 kita menafaatkannya
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Norh
ReplyDeletesememangnya menjadi lumrah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Sham
ReplyDeletehadiahkan kpdnya Al Fatihah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ibuintan
ReplyDeleteuntuk menambah ilmu
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Iman
ReplyDeletekat bandar telah ada pekerja khasnya
kita tak berupa boleh masuk campur
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Afzainizam
ReplyDeleteInsyaallah
kita tunaikan fardu kifayah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Humairi
ReplyDeletekena orang lain uruskan diri sendiri
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Pak Itam
ReplyDeletemoga ada manafaatnya
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Amy
ReplyDeleteAlhamdulillah
kita amal bersama
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Zue
ReplyDeleteNabi pun bersedih
inikan pula kita
tapi jangan sampai meratap
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ain
ReplyDeleteInsyaallah
moga ilmu yg diperolehi
diberkati oleh Nya
terima kasih
Wassalam