Friday, September 30, 2011

Tawaf Gunakan Kenderaan Berkuasa bateri-Umrah 2011-25

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semasa merayap rayap di dalam Masjid Haram, tersempak satu sudut stor kenderaan yang digunakan oleh jemaah yang kurang upaya untuk tawaf.

Jenuh peratikan kadar sewanya, tak nampak pun, cuba tanya kepada pak arab di kuanter, tak boleh pula dia bertutur bahasa Melayu, cakap orang putih...lagi dia tak layan...he he







Firman Allah swt.
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.
[al-Hajj 22:78].

Wassalam

Thursday, September 29, 2011

Terkenangkan Masjidil Haram-Umrah 2011-24


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Melihat bakal bakal menjadi tetamu Allah di dada akhbar, hati terus terkenangkan dan rindu kepada Masjidil Haram

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
jika aku melihat keindahan keagungan dan kemegahan masjid ini, ingin sekali aku diberi kesempatan lagi kesana Ya Allah untuk beribadah di tempat Mu yang suci. Aku rindu sekali Ya Allah.

Ya Allah, Ya Karim
Berilah hambaMu ini kesempaan untuk bersujud kepadaMu dirumahMu. Panggillah aku Ya Allah, panggillah keluargaku Ya Allah, Panggillah saudara mara ku Ya Allah, panggillah ssahabat sahabat ku Ya Allah, untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah

Murahkanlah rezeki kami untuk dapat sujud kepada Mu di rumah Mu Ya Allah

Amin Amin Amin Ya Rabbulamin







Riwayat dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:

Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).”

Aku dengar Nabi bersabda: sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa-dosa)“.

Riwayat ‘Aisyah Radiyallahu’anha:

Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur)“.



Wassalam

Wednesday, September 28, 2011

Berfikir Bersama Iwan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ceramah Bulanan Jabatan dengan kerjasama Persatuan Jemaah Jabatan kami pada bulan ini yang diadakan pagi tadi, agak berlainan, dengan tajuk 'Berfikir Bersama Iwan'.

Kami menjemput bekas penyanyi dangdut yang sekarang telah beralih ke lagu lagu nasyid yang mana memuji Allah serta nasihat.

Beliau tidak memberi ceramah, tapi menceritakan kisah hidup daripada zaman muda merantau dibeberapa buah negara sehingga mendapat kerakyatan Malaysia, menceritakan zaman kemuncak beliau yang mana tidak mengenali Allah, antara akibatnya hingga gagal hingga dua kali dalam membena rumah tangga.

Sehingga sekarang ini Allah memberi Hidayah kepada beliau dengan rezeki yang melimpah serta memberi kekuatan untuk berdakwah melalui lagu.

Syukur, Alhamdulillah, moga Iwan dapat menjadi model kepada kawan kawan beliau yang lain.

Imej terbaru Iwan Syahman



menceritakan perjalan hidup beliau

mendendangkan 5 lagu terbaru berliau

album terbaru Iwan Syahman

tanda tangan pada album

melayani peminat




Semua Allah Punya

Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah, itu Allah yang punya

lihatlah pantai yang indah

Subhanallah, itu Allah yang punya

tiada yang engkau punya

semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

lihatlah burung yang terbang

Subhanallah, itu Allah yang punya

lihatlah bunga yang mekar

Subhanallah, itu Allah yang punya

tiada yang engkau punya

semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

kau lihat bukan kau punya

itu semua Allah punya
kau dengar bukan kau punya
itu semua Allah punya

dari itu janganlah sombong

janganlah riak serta iri hati
dunia hanya pinjaman sementara
akhirnya kembali kepada-Nya

tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

Firman Allah swt.
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
[al-Qasas 28:56]

Wassalam

Friday, September 23, 2011

Melawat Menara Kawalan Trafik Udara di KLIA-2/2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sementara menunggu giliran kumpulan pertama kami melawat Menara Kawalan Utama di aras 29, entry saya semalam menceritakan kumpulan kedua (kami) melawat di aras 28.

Tiba masa kumpulan kami pula melawat ke aras 29. Antara 15 - 20 orang dalam satu satu kumpalan untuk melawat aras ini, kerana tidak mahu mengangu pegawai trafik yang sedang bertugas.

Semasa di bilik kawalan dilarang menghisap rokok dan membuat bising, kerana takut mengganggu trafik sedang beroperasi.

Untuk mengawal trafik udara ini, sesaorang pegawai itu perlu memiliki lesen dan memperbaharuinya setiap tahun dan perlu melalui ujian, seperti ujian bertulis, temuduga dan praktikal setiap tahun.

Untuk menjawat Jawatan Pegawai Trafik Udara ini, kelulusan cuma daripada diploma atau ijazah daripada semua bidang.

melalui tangga untuk ke aras 29, Menara Kawalan Utama

kami diberi penerangan oleh Pegawai Trafik

terminal mengawal trafik

Sementara melihat screen, pegawai perlu juga melihat dilandasan

semua pegawai mereka ramah dan mesra


Pegawai Trafik (wanita) sedang diuji, untuk memperbaharui lesennya, mengawal kapalterbang untuk mendarat

Pegawai Trafik (wanita) sedang diuji untuk mengambil lesen baru sedang mengawal trafik berlepas

sedang menyaksikan pegawai trafik berkomunikasi dengan juruterbang

mereka bertugas dalam masa sejam untuk mengawal trafik
kerana memberikan keselesaan bertugas

lebih 1 jam juga kami berada diatas menara


tanda terima kasih daripada kami untuk kakitangan DCA

Mr Oii seronok melihat peta yang dia terima
beliau mengambil bidang ukur semasa menuntut dahulu

bersama boss




Semua gembira dengan pengalaman yang baru


Diberitakan oleh Nafi' r.a., katanya:
"Ibnu Umar azan pada suatu malam yang sangat dingin di Dhajnan (sebuah bukit dekat Mekkah), Kemudian dia berkata, "solatlah anda di kenderaan anda masing-masing." Kemudian diceritakannya kepada kami bahawa Rasulullah saw. pernah menyuruh seseorang azan; sesudah itu beliau bersabda, "solatlah anda di kenderaan masing-masing " Peristiwa ini terjadi di malam yang amat dingin, hujan dan dalam suatu perjalanan."


Wassalam

Wednesday, September 21, 2011

Melawat Menara Kawalan Trafik Udara di KLIA-1/2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.


Rujukan disini


Hari selasa, 20 September 2011, berkesempatan mengikuti rubungan jabatan kami melawat Jabatan Penerbangan Awam, Kompleks Menara Kawalan Trafik Udara, KLIA, Sepang

menara kawalan trafik KLIA Sepang

menunggu diruang legar


menara kawalan dalam perancangan

kami desambut dan diberi penerangan oleh 2 orang Pegawai DCA
Encik Oii dan Puan Zurina

Menara Kawalan Trafik Udara KLIA ini
hanya mengawal trafik sekitar kawasan KLIA sahaja

kawalan trafik udara antarabangsa masih dikawal oleh menara di Lapangan Terbang Subang

pintu menuju ke menara daripada banguna pejabat

lorong antara bangunan pejabat dengan menara

sebelah dengan lif

lif hanya sampai ke aras 27 sahaja

aras 28, pandangan sekitar KLIA

pemandangan hadapan terminal utama KLIA

pembenaan sedang dijalankan untuk landasan yang ketiga
dalam Fasa 2

tunjuk arah agin




dalam keadaan gayat



[DoaVehicle.jpg]


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...