Friday, September 23, 2011

Melawat Menara Kawalan Trafik Udara di KLIA-2/2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sementara menunggu giliran kumpulan pertama kami melawat Menara Kawalan Utama di aras 29, entry saya semalam menceritakan kumpulan kedua (kami) melawat di aras 28.

Tiba masa kumpulan kami pula melawat ke aras 29. Antara 15 - 20 orang dalam satu satu kumpalan untuk melawat aras ini, kerana tidak mahu mengangu pegawai trafik yang sedang bertugas.

Semasa di bilik kawalan dilarang menghisap rokok dan membuat bising, kerana takut mengganggu trafik sedang beroperasi.

Untuk mengawal trafik udara ini, sesaorang pegawai itu perlu memiliki lesen dan memperbaharuinya setiap tahun dan perlu melalui ujian, seperti ujian bertulis, temuduga dan praktikal setiap tahun.

Untuk menjawat Jawatan Pegawai Trafik Udara ini, kelulusan cuma daripada diploma atau ijazah daripada semua bidang.

melalui tangga untuk ke aras 29, Menara Kawalan Utama

kami diberi penerangan oleh Pegawai Trafik

terminal mengawal trafik

Sementara melihat screen, pegawai perlu juga melihat dilandasan

semua pegawai mereka ramah dan mesra


Pegawai Trafik (wanita) sedang diuji, untuk memperbaharui lesennya, mengawal kapalterbang untuk mendarat

Pegawai Trafik (wanita) sedang diuji untuk mengambil lesen baru sedang mengawal trafik berlepas

sedang menyaksikan pegawai trafik berkomunikasi dengan juruterbang

mereka bertugas dalam masa sejam untuk mengawal trafik
kerana memberikan keselesaan bertugas

lebih 1 jam juga kami berada diatas menara


tanda terima kasih daripada kami untuk kakitangan DCA

Mr Oii seronok melihat peta yang dia terima
beliau mengambil bidang ukur semasa menuntut dahulu

bersama boss




Semua gembira dengan pengalaman yang baru


Diberitakan oleh Nafi' r.a., katanya:
"Ibnu Umar azan pada suatu malam yang sangat dingin di Dhajnan (sebuah bukit dekat Mekkah), Kemudian dia berkata, "solatlah anda di kenderaan anda masing-masing." Kemudian diceritakannya kepada kami bahawa Rasulullah saw. pernah menyuruh seseorang azan; sesudah itu beliau bersabda, "solatlah anda di kenderaan masing-masing " Peristiwa ini terjadi di malam yang amat dingin, hujan dan dalam suatu perjalanan."


Wassalam

20 comments:

  1. Assalamualaikum...
    pengalaman baru..sy yg dekat dgn airport ni pun belum tentu merasa naik ke pusat kawalan...alhamdulillah rezeki tu.

    ReplyDelete
  2. assalam bro rozali.

    masa jd cikgu dulu saya jenis yg ambitious. Sering bawak studnet explore new things. Maybe ini salah satunya.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam Nyanyisunyi

    Alhamdulillah
    seronok sangat
    jarang kami dapat keluar...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Yan

    kami jarang2 dapat keluar, melawat
    kalau tak ada alasan yg kukuh, pengarah jarang mahu lepas kan
    he he...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. tak pernah merasa pengalamn sebegitu :D

    ReplyDelete
  6. salam atuk

    agak2 bapak rasa bapak boleh jadi pengawal trafik udara ni hehehe

    karang kapal terobang nak landing, bapak ajak berborak pulak dgn pilot hehehe

    anyway, satu lawatan yang bermanafaat utk semua yang berpeluang ke sana

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Atuk;
    Mencabar jugak tugas pegawai trafik ni kan...

    ReplyDelete
  8. Salam Saiazuan

    boleh buat surat kpd DCA, mohon buat lawatan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Pak Itam

    kalau ajak berborak dgn pilot tu... alamat nak masuk dlm ladang kelapa sawit le....he he

    ps:ada ayat yg standed untuk berkomunikasi antara pilot dan pegawai trafik

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Ummiros

    mencabar juga

    elaun nya hampir rm2k sebulan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Pengalaman yang mahal ni tuan haji....
    Wassalam.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum atuk : tibe2 berangan nak jadi pengawal trafik udara plak. nak tukar profession lah...

    ReplyDelete
  13. salam THR,

    Bestnya lawatan sambil balajar nie..
    Mcm mncabar jugak jawatan pengawal trafik nie no..agak2 kita ni layak ke?? hhihi

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Ain

    layak...tapi kena ambil ujian setiap tahun

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. pengalaman berharga tue atuk..alhamdulillah rezeki atuk sudah sampai di sana...

    ReplyDelete
  16. Salam Tuan Hj,

    Ni bukan jauh berjalan tapi, tingginyer berjalan!

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum,
    Wah..bestnye dpt pegi jab penerbangan tu...penah jgk terlintas nk apply kje mcm tu..tp last2 batalkn hasrat..^_^..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Tn Hj,

    Nampaknya suatu pengalaman yang tak semua orang dapat pergi melawat ke tempat kawalan trafik udara..........

    ReplyDelete
  19. oh seronoknya melihat pengalaman berharga ini, tak semua orang terpilih untuk merasai semua ini.

    ReplyDelete
  20. masih terkenang kenangan bila bersama kwn2 spgd masa paanjat menara kawalan tu..atuk memang terbaik la...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...