Wednesday, September 28, 2011

Berfikir Bersama Iwan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ceramah Bulanan Jabatan dengan kerjasama Persatuan Jemaah Jabatan kami pada bulan ini yang diadakan pagi tadi, agak berlainan, dengan tajuk 'Berfikir Bersama Iwan'.

Kami menjemput bekas penyanyi dangdut yang sekarang telah beralih ke lagu lagu nasyid yang mana memuji Allah serta nasihat.

Beliau tidak memberi ceramah, tapi menceritakan kisah hidup daripada zaman muda merantau dibeberapa buah negara sehingga mendapat kerakyatan Malaysia, menceritakan zaman kemuncak beliau yang mana tidak mengenali Allah, antara akibatnya hingga gagal hingga dua kali dalam membena rumah tangga.

Sehingga sekarang ini Allah memberi Hidayah kepada beliau dengan rezeki yang melimpah serta memberi kekuatan untuk berdakwah melalui lagu.

Syukur, Alhamdulillah, moga Iwan dapat menjadi model kepada kawan kawan beliau yang lain.

Imej terbaru Iwan Syahman



menceritakan perjalan hidup beliau

mendendangkan 5 lagu terbaru berliau

album terbaru Iwan Syahman

tanda tangan pada album

melayani peminat




Semua Allah Punya

Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah, itu Allah yang punya

lihatlah pantai yang indah

Subhanallah, itu Allah yang punya

tiada yang engkau punya

semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

lihatlah burung yang terbang

Subhanallah, itu Allah yang punya

lihatlah bunga yang mekar

Subhanallah, itu Allah yang punya

tiada yang engkau punya

semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

kau lihat bukan kau punya

itu semua Allah punya
kau dengar bukan kau punya
itu semua Allah punya

dari itu janganlah sombong

janganlah riak serta iri hati
dunia hanya pinjaman sementara
akhirnya kembali kepada-Nya

tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

Firman Allah swt.
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
[al-Qasas 28:56]

Wassalam

27 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Semoga Hidayah Allah sentiasa ada untuk kita juga...

    ReplyDelete
  2. salam,
    terharu melihat mereka yang telah menerima hidayahNya, semoga kita turun mendapat hidayahNya seperti orang yang telah menerima.

    ReplyDelete
  3. Salam ckLah

    Alhamdulillah

    Insyaallah, moga diperkukuhkan Iman kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Kak Aya

    Insyaallah
    kita berdoa dan terus berdoa
    agar diberi hidayah olehNya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum 'Atuk'...

    Alhamdulillah, Allah menyayanginya, kita semua milik Allah, bertuahlah sesiapa yang Allah beri hidayah untuk lebih hampir kepadaNya...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Ummiross

    Insyaallah
    Allah menyanyangi kita juga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. hmm unik cara pemakaian beliau :)

    ReplyDelete
  8. Salam Saiazuan

    mencari identiti sendiri

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. salam
    bertuahlah barangsiapa yg diberi taufik dan hidayahNYA....

    ReplyDelete
  10. waalaikumsalam atuk : ni Iwan dangdut tu ker? suke lagu memori daun pisang bersama amalina... hehehe...kenangan malam minggu waktu jalan2, berdua jalan kaki... ewahhh

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    .....dunia hanya pinjaman...

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..aritu pernah tgk kat tv iwan dgn imej barunya...mudah2an hidayah yang Allah SWT anugerahkan buat beliau akan berkekalan..insyaAllah..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tuan Hj,

    Ni Iwan yg mana satu? Yg penah berduet dgn Amalina tu ke?

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..penghijrahan yg baik dari seorang lagi insan seni

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Kamsiah

    Alhamdulillah
    harap2 ramai lagi artis yg akan mengikutinya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Afeezz

    Iwan dangdut dgn emalina la tu...

    oooo...minat dangdut yerrr

    album daun pisang tu laku 70 ribu lebih, kata iwan...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    dia sudah berubah...dan sekarang berusaha mempelawa orang lain mengikuti jalan Allah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Kak Nab

    lama tak bersapa dengan akak

    imej ala tabliq....
    (dia mengikuti kumpulan tabliq)

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Young

    Iwan itu lerrr
    dangdut dgn emalina
    (dengar2, emalina pun dah berubah juga)

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Salam Kasihibu

    Alhamdulillah
    moga ramai lagi artis yg menjejakinya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. salam atuk

    ALHAMDULILLAH

    dulu berdangdut, sekarang semuanya tinggal kenangan

    antara insan yang Allah pilih utk diberi taufik dan hidayah

    ReplyDelete
  22. syukur alhamdulillah kan tuk
    dia mendapat hidayat dari allah ..
    dia sgt2 beruntung ! .. :)

    ReplyDelete
  23. Waalaikumusalam Pak Itam

    Dia ibarat kain putih
    Alhamdulillah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Salam Ieda

    itulah tanda Kebesaran Allah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. Waalaikumusalam Amy

    Alhamdulillah
    sihat...harap amy pun sama jua

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah....

    Syukur dipanjat ke ALLAH subhanawataala...suara yg merdu adalah anugerah ALLAH, digunakan utk memuji kebesaran ALLAH...masyaALLAH!sesungguhnya engkau maha pemberi dan maha penyayang kepada hamba2mu yg ingin kembali kepangkal jalan.Semoga kita sama2 mendoakan abg iwan beristiqamah dlm penghijrahannya mencari keredhaan ALLAH ta'ala.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...