Sambung lagi kisah Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri jabatan kami yang telah diadakan pada hari Selalsa lepas
Macam buat kenduri kendara juga. Persiapan bermula daripada hari jumaat, membeli barang barang kering
Pagi isnin penyedian untuk membuat bagedil daging
ia itu kuih lemping pisang
ada juga yang tak pernah makan kuih ni
sudah sesuai untuk dicarik carikan
kerana tidak lembik sangat ayamnya
untuk disimpan dalam peti sejuk
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.
Riwayat Ahmad dan Muslim
Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Kerjasama adalah kunci kejayaan dalam segala aspek kehidupan. Ia boleh mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan stabil kerana daripada kerjasama akan menerbitkan kemesraan berkomunikasi, kasih sayang serta saling bersimpati di antara satu sama lain. Bak kata pepatah “cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit”.
Ii) Makhluk Allah adalah saling perlu memerlukan di antra satu sama lain di mana manusia tidak mungkin hidup tanpa alam persekitarannya dan alam persekitaran pula tidak akan membangun tanpa ada manusia yang mengusahakannya.
iii) Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat masa kini. Ia berpunca daripada sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan program motivasi yang berjalan secara berterusan sehingga wujudnya individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama dan saling memerlukan itu berkembang subur menjadi satu tenaga yang mampu menggerakkan masyarakat Islam membawa perubahan besar kepada tamadun dunia.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Wassalam
Assalamualaikum dan salam syawal al mubarak,
ReplyDeletemasih 'kedengaran' lagi takbir raya....semakin jauh kedengran...moga kemeriarahan berpanjangan.
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeletewah.. macam rewang kenduri kahwin pula, tentu meriah majlisnya
Assalamualaikum Rozali;
ReplyDeleteMeriahnya Syawal Rozali n friends, seronok kerjasama ramai2 macam ni kan..
Waalaikumusalam Cikgu Humairi
ReplyDeletetakbir raya telah lama berlabuh..cuma adat dan resam yg tinggal untuk mengeratkan silatulrahim
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ibuintan
ReplyDeletetahun ini kami tak oder makanan
kebenaran drp bos buat cara rewang..
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteseronok tapi penat sikit...he he
terima kasih
Wassalam
waalaikumsalam abg : wah... patut le tutup kedai smpi 2 hari... semuanya dok masak macam ni.... kenyang makan 2 hari kan
ReplyDelete