Showing posts with label Cenderahati. Show all posts
Showing posts with label Cenderahati. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

Pemberian Daripada Seorang Sahabat-CL

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang sahabat blogger yang memberikan sebotol minyak wangi. Moga beliau terus dilimpahkan dengan Rahmat, diberkati segala usaha serta bertambah rezeki yang halal.


Tn Hj Azli atau CL yang mana satu masa dahulu popular denga laman blog beliau PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH.

Untuk laman facebook AZnaz Naz Aznaz Lie

 Berpengalaman bekerja di Tanah Haram dalam bidang perhotelan dan sekarang mengusahakan sendiri syarikat untuk perkhidmatan Haji dan Umrah serta sebagai pengedar Air Zam Zam.


Daripada Ummu Salamah r.a, ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w Bersabda

"akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa mengingkarinya (beerti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa membencinya (beerti) dia telah selamat, akan tetapi barangsiapa meredhainya (akan) mengikutinya. "Apakah kita tidak perangi (saja) dengan pedang? Baginda S.A.W menjawab : "Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian".

(H.R. Muslim)


WASSALAM

Friday, January 7, 2011

Cenderahati Daripada Ummiross

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ummiross
atas cenderahati yang diposkan kepada saya

cenderahati daripada Paris
n3 Ummiroos mengenai cenderahati ini klik disini

beliau menetap di Bandar Kucing, Sarawak

untuk ke blog beliau sila klik gambar diatas

Ummiross menjalan kan perniagaan kain Sarawak
untuk keterangan lanjut, sila ke blog beliau http://salamborneo.blogspot.com/

Moga Ummiross serta keluarga senantiasa didalam pemeliharaan Allah,
dipermudahkan segala urusan serta maju jaya dalam perniagaan
amin amin amin

Wassalam

Tuesday, December 21, 2010

Cenderahati Daripada Sonata Anak Kancil Untuk Ammar

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Balik daripada pejabat petang tadi, terlihat satu bungkusan poslaju di atas meja. Dalam hati berkata, siapa punya agaknya.... eh eh Ammar punya.... peraduan apa pula yang dia menang..... tenguk-tenguk pengirimnya........ Allahuakbar, Subhanallah, sahabat daripada Melaka, Sonata Anak Kancil...Alhamdulillah

Untuk Ammar ke..... macam tak percaya jer
yang beri ni yang tulis komen "Ingat Ammar - Ingat Sonata..."
dengan riangnya bertanyakan kepada saya

Cikgu Sonata atau Hajah Zaleha,
sama tarikh menyambut hari ulang tahun (18 Disember) dengan Ammar

Seronoknya Ammar dapat T'shirt dan tali h/set
terus telefon ibunya yang mulai hari ini bekursus

saya pun dapat hadiah juga,
key chain daripada Egypt (Saat jejak kaki di bumi para anbia'...2)
tidak ketinggalan sarung kotak tisu untuk isteri saya
mukin dibeli semasa di Senai
(Perjalanan ke Sinai...6)

Terima kasih banyak-banyak daripada kami
moga Cikgu Sonata serta keluarga sihat selalu dan
dimurahkan rezeki untuk menegakan Islam

Perbezaan Di antara Sedekah, Hadiah Pemberian dan ‘Athiyyah

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan ‘athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa. (Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

Sementara yang dikatakan sebagai ‘athiyyah itu ada dua macam iaitu pemberian seseorang yang dalam keadaan maradh al-maut atau sakit yang membawa kematian disebut sebagai wasiat, dan ‘athiyyah ketika masih hidup sama ada bentuk wakaf, hibah atau hadiah. (Al-Tahzib: 4/509)

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...