Monday, August 30, 2010

Berbuka Puasa Di Surau

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

berbuka puasa dan more adalah aktiviti tahunan di surau taman kami
AJK telah menetapkan pada hari pertama berbuka hingga akhirnya
ditaja mengikut jalan jalan yang telah ditentukan
Alhamdulillah, malam selasa yg lepas, majlis berbuka puasa dan more
telah selamat diadakan yang mana ditaja oleh penghuni di jalan saya

pesedian awal oleh AJK makanan supaya berjalan lancar semasa berbuka nanti

jemaah mula mengambil makanan

buah kurma dan buah buahan untuk berbuka

jemaah sudah bersedia untuk berbuka

orang orang lama yang tinggal di taman ni

dimulai dengan bismillah, selamat berbuka
dianggarkan 120 orang berbuka di surau pada hari tu

anak bujang saya tiga orang turut serta

Insyaallah, puasa kami diterima oleh Allah jua hendaknya

Wassalam

Saturday, August 28, 2010

Majlis Pelancaran Wakaf Permata - STP

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

pada 15 Ramadhan 1431 bersamaan 25 Ogos 2010 (Rabu)
STP mengadakan Majlis Pelancaran Skim Wakaf Permata
bertujuan untuk menabahbaikan surau, contohnya memasang
penghawa dingin, membuat ruang pejabat, sistem suara yang canggeh
serta beberapa perkara yang boleh membuat jemaah selesa dan kusyuk

dewan solat utama

Tuan Pengerusi memberi penerangan mengenai wakaf

jemaah yang turut hadir untuk solat Isyak dan Tarawih

Ustaz Abdullah memberi tazkirah Ramadhan
mengenai kelebihan sedakah, wakaf, sumbangan serta derma

Ustaz merasmikan Pelancaran Wakaf Permata


tabung wakaf dijalankan

Alhamdulillah RM12 350.00 terkumpul pada malam tu dan seutas jam tangan.
moga Allah melipat gandakan rezeki mereka yang telah mewakafkan
kepada STP pada malam itu serta mereka yang akan melakukannya
pada masa masa akan datang

Wassalam

Thursday, August 26, 2010

Orang Yang Bersedakah Mempunyai Kekuatan Yang Dahsyat

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum


Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, sebagai berikut :
Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para Malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian Para Malaikat bertanya? “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih kuat dari pada gunung?”. Allah menjawab, “Ada, yaitu besi” (Kita mafhum bahwa gunung batu pun biasa menjadi rata ketika dibor dan diluluhlantakkan oleh buldozer atau sejenisnya yang terbuat dari besi).

Para Malaikat pun kembali bertanya, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih kuat dari pada besi?” Allah yang Mahasuci menjawab, “Ada, yaitu api” (Besi, bahkan baja biasa menjadi cair, lumer, dan mendidih setelah dibakar bara api).

Bertanya kembali Para Malaikat, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih kuat dari pada api?”. Allah yang Mahaagung menjawab, “Ada, yaitu air” (Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan padam jika disiram oleh air).

“Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih kuat dari air?” Kembali bertanya Para Malaikat. Allah yang Mahatinggi dan Mahasempurna menjawab, “Ada, yaitu angin” (Air di samudera luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung, dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tersimbah dan menghempas karang, atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah berlayar, tiada lain karena dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).

Akhirnya Para Malaikat pun bertanya lagi, “Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan Mu yang lebih dari semua itu?”. Allah yang Mahagagah dan Mahadahsyat kehebatan-Nya menjawab, “Ada, yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.”
Artinya, orang yang paling hebat, paling kuat, dan paling dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa ada unsur pamer ataupun keinginan untuk diketahui orang lain.

Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yang ternyata mempunyai kekuatan dahsyat adalah hamba yang bersedekah, tetapi tetap dalam kondisi ikhlas. Kerana naluri dasar kita sebenarnya selalu rindu akan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih, dan sebagainya. Kita pun selalu tergelitik untuk memamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang biasa kita lakukan. Apalagi kalau yang ada pada diri kita atau yang tengah kita lakukan itu berupa kebaikan.

Kerananya, tidak usah heran, seorang hamba yang bersedekah dengan ikhlas adalah orang-orang yang mempunyai kekuatan dahsyat. Sungguh ia tidak akan kalah oleh aneka macam selera rendah, yaitu rindu pujian dan penghargaan.
coretan daripada http://amalansedekah.blogspot.com/


mengapa masih mempamerkan hadiah saya kepada jiran jiran....
cuma sekadar memberi tahu/peringatan sahaja kepada
kekawan yang masih belum melakukan sedekah/sumbangan/hadiah
ayuh.....lakukan...tunaikan...amalkan...
masih ada waktu lagi untuk menikmati Rahmat dan Hidayah daripada Allah
dalam bulam Ramadhan ini

Wassalam

Tuesday, August 24, 2010

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Petang semalam saya menghadiri Majlis Penyerahan
Zakat Perniagaan Koperasi & Agihan Zakat Kepada Asnaf
di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC
ajuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ)

disempurnakan oleh Y.B. Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

koperasi kami diwakili oleh Bendahari Kehormat, En. Ramlan
untuk penyerahan zakat perniagaan koperasi kami pada tahun ini

Wakil wakil koperasi bergambar bersama menteri
tersiar dalam Utusan Malaysia hari ini

kawan sepejabat, mewakili ALK yang tidak dapat hadir

cenderahati daripada PPZ

sementara menunggu waktu berbuka puasa
tazkirah Ramadhan disampaikan oleh ustaz daripada PPZ

Wassalam

Monday, August 23, 2010

011110

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah
Syukur kepada Allah
semalam 22 Ogos 2010 bersamaan 12 Ramadhan 1431
kita telah berpuasa selama 12 hari

semalam juga Pahala Hindari Dosa (PHD)
yang baru berusia lebih kurang 6 bulan
telah dikunjungi seramai 011110

PHD mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada kekawan yang telah bertandang ke teratak ini
yang serba serbi kekurangan serta tak seindah bahasa pujangga

terlebih dahulu diucapkan juga jutaan terima kasih
untuk pengunjung PHD dimasa masa akan datang
moga ukhwah akan terjalin dan berkekalan

Wassalam

Saturday, August 21, 2010

Jalan Pasar, Pudu, KL

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Allahuakbar
makanan ikan dah habis langsung
ikan dalam kolam dah berenang kehulu kehilir
menunjukan aksi aksinya yang cukup tenang kita melihatnya
biasanya pepagi begini ikan ikan itu dah tahu akan bersarapan pagi

sekitar taman pun ada menjual makanan ikan, tapi agak mahal sedikit

lebih baik pergi Jalan Pasar, ada banyak pilihan

lagipun bila perayaan hampir, selalunya DBKL mengeluarkan
lesen untuk berniaga di tepi jalan

jadi suasana nampak meriah

beranika jenis jualan diadakan disini,
kecuali emak dan ayah ajer yang tak ada... he he

ini tujuan hasalnya, membeli dua kampit makanan ikan
berbagai jenis dan saiz serta berbagai vitamen

sampai ajer di rumah terus bagi ikan ikan tu makan

betapa khusuk dan aman melihat ikan tu berenang renang
mereka tidak berebut rebut serta begaduh sesama mereka
indah....nyaman....tenang....terhibur...

Wassalam

Thursday, August 19, 2010

Pesediaan Raya

Bismilahirahmanirohaim

Assalamualaikum

untuk memeriahkan suasana raya tahun ini serta
mengembirakan anak anak
semalam saya dan isteri cuti rehat sehari
bagi membeli pakaian raya di supermarket berhampiran rumah aje
untuk anak bungsu dan 2nd bungsu
ini aktiviti sebelah petang, selepas Asar, kerana pagi anak2 bersekolah
bagi anak anak perempuan dah buat persedian awal
maklum lah kena tempah, lewat nati, tukang jahit tak terima pulak

sebelah paginya menjaga hati isteri dulu
layan ajerr gambar gambar ni


langkah berjimat cermat
Insyaallah, ikut Sunah Nabi Muhammad SAW

Wassalam

Tuesday, August 17, 2010

Ya Tayba

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Ya Tayba
selalu berkumandang dari dalam kedai kedai
yang menjual Al Qur'an, keset/cd dan kitab
di sekitar Madinah dan Makkah



apakah sekarang ini masih kekal suasana sebegini

ps: untuk hiburan Kak Nab sempena hari ulang tahun kelahirannya semalam
moga mendapat Umrah yang Mabrur

Khas untuk
ahmad humairi sempena ulang tahun kelahirannya pada hari ini,
bersamaan 7 Ramadhan, moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di Akhirat

sahabat alam maya serta orang teman

Wassalam

Sunday, August 15, 2010

Iklan

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

sekarang ni musim membeli belah, termasuklah keluarga saya
masih ada kekurangan lagi tentang persedian menyambut raya nanti
kadang kadang masa ni lah berbagai fesyen dan corak yang baru untuk pilihan

peniaga pula menghias gedung dan kedai mereka supaya nampak menarik
iklan dan kain rentang berbagai bentuk dan warna untuk
memberi maklumat kepada pelanggan tentang tawaran masing masing

cuba kita perhatikan apa yang menarik tentang gambar gambar yang dipamirkan

lokasi di Jalan Tungku Abdul Rahman

iklan disangkutkan dibelakang, sambil ia berjalan dan memberi flyer
kepada orang ramai yang lalu lalang

Wassalam

Thursday, August 12, 2010

Konvokesyen UKM ke 38 - Muhammad Afiq

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah
Syukur
Pada tanggal 07 Ogos 2010, tercatat sejarah buat keluarga kami
anak sulung kami Muhammad Afiq, yang juga cucu sulung
bagi keluaga sebelah saya serta keluarga sebelah isteri
menerima segulung ijazah
sarjana muda Jurusan Kejuruteraan
di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke 38

telah di rasmikan oleh Canselor UKM
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan


suasana dalam dewan

tempat duduk kami

menuju kepentas

berjumpa dengan sepupu saya sedang menjual bunga
terima kasih, kerana menghadiahkan sejambak bunga
tanda tahniah daripadanya

Ijazah yang dipegang anak sebagai ganjaran terhadap pengorbanan
dan pahit jerih membesarkan mereka

hanya sekalung taniah mengiringgi kejayaan

disamping tetap berdoa agar ianya menjadi anak yang soleh
serta dipermudahkan segala urusan untuk di dunia dan di Akhirat


ragam yang sempat saya rakamkan pada konvokesyen

moga ianya menjadi satu permulaan untuk merintih jalan kepada adik adiknya

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...