Thursday, February 21, 2013

Selamat Pengantin Baru Ezafel Firdaus dan Rabiatul Saadiah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Minggu lepas tumpang memeriahkan Majlis Walimah rakan sepejabat yang telah diadakan di kampung halamannya di Taman Seri Setia, Teluk Intan, Perak.






Moga pasangan ini bahagia hingga ke Syurga dan senantiasa diatas landasan Islam



Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)



WASSALAM

Tuesday, February 19, 2013

Halimariana Halim Kembali Keramahtullah

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Di hari penghulu hari, pukul 4.00 petang, 15 Februari 2013, kakitangan SPgD kehilangan seorang rakan/sahabat/teman yang selalu ceria dan riang, tiada seorang pun yang tidak menyenangi Allahyaharmah Halimariana binti Halim, lebih terkenal dengan panggilan Nana Halim.

Semua yang mengenali beliau terkejut dan pada mulanya tidak percaya akan berita ini. Kerana pada hari Khamis Allahyarhamah masih bekerja seperti biasa. Tengah hari semasa rehat, Allahyarhamah sempat bercerita bersama saya dan beberapa rakan yang lain sambil makan kerepek kaduk ( ceritanya disini )

Kami dapat berita ini selepas waktu pejabat, kira-kira pukul 5.15 ptg. Pukul 6.00 ptg mayat masuk ke Jabatan Forensik HKL, pukul 7.00 mlm-scan, pukul 9.00 mlm-masuk bilik postmortem, pukul 1.00 tengah malam, mayat selesai dibedahsiasat, setelah siap dikapankan dan terus dibawa pulang ke kampung Allahyarhamah di Sg. Itek, Gopeng. Dikebumikan pada hari Sabtu, pukul 12.30 tgh.

Allahyarhamah meninggalkan seorang suami dan tiga orang anak perempuan.

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil khusus untuk Allahyarhamah
pada pagi semalam



Gambar Allahyarhamah semasa hari jadinya yang ke 31 pada 13.9.2012


Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud

“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”.

(Riwayat at-Tirmizi)

WASSALAM

Friday, February 15, 2013

Kerepek Kaduk

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kawan sepejabat baru balik daripada Kedah sempena cuti umum yang lepas. Dia membawa ole-ole daripada utara berupa kerepek kaduk.

RM10.00 (3 bungkus)

 Beliau beli di Pasar Pekan Rabu

Rangup dan terasa daun kaduknya



Dari Abu Zar r.a., segolongan manusia daripada kalangan para sahabat Rasulullah SAW berkata kepada baginda, “ Ya Rasulullah, orang-orang yang mempunyai harta(orang-orang kaya) telah mendapat pahala(lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sepertimana kami sembahyang dan mereka berpuasa sepertimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka”.

Berkata Rasulullah, 
“ Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh dengan ma’ruf itu sedekah, dan melarang dari yang mungkar itu sedekah, dan pada kemaluan seorang kamu itu juga sedekah”.


Berkata mereka, “ Ya Rasulullah, adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatan itu?”.

Berkata baginda, 
“ Apakah pendapat kamu kalau digunakannya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah baginya pahala”. 

Diriwayatkan oleh Muslim. (Dipetik daripada kitab Hadith 40)


WASSALAM

Thursday, February 14, 2013

Barakah Pattani Tomyam - Azim

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Malam semalam baru dapat berkumpul anak beranak secara serentak dan mengambil kesempatan ini untuk makan di luar. Kali ini makan di Barakah Pattani Tomyam, Jalan AU 2C/1, Taman Keramat (bersebelahan JUSCO AU2), terdapat sederetan Medan Selera AU2.

Dekonya agak menarik

 Sempena hari ulang tahun kelahiran anak bongsu, Azim



 Meehoon Kungfu

 kuey teow goreng dan nasi goreng pattaya

 Nasi goreng
(agak kecewa kerana sejuk, mungkin digoreng banyak2)



Allah telah berfirman yang maksudnya, 

“ Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik”

(An-Nahl: 97)

WASSALAM

Wednesday, February 13, 2013

'headphone' di Mesin ATM


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apa fungsinya




sabda baginda s.a.w. 

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat−sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang." 
Riwayat oleh as-Syaikhan dari Ibn.'Amr.

(HR Bukhari dan Muslim).



WASSALAM

Monday, February 11, 2013

Mantan Penyelia Koperasi Kami Meninggal

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Allahyarham Harun bin Arshad telah meninggal dunia pada malam 9 Februari 2013 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pagi semalam.

Allahyarham adalah mantan Penyelia koperasi kami yang telah bersara kira-kira 20 tahun yang lalu. 

Pintu masuk
(pertama kali saya menziarah kubur Jalan Ampang)

 Papan tandan di Jalan Ampang, berhadapan dengan BSN

 Dikelilingi pembangunan

 Jelas kelihatan apabila kita melalui lebuhraya AKLEH

 Pusara lama

 Pusara keluarga P. Ramlee
(barisan atas, tembuk tinggi, pusara) P. Ramlee, Pusara A. R Tompel (hitam)
(berpagar) Pusara Saloma, sebelahnya Nasir Ramlee, Noorizan

Pusara orang kenamaan
antaranya Abdul Malek Yusuf (Gabnor Melaka 1959-1971)

Semoga Allah mengampun semua dosa-dosa, dimasukan dalam gulungan orang-orang yang soleh, diterangi kuburnya dengan cahaya Syurga dan antara ahli Syurga. Amin.

Al Fatihah


Rasulullah s.a.w. bersabda 

Sesungguhnya pahala yang mula-mula diberikan kepada hamba yang beriman sesudah matinya ialah semua orang yang mengiringi jenazahnya mendapatkan keampunan (dari Allah) 

(Riwayat Baihaki melalui Ibnu Abbas r.a.)


WASSALAM

Friday, February 8, 2013

Chicken Chop Bermisai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pusing-pusing kat Setiawangsa, Keramat, untuk mencari kedai makan. Terpandang sebuah gerai Western Foot, Cowboy Reataurant. Kami sepakat untuk mencuba.




Kedainya terletak di Taman Keramat Pemai, Jalan AU 1A/1, Setiawangsa (belakang stesen LRT, Setiawangsa)


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga sangat menggalakkan sikap suka memberi, sama ada atas nama sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan. Hal ini disebutkan dalam sabda Baginda:
Maksudnya: 

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam suatu hari keluar untuk mengerjakan sembahyang hari raya, lalu Baginda bersembahyang dua rakaat. Dan Baginda tidak pernah melakukan sembahyang (hari raya) sebelum ia diperintahkan dan sekalipun selepasnya. Kemudian Baginda dan bersamanya Bilal pergi ke tempat sekumpulan perempuan dan menyuruh mereka agar bersedekah, maka (atas perintah itu) seorang perempuan menanggalkan gelang dan kalungnya (untuk disedekahkan)”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari)



WASSALAM

Thursday, February 7, 2013

Casablanca restaurant & Cafe, Kali Kedua

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tengahari semalam, kawan mempelawa makan nasi Arab di Casablanca, kerana perniagaan yang dia usahakan secara kecil-kecilan agak berjaya. Ini kali kedua saya menjamu selera disini (Pertama kali N3nya disini).

Pemandangan di dalam restoran





Pemandangan di luar restoran




Moga perniagan kawan saya ini terus maju


Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. 

Firman Allah yang bermaksud

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"

(Surah al-Isra', ayat 27).

WASSALAM

Wednesday, February 6, 2013

Program Khas Maulidur Rasul SAW 1434 - STP


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada minggu lepas STP mengadakan program satu hari sempena sambutan Maulidur Rasul saw.


Kuliah Subuh
oleh Ustaz Nik Mohd Zawawi Nik Salleh
(Rasullulah saw pemimpin ummah)

3.30 petang, persembahan nasyid dan qasidah oleh pelajar tahfiz


Lepas Solat Asar, ceramah khas untuk remaja
oleh Ustaz Muhamad Ibrahim

Lepas Solat Magrib, bacaan Al Quraan
(lupa nama ustaz ni..pemenang pertama tilawah antarabangsa tahun 2009)

Ceramah oleh Ustaz Dr. Lukman Ibrahim Al Hafiz
(andainya Nabi Muhammad saw. berada disisi ku)



Firman Allah Maksudnya

Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapnya adalah wahyu yang diwahyukan.


Surah an-Najm ayat 3-4

WASSALAM

Tuesday, February 5, 2013

Pulau Langkawi - Sunset

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pemandangan daripada tingkat 5, Hotel Langkawi Seaview, Langkawi








Firman Allah swt.

Katakan pula, bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam kepadamu yang kamu dapat beristirehat padanya?  Maka apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.

(Al-Qasas: 72-73)


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...