Friday, February 15, 2013

Kerepek Kaduk

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kawan sepejabat baru balik daripada Kedah sempena cuti umum yang lepas. Dia membawa ole-ole daripada utara berupa kerepek kaduk.

RM10.00 (3 bungkus)

 Beliau beli di Pasar Pekan Rabu

Rangup dan terasa daun kaduknya



Dari Abu Zar r.a., segolongan manusia daripada kalangan para sahabat Rasulullah SAW berkata kepada baginda, “ Ya Rasulullah, orang-orang yang mempunyai harta(orang-orang kaya) telah mendapat pahala(lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sepertimana kami sembahyang dan mereka berpuasa sepertimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka”.

Berkata Rasulullah, 
“ Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh dengan ma’ruf itu sedekah, dan melarang dari yang mungkar itu sedekah, dan pada kemaluan seorang kamu itu juga sedekah”.


Berkata mereka, “ Ya Rasulullah, adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatan itu?”.

Berkata baginda, 
“ Apakah pendapat kamu kalau digunakannya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah baginya pahala”. 

Diriwayatkan oleh Muslim. (Dipetik daripada kitab Hadith 40)


WASSALAM

31 comments:

  1. Assallamualaikum En Rozali,

    Daun kaduk ni bagus untuk pelawas..jgn makan banyak..
    Kerepek daun bayam pun sedap..cuba buat sendiri..alaa tepungnya mcm goreng pisang jugak..sedap dan rangup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Kak Nadz

      mereka kata daun bayam pun ada...tapi belum rasa

      Delete
    2. Atuk di banting ni ada produk iks macam macam jenis kerepeknya

      Delete
  2. Salam Atuk

    Moga kita byk dpt bersedekah!
    Daun kaduk melambak kat rumah, tak pernah rasa!teringin juga nak cuba buat..
    tkasih kerana idea ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama Ju

      boleh cuba selapas ni...

      Delete
  3. assalamualaikum atuk..
    daun kaduk pon saya tak kenal ropenya macammana...
    google ler nampaknyya..

    nak buat sendiri pakai daun bayam?, alamat ntah bila la saya nk makan..=.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Cik Marikh

      macam sireh...orang buat hantaran (sireh junjung)

      kerepek bayam pun ada jual

      Delete
  4. sedap ke? tak tau plak rasa daun kaduk camne

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum atuk..

    Nampak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ummi

      boleh buat sendir...
      Ummi kan rajin...

      Delete
  6. sedap bila udah di goreng,too yg naik selera.
    terliur jap ..atok

    Assalamualaikum ..Jumaat nan indah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mohd Pk

      saya pun orang bagi...lagi sedap sebab free...he he

      Delete
  7. as-salam atuk..:)

    belum pernah rasa keropok ni..tapi yg saya tahu daun ni berkhasiatkan..

    ReplyDelete
  8. hmm...rasanya PM tak pernah makan lagi kerepek kaduk tuh...

    ReplyDelete
  9. Daun kaduk? Wahhh speselnya. Yang pernah saya jumpa dan makan daun sebegitu, adalah daun bayam yang dijadikan kepek.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..
    t kasih krn sudi berkunjung ke blog sy..
    haissshhh.. tak kenal saya daun kaduk tu..
    cuma, sy sgt tertarik dgn tazkirah sesudah citer ini..t kasih..

    ReplyDelete
  11. assalam atuk, la ni apa saja benda blh mkn depa buat krepek ...kretif dan pelbagai sungguh.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum atok..

    harus dicuba bile outstation ke aloq setaq nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam

      belikan saya 1 nanti....he he gurau ajer

      Delete
  13. Assalam...
    Ada bau kadok lagi tak Atuk?

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum,

    macam-macam ada......soal makan, oang melesia kretip!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam

      mula2 tu hari tak terpikir boleh dijadikan kerepek

      Delete
  15. pernah jumpa tapi tak pernah beli pun...org kata sedap..ranggup..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...