Friday, December 31, 2010

Kembali Membuat Persedian ke Sekolah

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Cuti hari Jumaat ini yang diberi, atas kemenanggan pasukan Harimau Malaya dalam menjuarai AFF SUZUKI CUP 2010 dimenafaatkan untuk mencari perbagai kelengkapan untuk persedian anak-anak ke sekolah pada hari Isnin nanti. Dianggarkan RM300 ke RM400 lagi.

Gambar di atas, baru sebahagian kelengkapan kesekolah, yang dibeli pada petang semalam. Itu sahaja dah menjakau seratus lebih RMnya. Saya bayangkan bagaimana ibu bapa yang seorang pekebun kecil, pekerjaan kampung sahaja, nelayan atau penoreh getah (tak termasuk Kak Ngah...he he) untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka. Tentu mereka merasa resah, tambah-tambah lagi bila sianak meminta-minta untuk dibelikan itu ini. Allahuakbar.

Bertapa Syukurnya saya, kerana Dia memberi sedikit kelebihan rezeki, dikurniakan anak-anak yang tidak meminta yang lebih daripada kemampuan ibu bapa mereka.

Pada hari pembukaan sekolah nanti, hendak disiapkan juga duit untuk juran sekolah, yuran PIBG dan perbagai yuran lagi. Tidak termasuk buku latihan...

Inilah sanario setiap awal tahun yang terpaksa dilalui

Wassalam

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia, Juara AFF SUZUKI CUP 2010 (agregate 4-2)

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Tahniah Tahniah Tahniah Harimau Malaya





Tahniah juga Indonesia, menjadi naib juara

saya puji semangat kesukanan anda semua


saya suka dia....
kecewa..tapi tidak melakukan perkara yang melapaui batas

Moga berjaya dan terus berjaya dengan semangat kental

saya berdoa agar suatu hari nanti pemain-pemain akan
memakai pakaian yang menutup aurat

Amin amin amin

Wassalam

Tuesday, December 28, 2010

PENGURUSAN KONFLIK- 2/2

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

sambungan daripada PENGURUSAN KONFLIK- 1/2

Sulh (perundingan)/Kompromi

Usaha untuk menyelesaikan sesuatu peselisihan, mencapai persetujuan antara pihak yang bermusuhan dan mewujudkan perdamaian antara mereka

Jenis sulh

1. Sulh antara Negara Islam dan bukan Islam
2. Sulh antara pihak yang benar dan yang memberontak dikalangan orang Islam
3. Sulh antara suami isteri ketika berlaku perselisihan
4. Sulh antara pihak yang bertelagah mengenai perkara selain daripada menamalat dan tidak melibatkan memberontak
5. Sulh dalam menamalat yang melibatkan harta

Kaedah Perlaksanaan Sulh

1. Taaruf/kenyataan awal pegawai sulh
2. Pemberi awal pihak yang bertikai
3. Perbincangan bersama
4. Perbincangan sebelah pihak (jika perlu)
5. Perindingan bersama
6. Penghakiman berasaskan persetujuan

Adab Mengembalikan Sulh

1. Tidak mengambil kesempatan/mempunyai kepentingan diri
2. Jujur
3. Tidak berat sebelah/berkecuali
4. Meminta upah/ganjaran dll
5. Berusaha bersungguh-sungguh
6. Menepati kehendak syariah
7. Mempunyai pengetahuan yang luas
8. Mengendali dengan tenang, mesra, sabar dan adil
9. Orang bertikai bukan dikalangan sahabat, saudara
10. Tidak mudah dipengaruhi

Wassalam

Monday, December 27, 2010

Kunjungan Tn Hj Ayah Zain


Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pada petang sabtu 25 Disember, rasa suatu yang cukup rugi kerana tidak dapat menyambut tetamu yang datang daripada jauh dan baru balik daripada menjadi tetamu Allah. Sedang membuat panggilan daripada depan rumah, sedangkan saya sedang berada di rumah adik, Sungai Buaya, meraikan kedatangan emak dan adik sekeluarga dari kampung. Nak balik kerumah, perjalanan makan masa sejam lebih.

Pagi semalam, ahad, saya menghubungi AZ, menjemput dia datang sekali lagi kerumah saya, walaupun saya tahu dia banyak urusan yang perlu dibereskannya.

Sejam kemudian AZ menghubungi saya semula, memaklumkan ia akan datang bersama Kak Sidah. Alhamdulillah, Syukur, sekeluarga yang dinantikan, tapi dua keluarga yang datang...rezeki rezeki..
(macam bola malam tadi, teka 2 gol, tapi 3 tampa balas...Syukur)







Terima kasih AZ (ceriakan hari-harimu) dan keluarga, sudi bertandang
terima kasih juga buahtangan daripada Tanah Suci

terima kasih Kak Sidah dan Abang Z serta cucu

terima kasih banyak banyak, lain kali sudi-sudikan datang lagi

Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".

Wassalam

Sunday, December 26, 2010

Tahniah Malaysia 3-0

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Syukur....Tahniah Malaysia...Harimau Muda
menundukan Indonesia 3-0, dalam pertandingan
AFF SUZUKI CUP 2010, pusinggan pertama

Gol pertama

Gol kedua

Gol ketiga

ini mukin sokongan 2 orang anak bujang saya
(he he he...satu antara seribu punca)
pertama kali dibenarkan ke stadium
mukin kenanggan abadi buat mereka

Terima kasih rakyat Malaysia
kerana memberi sokongan padu

Moga perlawan seterusnya, di Indonesia
meneruskan kejayaan serta menjulang
Piala AFF SUZUKI CUP 2010
Insyaallah

Wassalam

AFF SUZUKI CUP 2010

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Kami berdoa agar Malaysia memperolehi kemenangan
pada malam ini, mengalahkan Indonesia

MALAYSIA BOLEH


2 orang anak bujang saya pergi ke stadium untuk memberi sokongan
pertama kali membenarkan mereka menonoton secara lansung

moga semangat kesukanan akan ditunjukan oleh Malaysia dan Indonesia

Wassalam

Selamat Hari Ulang Tahun Imran Abdullah

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

SELAMAT HARI ULANG TAHUN
kepada saudara Imran Abdullah

Moga dalam perlindungan Allah senantiasa
sihat tubuh badan dan di murahkan rezeki
supaya lebih sempurna untuk memperhambakan diri kepada Allah
disamping keluarga yang bahagia

moga mempunyai sahabat handai senantiasa bersama-sama
diatas landasan Allah dan seiring menuju KeredaanNya
Amin amin amin

Wassalam

Friday, December 24, 2010

PENGURUSAN KONFLIK- 1/2

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pada hari Khamis minggu lepas, saya menghadiri satu kursus dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam, tentang Pengurusan Masjid/Surau, di Komplek Sukan Sri Siantan, Batu Cave.
Saya tertarik dengan kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustazah Zawanah dari Darul Quran, Jakim, bertajuk Pengurusan Konflik.
Disini sedikit sebanyak salinan nota yang disediakan untuk rujukan kita bersama. Kerana perkara konflik ini berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Pendahuluan

Konflik merupakan suatu yang semulajadi.
Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan, status atau kedudukan.
Meninggalkan kesan positif dan negetif.
Tidak perlu mengelak tetapi perlu menguruskannya.

Definasi Konflik

Bahasa
Pertentangan, percanggahan, perbezaan

Istilah
Satu proses dimana seseorang itu berubah dengan sengaja untuk menggagalkan usaha seseorang yang lain dengan cara menghalang. Tujuannya ialah agar orang itu merana. Kecewa didalam usaha untuk mencapai matlamat/untuk meneruskan kepentingan

Bentuk-Bentuk Konflik

1. Konflik Intra Personal : Konflik antara perbagai keperluan diri
2. Konflik antara Personal : Konflik antara seseorang dengan seseorang yang lain dan antara individu dengan kumpulan
3. Konflik antara kumpulan : Konflik berinstitusi dan konflik kemunculan
4. Konflik antara organisasi : Konflik antara organisasi dengan oerganisasi

Jenis Konflik

1. Suka suka : ( jawatan yang kita minat dan dekat dengan rumah)
2. Suka tak suka : (naik pangkat tapi kena tukar jauh)
3. Tak suka tak suka : (turun gaji atau notis berhenti)


Punca Konflik

Kebergantungan
Ketidak jelasan tanggungjawab
Persaingan mendapat sumber
Desakan untuk mendapat kuasa
Konflik yang berasaskan peranan
Perbezaan nilai dan kepentingan

Kesan Positif Konflik

Dapat memahami matalamat dan prestasi
Idea dan pendapat yang bernas
Meningkatkan kemahiran dan prestasi
Mengenalpasti masaalah yang wujud
Mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan

Kesan Negatif Konflik

Persaingan kurang sihat dikalangan ahli organisasi
Kewujudan masaalah dalam organisasi
Timbulnya perasaan dendam
Mengalami suasana tertekan

Strategi dan Teknik Pengurusan Konflik

Neutralisasi : Menjadi pihak lawan lumpuh, contoh paksaan, kompromi, pemedaman (diam), mengelak dan kepaksaan
Pengesahan : Pihak yang terlibat dalam konflik tunduk kepada campurtangan pihak ketiga, contoh, timbangtara, pendamaian, peringatan, perundingan dll

bersambung ke siri 2/2

Wassalam

Thursday, December 23, 2010

Undian Memihak Kepada Masak


Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Ramai kawan yang memberi cadangan supaya masak sendiri daripada beli lauk untuk makan malam tadi. Sampai sahaja di rumah, terus rendam ayam dalam air, kerana sejuk beku daripada peti sejuk.

Sementara itu potong sayur kobis untuk masak lemak. Lama dah tak makan masak lemak. Potong timun sebagai ulam, tapi tak ada sambal, tunggu poslaju tak sampai-sampai lagi sambal daripada Cikgu Mas (gurau ajer CM).

Sebelum Magrib, selesai semua. Alhamdulllah. Selepas Insyak, kami lima beranak pun menjamu selera, dengan doa Allaahumma barik lana fima razaqtana wa qinna'adzaabannar.

ada yang bersungut pasal masak lemak tu..., saya kata..makan ajer ler, tenguk rancangan bersama mu, masih ramai lagi yang nak makan pun susah...nak cover line ...he he

Alhamdulillaahilladzi ath'amani wa saqaani min ghairi haulin minn wa la quwwatin

Wassalam

Nak beli bungkus atau masak

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Dah tiga hari isteri pergi berkursus
jadi segala tanggungjawab dari depan hingga kedapur
kena dibereskan sedikit bantuan daripada anak
itu pun dah kena suruh baru nak buat

masaalahnya untuk santapan malam ini
orang jawa kata dinner
nak beli lauk bungkus sahaja atau masak sendiri

eh eh boleh ke Atuk masak.... !@#$%&*


Wassalam

Ini Yang Termampu Oleh Ammar-PMR


Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

5A, 2B (sain,ksb), C (BI)
ini yang termampu oleh Ammar atas usahanya selama ini
tapi tetap kami bersyukur
mukin keputusan ini boleh membuatnya sebagai garispanduan/ikhtibar
untuk memajukan dirinya

tidak ketinggalan juga kami mengucapkan
ribuat terima kasih kepada kawan-kawan semua
kerana membantu kejayaan Ammar
dengan iringan doa-doa

Wassalam

Wednesday, December 22, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN HAJAH NORSIDAH DAN HAJI ZAKARIA

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 32
untuk teman Haji Zakaria dan Hajah Norsidah
saya doakan agar sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki
supaya dapat memantapkan Iman
dipermudahkan segala urusan
bahagia dan berkekalan hingga ke Syurga





Surah Al Rum ayat 21 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasang-pasangan hidup daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.”


Wassalam

Ceramah Bulan Disember 2010

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pagi tadi jabatan mengadakan ceramah untuk bulan Disember 2010
tajuk ceramah 'Anak Soleh dan Solehah' yang disampaikan oleh
Ustaz Khairul daripada ILIM

bulan ini ada istimewanya, kerana dapat menjemput
adik Muhammad, naib juara Akademi Al-Quran musim ke 4

beliau mengalunkan bacaan Al Quran sebelum dan selepas ceramah

selepas menjamu selera, sesi bergambar pulak

Adik Muhammad sunguh-sungguh menjaga makanannya
kerana beliau Al Hafiz dan untuk menjaga suara

Doa Untuk Anak Solleh

Surah Al Baqarah (2) Ayat 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua, Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al Imran Ayat 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan.

Wassalam

Tuesday, December 21, 2010

Cenderahati Daripada Sonata Anak Kancil Untuk Ammar

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Balik daripada pejabat petang tadi, terlihat satu bungkusan poslaju di atas meja. Dalam hati berkata, siapa punya agaknya.... eh eh Ammar punya.... peraduan apa pula yang dia menang..... tenguk-tenguk pengirimnya........ Allahuakbar, Subhanallah, sahabat daripada Melaka, Sonata Anak Kancil...Alhamdulillah

Untuk Ammar ke..... macam tak percaya jer
yang beri ni yang tulis komen "Ingat Ammar - Ingat Sonata..."
dengan riangnya bertanyakan kepada saya

Cikgu Sonata atau Hajah Zaleha,
sama tarikh menyambut hari ulang tahun (18 Disember) dengan Ammar

Seronoknya Ammar dapat T'shirt dan tali h/set
terus telefon ibunya yang mulai hari ini bekursus

saya pun dapat hadiah juga,
key chain daripada Egypt (Saat jejak kaki di bumi para anbia'...2)
tidak ketinggalan sarung kotak tisu untuk isteri saya
mukin dibeli semasa di Senai
(Perjalanan ke Sinai...6)

Terima kasih banyak-banyak daripada kami
moga Cikgu Sonata serta keluarga sihat selalu dan
dimurahkan rezeki untuk menegakan Islam

Perbezaan Di antara Sedekah, Hadiah Pemberian dan ‘Athiyyah

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan ‘athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa. (Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

Sementara yang dikatakan sebagai ‘athiyyah itu ada dua macam iaitu pemberian seseorang yang dalam keadaan maradh al-maut atau sakit yang membawa kematian disebut sebagai wasiat, dan ‘athiyyah ketika masih hidup sama ada bentuk wakaf, hibah atau hadiah. (Al-Tahzib: 4/509)

Wassalam

Monday, December 20, 2010

Penghargaan-REVIEW BLOG Sulung Daripada SINAR RAUDAH

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pertamanya saya Bersyukur kepada Allah serta mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Amy Syaquane
tuan punya blog SINAR RAUDAH yang telah memilih
Pahala Hindari Dosa sebagai revie blog nya yang sulung.
Saya rasa terharu dan dihargai serta satu perhargaan
yang sungguh tinggi memandangkan http://atuk-phd.blogspot.com/
baru bersiar 10 bulan

Untuk ke entry yang berkaitan sila klik gambar


untuk ke blog beliau sila klik gambar

moga Amy terus maju dalam semua bidang
serta dalam pemeliharaan Allah senantiasa

Ukhwah bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu.

Rasulullah s.a.w bersabda:“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”.
(Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”.
(Hadis riwayat Muslim).

Wassalam

Sunday, December 19, 2010

Abang Belanja Ammar Makan

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia, kerana layak masuk keperlawanan akhir. Moga beroleh kemenagan seterusnya.
Perancangannya memang nak makan kat luar pada malam semalam, kerana meraikan hari ulang tahun Ammar, tapi masih tak tahu kat mana nak pergi. Oleh kerana dah lewat malam kami pilih warung yang tak jauh daripada rumah.

Sungguh pun dekat, baru pertama kali makan kat sini.
Gerai D'TERATAK yang berada di Jalan Wangsa Melawati 4,
Taman Wangsa Melawati

Istimewanya disini ada otak-otak panas

Nasi goring Pataya pilihan adiknya

Nasi goring USA pilihan Abangnya

ini pilihan Ayahnya, nasi goring cendawan
Ibu dan kakaknya memilih nasi goring kampung

Kesukaan Ammar, mehon tom yam....oooo pedas bukan main

Semasa nak bayar, abang sulung menawarkan diri untuk membayar bil kali ini. Alhamdulillah

(١) عَنْ أنَسَ رَضى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ (رواه البخارى ومسلم)

Terjemahan:
Daripada Anas (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Siapa yang ingin agar rezkinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”.
[HR Bukhari dan Muslim]


الصَّدَقَةُ عَلَى اْلمِسْكِيْنِ صَدَقَةُ وَعَلَى ذَوِى الرَّحِمِ ثِنْتَانِ: صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

Terjemahan:
Sadakah kepada orang miskin (akan mendapat pahala) sadakah, sedangkan kepada kerabat (ganjarannya) da dua, iaitu sadakah dan silaturrahim.
[HR Nasaa-i dan Tarmidzi]

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...