Wednesday, December 22, 2010

Ceramah Bulan Disember 2010

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pagi tadi jabatan mengadakan ceramah untuk bulan Disember 2010
tajuk ceramah 'Anak Soleh dan Solehah' yang disampaikan oleh
Ustaz Khairul daripada ILIM

bulan ini ada istimewanya, kerana dapat menjemput
adik Muhammad, naib juara Akademi Al-Quran musim ke 4

beliau mengalunkan bacaan Al Quran sebelum dan selepas ceramah

selepas menjamu selera, sesi bergambar pulak

Adik Muhammad sunguh-sungguh menjaga makanannya
kerana beliau Al Hafiz dan untuk menjaga suara

Doa Untuk Anak Solleh

Surah Al Baqarah (2) Ayat 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua, Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al Imran Ayat 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan.

Wassalam

10 comments:

  1. assalamualaikum atuk..
    semoga kita menjadi anak yang soleh kepada ibu dan bapa
    dan semoga anak ibu menjadi anak yang soleh.. AMIN

    ReplyDelete
  2. ceramah seperti ini sentiasa mengingatkan siapa kita...tahniah atas usaha jabatan .


    pssttt...lihat komen N3 semalam ! lambat jengok...

    ReplyDelete
  3. salam atuk............. dapt bergambar dengan Muhammad yer......

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah .. bagus kan bro kalau boleh joint ceramah2 mcm nie ..
    kalau kena ngan penceramahnya .. x ngantuk kita yg mendengarnya heheheh

    aminnn semoga anak2 kita jadi anak2 yg soleh serta solehah :) aminnnnnn

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Ibu

    Amin amin
    Insyaallah kita dan zuriat menjadi anak2 yg soleh

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Cikgu Sonata

    Insyaallah
    diadakan tiap2 bulan

    memang tekejut..tak disangka-sangka
    terima kasih banyak2

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Ibu Guru

    moga2 dapat serpihan nyer (hafiz)

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Salam ieda

    kadang2 tak sedar dah akhir ceramah

    amin amin amin
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. salam tuan

    dulu sewaktu saya bergiat dalam taranum dan musabaqah, memang menjaga suara, namun bila dah 'bersara' pantang larang semua hilang. sampaikan nak bawakan lagu jiharkah pun dah tak boleh!!

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Iman

    adik muhammad tak makan apa2
    dia minum air maniral sahaja

    iman kena bergiat semula tu...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...