Bismillahirahmanirohim
Assalamualaikum
Pada hari Khamis minggu lepas, saya menghadiri satu kursus dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam, tentang Pengurusan Masjid/Surau, di Komplek Sukan Sri Siantan, Batu Cave.
Saya tertarik dengan kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustazah Zawanah dari Darul Quran, Jakim, bertajuk Pengurusan Konflik.
Disini sedikit sebanyak salinan nota yang disediakan untuk rujukan kita bersama. Kerana perkara konflik ini berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Pendahuluan
Konflik merupakan suatu yang semulajadi.
Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan, status atau kedudukan.
Meninggalkan kesan positif dan negetif.
Tidak perlu mengelak tetapi perlu menguruskannya.
Definasi Konflik
Bahasa
Pertentangan, percanggahan, perbezaan
Istilah
Satu proses dimana seseorang itu berubah dengan sengaja untuk menggagalkan usaha seseorang yang lain dengan cara menghalang. Tujuannya ialah agar orang itu merana. Kecewa didalam usaha untuk mencapai matlamat/untuk meneruskan kepentingan
Bentuk-Bentuk Konflik
1. Konflik Intra Personal : Konflik antara perbagai keperluan diri
2. Konflik antara Personal : Konflik antara seseorang dengan seseorang yang lain dan antara individu dengan kumpulan
3. Konflik antara kumpulan : Konflik berinstitusi dan konflik kemunculan
4. Konflik antara organisasi : Konflik antara organisasi dengan oerganisasi
Jenis Konflik
1. Suka suka : ( jawatan yang kita minat dan dekat dengan rumah)
2. Suka tak suka : (naik pangkat tapi kena tukar jauh)
3. Tak suka tak suka : (turun gaji atau notis berhenti)
Punca Konflik
Kebergantungan
Ketidak jelasan tanggungjawab
Persaingan mendapat sumber
Desakan untuk mendapat kuasa
Konflik yang berasaskan peranan
Perbezaan nilai dan kepentingan
Kesan Positif Konflik
Dapat memahami matalamat dan prestasi
Idea dan pendapat yang bernas
Meningkatkan kemahiran dan prestasi
Mengenalpasti masaalah yang wujud
Mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan
Kesan Negatif Konflik
Persaingan kurang sihat dikalangan ahli organisasi
Kewujudan masaalah dalam organisasi
Timbulnya perasaan dendam
Mengalami suasana tertekan
Strategi dan Teknik Pengurusan Konflik
Neutralisasi : Menjadi pihak lawan lumpuh, contoh paksaan, kompromi, pemedaman (diam), mengelak dan kepaksaan
Pengesahan : Pihak yang terlibat dalam konflik tunduk kepada campurtangan pihak ketiga, contoh, timbangtara, pendamaian, peringatan, perundingan dll
bersambung ke siri 2/2
Wassalam
salam
ReplyDeletehurm saya berhadapan dengan konflik sekarang..konflik nak kawen,,macam mana tu
salam,
ReplyDeleteKonflik nak sokong Malaysia atau Indonesia (konflikke?)....2-2 ok...tapi Malaysialah juaranya...kannn?
kadang2 konflik dengan abahnya @ anaknya...kalau dengan abah diam aje le ! kalau dengan anak - you do this - don't do this...ha3x..kadang2 mengalah jugak lah dengan anak2 ni...tak kena gaya saiko kang lain pulak jadinya
ReplyDeletesalam THR,
ReplyDeletekonflik suka tapi tak suka....tapi terpaksa jugak....alhamdulllah. Dah rezeki kan:)
ohh kisah konfic ni lagenda 1001 cerita rupernya...bagus2..cerah mata ne..
Waalaikumusalam Iman
ReplyDeletenak kawin
he he
jangan duk fikir sangat
ada jodoh...kawin la nanti
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Humairi
ReplyDeletekalau naik ke bulan
waktu solatnya ikut tempat pelancaran
tempat tinggal di Malaysia
kena sokong Malaysia ler
he he
terima kasih
Wassalam
Salam Cikgu Sonata
ReplyDeletebiasa ler suami isteri..ada sedikit konflik
dgn anak2....he he sekejab ajer
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ain
ReplyDeleteminta2 konflik yg suka dan suka
tak ada pening kepala...kan
terima kasih
Wassalam
Assallamualaikum Rozali,
ReplyDeletemama ni kalau boleh tak nak langsung konflik..kat tempat kerja, kalau rasa-rasa nak ada konflik..diam jerla...kat rumah kalau terserlah konflik ngan sapa2 aja..mama diam juga..better go to the kitchen n masak..
Umur macam ni mama dah letih ngan konflik..so kena cuba elakkan..sembang ngan pokok bunga..hik3
Waalaikumusalam Mama Nadz
ReplyDeleteAlhamdulillah
saya pun macam mama juga
dlm banyak hal, suka diam ajer
sronok pokok bunga tuuu
ada kawan bersembang..he he
terima kasih
Wassalam
salam atuk
ReplyDeletekonflik ?
ermm sya tak pasti jenis yg sedang di hadapi..
Waalaikumusalam Sayang Ibu
ReplyDeletejangan difikirkan sangat
buat2 lupa jer
jadi tiada konflik...
he he
terima kasih
Wassalam