Sunday, December 12, 2010

Selamat Bersara Kak Norhayati

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pada hari Jumaat, 4 Muharam 1432, bersamaan 10 Disember 2010
adalah hari terakhir Kak Yati dalam Perkhidmatan Awam
bersara pilihan setelah berkhidmat lebih kurang 30 tahun

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Kak Yati. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang

pesedian makanan



berselawat sempetana Maal Hijrah



masa untuk menjamu selera





masa bermesra dan bermaaf-maafan

sesi bergambar
kalau gunakan filem lagi, tak tahu berapa gulung filem habis

Mandi manda di tepi laut,
Terasa lapar makan kueh bahulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Pohon rambutan lebat berbuah,
Melepa hingga di tepi tangga;
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah berjumpa juga

Wassalam

12 comments:

  1. salam PhD,

    Selamat bersara Kak Nor.....
    selamat bertugas Atuk.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Ayahanda

    suasana pilu pd hari tu
    ayahanda lebih tahu, sebab dah alami....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam atuk

    atuk opsyen 55 atau 56 atau 57 atau 58

    ReplyDelete
  4. waalaikumusalam Pak Itam

    cuba yg lama dahulu
    kalau tak larat, bersara pilihan le

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. as salam ziarah atuk..semoga dia terus aktif dalam badan NGO kerana kepakarannya masih diperlukan oleh masyarakat di luar sana

    ReplyDelete
  6. As'salam..

    selamat bekerja atuk . wahhh!!! atuk segak bergayanya atuk.. nak wish jugak selamat bersara kak Noor..

    ReplyDelete
  7. selamat bersara Puan Nor. Tentu lepas ni tak payah lagi beliau mengharungi jalan yang jem kat kl ni.

    Kerja kerajaan ni bestkan..ashik makan ajer .

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Sahrom

    dia tak aktif NGO
    mukin jaga cucu ajer...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Amy

    dah tua nak bergaya apa... he
    terima kasih

    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Kak Ina

    tengah ada selera makan..
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam Rozali

    Nak ucap selamat bersara jugak kepada kak Yati,baru2 bersara mesti teringat2 rakan sekerja kan...

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ummiross

    pagi2 tadi dah talipon kawan baiknya
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...