Friday, April 26, 2013

Beijing 2013-1, Beurusan di Pengurup Wang

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Insyaallah malam ini, kami akan berlepas daripada KLIA, 27 April 2013 pukul 12.25 pagi menuju ke Beijing, China.
100 Yuan = RM49.80

Suasana sebegini mengambarkan betapa ramainya rakyat Malaysia yang mampu melancong ke luar negara.

Moga doa-doa daripada sahabat semua akan mempermudahkan semua urusan kami dan dijauhi segala bala.


Ketika Rasul saw. mengutus Mu’adz ke Yaman, Beliau bertanya: wahai Mu’adz, bagaimana caramu memberikan putusan/hukum? Mu'adz menjawab; aku memutuskan/menghukumi berdasarkan ketentuan dari Al-Qur’an. Lalu Rasul bertanya lagi: bagaimana kalau tidak ada dalam Al-Quran? Mu’adz menjawab, maka aku memutuskan berdasarkan Sunnah Rasul s.a.w. Rasul bertanya lagi: bagaimana bila tidak kau temukan dalam Sunnah Rasul ? Mu’adz menjawab: maka aku berijtihad berdasarkan pendapatku sendiri. Rasul bersabda: segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk/taufik kepada duta Rasul saw.

WASSALAM

Thursday, April 25, 2013

Kipas Gergasi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semasa menghadiri Majlis Walimah anak kawan ALK Koperasi kami di Dewan Seri Perkasa, Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Jalan Perkasa, Taman Maluri, KL. Sempat Solat Zohor di masjid ini.

Apa yang menarik perhatian saya adalah kipas angin siling, yang begitu besar di dalam dewan solat masjid ini. Saya anggarkan 10 kaki atau 12 kaki satu bilah. Terdapat tiga buah semuanya.





Aishah r.a berkata : saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda di rumahku ini  

Ya Allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umat Ku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umat Ku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya.

(Hr. Muslim)


WASSALAM

Wednesday, April 24, 2013

Pesedian Musim Bunga

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Antara yang dicadangkan oleh travel ialah baju panas. Kerana masa ini awal musim bunga, suhu dianggarkan antara 8°C hingga 25°C.


Hadis riwayat Abdullah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda:

Sesungguhnya akan muncul sepeninggalku sifat egois (pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri sendiri) dan beberapa perkara yang tidak kamu sukai. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang engkau perintahkan kepada seorang dari kami yang mengalami zaman itu? Beliau menjawab: Laksanakanlah kewajiban kamu dan mohonlah kepada Allah yang menjadi hakmu.

(Shahih Muslim No.3430)


WASSALAM

Monday, April 22, 2013

Penamaan Calon PRU 13 - Tidak Bertanggungjawab


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Keratan Akhbar Kosmo pada 21 April 2013

Gambar-gambar yang dihantar oleh sahabat



Kereta-kereta yang dimiliki oleh penyokong PR


Abu Ja’la (Ma’qil) bin Jasar r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

Tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat  kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya Surga.

(Buchary, Muslim)


WASSALAM

Friday, April 19, 2013

Selamat Hari Jadi Kak Yang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selamat hari ulang tahun kelahiran Kak Yang









Di gerai Western Foot, Cowboy Reataurant, Setiawangsa, Keramat.
keteranggan lanjut di sini




DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. 

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.




WASSALAM

Wednesday, April 17, 2013

Sate Kajang Hj. Samuri di Shah Alam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semasa berurusan dengan Al Mukminin Travel di Shah Alam tempoh hari, sempat singgah di Sate Kajang Hj. Samuri di Kompleks PKNS, Shah Alam.




Saya beri markah 3/5



Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”

Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.


WASSALAM

Tuesday, April 16, 2013

Sistem Elektronik di (eROSES)

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru sahaja balik daripada Jabatan Pendaftaran 
Pertubuhan Malaysia (eROSES), untuk daftar pengguna Sistem Elektronik. Ini adalah pertama kali daftar untuk Persatuan Jemaah Jabatan kami.

Insyaallah, selepas ini, minit mesyuarat agung tidak perlu dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Jalan Sri Hartamas.


Terima kasih layanan yang baik dan mesra daripada pegawai yang bertugas



Menentang penguasa yang tidak baik.

Daripada Ummu Salamah r.a (Isteri Nabi )Sabda Nabi Muhammad S.A.W:




"kelak akan memerintah pembesar-pembesar yang kebijaksanaanya ada yg kamu kenal baik dan ada yg tidak baik. Maka sesiapa membenci yang tidak baik lepaslah dia dari dosa, bahkan sesiapa yg mengingkarinya (membantah)selamatlah dia tetapi siapa yang rela bahkan mengikuti yang tidak baik berdosalah dia. Bertanya sahabat bolehkah kita bunuh mereka ? jawab Nabi tidak selama mereka masih melakukan solat.."

(1820 jilid 3 sahih muslim )




WASSALAM

Monday, April 15, 2013

Kuih Gulung

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari Ahad semalam tiada kemana, jemputan kenduri pun tak ada. Jadi kesempatan ini untuk membuat kuih dan kebetulan nak membalas sumbangan daripada jiran-jiran.








Bahan Untuk Adunan:

250gm tepung gandum

450ml air

sedikit pewarna hijau

150ml minyak masak

garam secukup rasa


Bahan Untuk Inti:

1 biji kelapa parut-putih

50gm gula merah

50gm gula pasir

1 helai daun pandan

100ml air

garam secukup rasa



Cara Membuat:

1. Inti: satukan air, gula merah dan gula pasir dalam kuali besar. Jerangkan hingga larut. Masukkan daun pandan, kelapa parut dan garam. Kacau sehingga kelapa agak kering kemudian sejukkan.

2. Adunkan tepung gandum, air, minyak masak dan garam sehingga sebati. Kemudaian masukkan pewarna hijau dan dikacau rata atau blend.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan hingga nipis. Apabila masak, angkat.

4. Bubuh sedikit inti kelapa di atas kuih tadi dan digulung dengan kemas.

5. Kemudian, kuih gulung siap untuk dihidangkan.





‘Aisyah r.a. Berkata : Rasulullah saw. bersabda

Jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang raja, maka diberinya seorang menteri yang jujur, jika lupa diingatkan, dan jika ingat dibantu. Dan jika Allah menghendaki sebaliknya dari itu, maka Allah memberi padanya ,menteri yang tidak jujur, hingga jika lupa tidak diingatkan dan jika ingat tidak dibantu. 

(Abu Dawud).



WASSALAM

Friday, April 12, 2013

Air Oh Air

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mulai pagi semalam kawasan perumahan saya terdapat gangguan bekalan air.


Tambah merunsingkan apabila terbaca dalam Harian Metro, gangguan ini berlarutan hingga 5 hari

Berita yang dilaporkan oleh Harian Metro 12 April 2013



Kesan Kekurangan Cecair

Kajian menunjukan kehilangan 2 % cecair badan boleh menyebabkan

1.   Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

2.   Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

3.   Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

4.   Tekanan darah menurun

5.  Jumlah oksigen yang sampai ke otak  berkurangan menyebabkan rasa mengantuk

6.   Lesu pada waktu siang

7.   Dehidrasi

9.   Sakit kepala

10.  Memperlahankan kadar metabolisma

11.  Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

12.  Sendi dan otot mengalami kekeringan

13.  Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

14.  Meningkatkan keinginan untuk makan

15.  Darah menjadi pekat

16.  Mudah keliru

17.  Dengupan jantung meningkat

18.  Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Sumber drp sini


Firman Allah swt.

"Allah menurunkan kepada mu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hati mu dan memperteguh denganya telapak kaki (mu)"

(Surah Al-An'am, ayat 99)


WASSALAM



Thursday, April 11, 2013

Gaji Pertama Abang Cik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sementara menunggu untuk melanjutkan pelajaran, Abang Cik kerja sementara di Wangsa Walk, bersama kawan-kawan sebayanya.

Gaji pertamanya tempoh hari, Abang Cik membelikan kasut untuk ibunya dan untuk saya dibelikan sehelai kemeja. Kami mengiyakan hajatnya kerana ingin mendidik Abang Cik supaya mengingati keluarga.



Ini Abang Cik punya

Rasulullah saw bersabda: 

Sesungguhnya manusia yang paling dicintai Allah pada hari Qiamat dan yang paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci Allah dan sangat jauh dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim. 

(Turmudzi)

WASSALAM

Wednesday, April 10, 2013

Kemahiran Mengasingkan Isi Kelapa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Bukan saya seorang sahaja yang terpegun melihat abang ini mengasingkan isi kelapa ke dalam bekas di Tesco Ampang.



Rasulullah saw bersabda kepada ka’ab bin ujrah
"Mudah-mudahan allah melindungimu dari para pemimpin yang bodoh (dungu)"

Ka’ab bin ujzah bertanya: apa yang dimaksud dengan pemimpin yang dungu wahai rasulullah saw?

Beliau menjawab
"Mereka adalah para pemimpin yang hidup sepeninggalku. Mereka tidak pernah berpedoman pada petunjukku, mereka tidak mengikuti sunnahku. Barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka ataupun mendukung atas kezaliman mereka, maka orang itu tidak termasuk golonganku, karena aku bukanlah orang seperti itu. Mereka juga tidak akan mendapatkan air minum dari telagaku. Wahai Ka’ab, sesungguhnya puasa adalah benteng, sedekah itu bisa menghapus kesalahan, sedangkan shalat adalah upaya mendekatkan diri kepada Allah, (qurban) –dalam riwayat lain burhan (dalil)- wahai ka’ab sesungguhnya tidak akan masuk surga selonggok daging yang berasal dari barang haram. Dan api neraka lebih berhak untuk melahapnya. Wahai ka’ab bin Ujrah, manusia terpecah menjadi dua golongan: pertama, orang yang membeli dirinya (menguasai dirinya), maka dia itulah yang memerdekakan dirinya.  Golongan yang menjual dirinya, maka dia itulah yang membinasakan dirinya sendiri"

(hr. Ahmad bin hambal)

WASSALAM

Tuesday, April 9, 2013

Lamb Kebab Sawarabina

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tengahari semalam pekena lamb kebab dengan air vimto di Sawarabina, Restoran Nasi Arab, Jalan Semarak. Sempena persaraan Tuan Haji Adam bin Haji Daud, PJK, mantan Setiausaha Jemaah Jabatan kami.




Nabi saw telah bersabda:

“ Sesungguhnya kamu akan menakluk di timur dan dibarat bumi. Semua pemimpin-pemimpinnya berada dalam neraka kecuali dia bertakwa kepada Allah dan yang memegang amanah.”

Hadis riwayat Ahmad daripada Mas’ud bin Qubaisah.



WASSALAM

Monday, April 8, 2013

Kawasan Pokok Kantan Semak

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kawan-kawan sepejabat tahu di belakang rumah saya ada pokok kantan. Hari Jumaat yang lepas mereka minta bunga kantan untuk membuat nasi kerabu di pejabat hari ini, ada sedikit majlis.


Memang dah lama tak membersihkan kawasan di belakang rumah tu, dah semak samun. Ada hari yang lapang sedikit, hujan pula.

Hasil kutipan semalam


Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda

Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. 

(Buchary, Muslim)



WASSALAM

Thursday, April 4, 2013

Penyerahan Pasport

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Persediaan awal, menyerahkan pasport kepada Al Mukminin Travel untuk tindakan selanjutnya


Ada sesiapa yang pernah berurusan dengan travel ini, boleh berkongsi dengan saya


Kriteria Pemimpin Dalam Islam (1-10)

1.    Mengajak Bertaqwa Kepada Allah

“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah.” 
(Al-Anbiya’: 73)

“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.” 
(As-Sajdah: 24)



WASSALAM

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Dibubarkan - 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Yang ditunggu-tunggu telah tiba

Bermakna Pilihanraya kali ke 13 akan berlangsung

Rasulullah s.a.w Bersabda :

" pemimpin yang baik adalah pemimpin yang kamu kamu menyayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu, kamu mendoakan mereka, dan mereka juga mendoakan kamu. Pemimpin yang buruk adalah pemimpin yang kamu membenci mereka, mereka juga membenci kamu, kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu. Baginda S.A.W ditanya : " Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?" Jawab baginda S.A.W : " Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang dikuasai penguasa, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, dia hendaklah membenci maksiat tersebut namun jangan mencabut tangan dari ketaatan." 

(H.R.Muslim)

WASSALAM

Tuesday, April 2, 2013

Mesyuarat Agung Khas Pencalonan STP

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, kerana STP telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa pada hari ahad yang lepas.

Mesyuarat berjalan lancar dan teratur, mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh JAIS. Mesyuarat ini hanya berdasarkan kepada cadangan dan sokongan pencalonan daripada ahli kariah dan tiada proses pengundian dijalankan

AJK lama masih kekal disamping terdapat 4 orang muka yang baru.

Sekarang ini menunggu keputusan pengesahan daripada JAIS yang akan menentukan/memutuskan AJK yang baru.




Abdullah bin ‘amru bin al ‘ash r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: 

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil, terhadap keluarga dan apa saja yang diserahkan (dikuasakan) kepada mereka. 

(muslim)


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...