Thursday, September 30, 2010

Kunjungan Adik Adik serta keluarga dan Jemaah STP

Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
Sebelah petang tadi menerima kunjungan kekawan blog dan jiran tertangga
malam minggu 25 September pula, menerima kunjungan adik adik serta anak anak saudara. Semasa hari raya tempuh hari ada yang belum bersua muka dan bermaaf maafan, kerana berselisih beraya di mertua masing masing.

Selepas Isyak, saya menjemput jemaah STP pula untuk beraya

sebelum itu bacaan Yasin yang ketuai oleh Imam 1 STP
tujuan untuk sama sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan memperolehi kejayaan yang cemerlang bagi anak anak saya untuk menduduki PMR dan SPM pada tahun ini

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.
Adik yang akhir sekali balik dah hampir pukul 12.00 malam. kemudian kemas kemas sedikit, kerana pagi esok rumah saya menjadi tuan rumah pula untuk jamuan raya taman pada tahun ini.

Wassalam

Tuesday, September 28, 2010

Kunjungan Yang Dinanti, Kak Tun (BHS) dan Kak Azlina

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Berbesar hati atas kunjungan keluarga Kak Tun
boxhousestudio, pada hari sabtu yang lepas. Sedang bercerita di porch bersama Kak Tun, semasa hubbynya parking kereta. Muncul yang dinanti, Kak Azlina berdua dengan anaknya. Kak Tun dan Kak Azlina mukin telah bermesra di alam maya melalui PDKM, tapi baru pertama kali bersua di rumah saya, Alhamdulillah

Maaf ya, bersila atas lantai sahaja, tiada kerusi empuk
maaf juga isteri saya tidak dapat turut serta pada hari tu kerana menurut perintah

Terima kasih Kak Tun, moga bisnes lebih maju

Terima kasih Kak Azlina, ramai puji kueh seri muka tu sedap
Moga allah berkati serta berpanjangan ukhwah kita semua
Wassalam

Monday, September 27, 2010

Kak Sidah, Kekawan Bloger yang Pertama Bertandang Ke Rumah

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Ahamdulillah, 25 September hari Sabtu yang lepas Allah beri kesempatan menyediakan sedikit juadah untuk adik adik, kekawan blog, jiran dan keluaraga masing masing serta jemaah surau.

Saya menghargai Kak Sidah yang menjadi orang pertama diantara kekawan bloger yang datang ke rumah saya, bersama hubby dan anaknya. Isteri saya mohon maaf kerana tidak dapat memuliakan tetamu pada hari, maklumlah anak buah kena ikut kata boss

terima kasih Kak Sidah, lain kali sudi sudikan datang lagi
moga Allah perkukuhkan ukhwah yang terjalin

Wassalam

Friday, September 24, 2010

Orang Bota Oder Piza

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Bila melihat klip video ini, saya tersenyum sendiri dan teringat semasa kecil kecil dahulu, mendengar perbualan orang tua tua. rasa terhibur mendengar perbualan mereka dengan lorat Perak

sekarang ini di kampung saya dah payah nak mendengar lorat macam ni lagi. Mukin daerah Perak Tengah masih terdapat mereka yang boleh bercakap lorat begini

ini sebagai hiburan, selepas pergi beraya atau balik dari majlis perkawinan

Wassalam

Wednesday, September 22, 2010

mualaf

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

STP telah menjalankan aktiviti pengIslaman semenjak empat lima tahun yang lepas. Lebih kurang 60 orang telah memeluk Islam secara sukarela. Diterokai oleh Ustaz Yusuf seorang berbangsa Cina yang telah memeluk Islam lebih awal, membawa kebanyakannya berbangsa Cina untuk diIslamkan di STP.

Ketua Iman memberi sedikit sebanyak peneranggan prosedur pentadbiran mengenai penukaran agama untuk setiap orang muaalaf mengambil tindakan susulan.

Alhamdulillah, malam tadi seorang berbangsa Cina telah melafazkan syahadah. Beliau memilih nama Islam sebagai Harun Inn bin Abdullah. Moga beliau senantiasa dalam perlindungan Allah serta menjadi insan yang soleh.

Wassalam

Monday, September 20, 2010

Seronok Berhari Raya di Rumah Kak Sidah

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

"Salam Atuk, pagi sok nk raya umah Kak Sidah, mau join, tgu petronas pasar borong jam 10am, AZ jg ada", ayat sms daripada seorang sahabat yang dibaca semalam, pagi minggu

Alhamdulillah, kami tiada ke mana mana pada pagi itu, lagipun AZ yang dari jauh datang, kan kami yang dekat ni tak datang... Sebagaimana yang dirancang, Taj dan Tikah dah sedia menanti, cuma tunggu Syima dan Hanis belum sampai lagi. Dalam perjalanan ke rumah Kak Sidah, AZ menalefon saya, saya maklumkan sekejap lagi kami sampai

Kami disambut oleh Kak Sidah dan suami serta AZ dengan penuh mesra dan riang, dimeriahkan lagi dengan kedatangan Hafez yang pertama kali saya bersua. Bercerita dan berceloteh sambil menjamu selera, lontong air tangan Kak Sidah, enak....

Terima kasih Kak Sidah dan hubby, moga dimurahkan rezeki serta kesihatan yang baik untuk beramal dengan lebih sempurna

Wassalam

Saturday, September 18, 2010

Aidil Fitri 1431

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pada tahun ini kami beraya di KG, kampung halaman saya
kebiasaannya kami bergilir gilir menyambut raya pertama antara kampung saya dengan isteri saya, begitu juga dengan keluarga adik adik saya, kecuali adik yang bungsu masih bujang lagi.
Acara pertama dipagi raya ia lah sarapan sedikit, mengambil sunah, kemudian solat sunat Aidil Fitri, selapas tu, terus menziarah kubur yang terletak bersebelahan masjid sahaja, makam Allahyarham bapa dan Allahyarhamah opah yang bersebelahan sahaja

Selepas dari kubur, kami balik kerumah dan membuat tahlil arwah untuk dihadiahkan kepada mereka yang telah pergi dahulu, moga Allahyarham2 diampunkan dosa, lapangkan dikubur serta diteranggi kubur mereka dengan cahaya Syurga, Amin

Kemudian acara bermaafan mengikut pangkat dalam keluarga sambil menyumbang duit raya

beratur untuk bersalam salaman

Ini baru tujuh keluarga sahaja, empat keluarga lagi beraya di kampung mertua masing masing

sebahagian daripa cucu cucu...dimana opahnya...tengelam dalam rimbunan cucu

Keluarga bertaqwa...Insyaallah....Amin

Wassalam

Wednesday, September 15, 2010

cenderahati daripada Ayah Zain

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Terima kasih yang tak terhingga kepada Ayah Zain
tuan punya blog ceriakan hari-harimu
atas ucapan dan cendera hati yang dikirimkan kepada saya

Penghargaan yang besar buat saya
Moga ditambahkan rezeki untuk mempermudahkan membuat amal ibadah


semoga ukhwah berkekalan

Wassalam

Tuesday, September 14, 2010

Broadband oh Broadband

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Balik raya tu hari penuh satu kereta dengan anak beranak, pakaian, kelengkapan raya dan buah tangan untuk kedua orang ibu, serta sebuah broadband. Mengharapkan akan menziarah ke teratak kekawan untuk beraya di alam maya dengan satu N3 yang direka hkas (berkongsi adia dengan shehk google) untuk kekawan

apakan daya, hampa kecewa, ber akhtifar banyak banyak
line 0, mukin sebuk atau sesak atau jem, macam jalan raya juga
tunggu punya tunggu, Alhamdulillah dapat siarkan N3 kad raya
tapi tak dapat nak menziarah kekawan
kita yang merancang Allah yang menentukan


Wassalam

Alhamdulillah, Dipermudahkan Dalam Perjalan Kami

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah
Syukur kepada Allah, kami telah selamat sampai ke KL semula
dengan selamatnya serta dipermudahkan dalam perjalan,
tidak mengalami kesesakan lalulintas.
cuma mengalami kesesakan pada hari raya kedua,
ia itu dari kampung saya, Kampung Gajah ke Kuala selangor
menuju ke rumah mertua.
Mengalami jem lebih setengah jam di Tanjung Karang.
Itupun disebabkan lampu isyaratnya tidak periktikal
timernya untuk musim perayaan sebegini.
Pendapat saya, yang berkenaan dengan lampu isyarat ni
kena perihatin atau buat kajian semasa musim perayaan sebigini.
laluan daripada sebelah (taman kecil) lengang,
sedangkan laluan utama ni jem giler, hijaunya sekejap ajer,
nak dilanggar lampu merah, takut ada penunggu dihadapan,
nanti tak tentu pasal duit melayang.
Ini lunggukan kain bahana 4/5 hari tidak dicuci.
Mahu jugak 4/5 kali mesen ni, mengeluhlah mesen kain macam ni.
Selalunya sikit sikit basuh di kampung,
tapi raya tahun ni cuaca tidak menentu, mendung hujan ajer.
Kampung saya pagi raya hujan.

Wassalam

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

kad ini sebagai penganti diri untuk menziarahi
ke rumah teman teman blogers
bertujuan mendoakan agar Allah menerima segala amalan kita
didalam bulan Ramadhan Al Mubarak
serta memperolehi Rahmat Allah SWT dan
Syafaat daripada Nabi Muhammad SAW

Ucapan tulus ikhlas Selamat Hari Raya
untuk dakapan khas kepada semua pengunjung
yang tidak jemu jemu menziarah ke teratak Pahala Hindari Dosa
serta meninggalkan komen.
Terima kasih atas ukhwah yang termeterai.

Moga di Aidil Fitri ini Allah senantiasa memelihara kita
supaya berada didalam fitrah (seumpama bayi yang baru lahir),
kerana keikhlasan kita dalam bulan Ramadhan yang baru berlalu

Wassalam

Thursday, September 9, 2010

Alhamdulillah, Selamat Sampai di Kampung

Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
Alhamdulillah
atas doa dan ingantan kekawan
kami sekeluarga telah selamat sampai di kampung ku
jalan pun agak lancar
empat adik saya serta keluarga masing masing telah sampai lebih awal
lemang ni adik ipar daripada nogori yang buat
rendang daging untuk cicah lemang

Wassalam

Wednesday, September 8, 2010

Persediaan Balik Kampung

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Insyaallah
saya akan mula bercuti mulai hari khamis
tahun ini agak lewat sedikit bercuti, kerana anak sulang dah mula bekerja
dan dia dibenarkan bercuti oleh majikannya mulai khamis.

Anak yang di materikulasi Banting akan mulai kuliahnya pada hari rabu hadapan
dengan itu kami akan kembali ke KL semula pada hari selasa.

Pesedian dan mengemas serta menyusun pakai untuk dibawa ke kampung
ini dilakukan lebih awal supaya tidak ada yang tertinggal
al maklumlah keluarga saya ramai.

Insyaallah, kita akan bersiar daripada kampung masing masing.

Wassalam

Tuesday, September 7, 2010

Hadiah Daripada Pn Norhayati Karim

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Menjunjung perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya adalah kewajibpan dalam agama. Islam menyeru umatnya agar memperbanyakan amalan yang menjurus ke arah kebaikan sebagai bekalan di Akhirat kelak. Amalan itu juga menjadi benteng menghindarkan kita daripada terkena bala yang telah diturunkan Allah SWT kepada hambaNya yang derhaka.

Dari itu, hayatilah suruhan 'Amal makruf dan nahi mungkar' agar kita tidak dipengaruhi syaitan yang senantiasa mencari peluang membawa kepada kesesatan. Dalam era moden, ramai manusia yang lalai dan leka terhadap tuntutan agama. Mereka tersasar jauh dari landasan, mengharap dan menanti agar pada suatu hari akan sampai Hidayah dari Tuhan.

Semoga buku ini dapat menghindari kita dari terkena bala atau sebarang bencana, sama ada di dunia mahupun di Akhirat kelak, Insyaallah.

Demikianlah kata kata penghantar buku '15 AMALAN PENOLAK BALA'

buku ini dihadiahkan oleh Puan Norhayati bt Karim, rakan sepejabat yang akan bersara pilihan pada bulan Januari 2011 nanti

Moga Allah senantiasa memelihara beliau serta sihat walafiat supaya dapat beramal dengan lebih selesa dan khusyuk

Wassalam

Sunday, September 5, 2010

Orang Memberi Kita Merasa 2

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Allah telah berjajnji
tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah

renunggan:
kita tidak pernah berjumpa lagi orang yang bersedekah/derma/infak itu
jatuh miskin/papa/fakir

Wassalam

Friday, September 3, 2010

Orang Memberi Kita Merasa

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setiap tahun menjelang Syawal
isteri saya Insyaallah dapat buah tangan
berbentuk kuih raya
yang disumbangkan oleh kekawan sepejabatnya

memang betul kata pepatah Melayu
ringan tulang berat perut

orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa

terima kasih daun keladi
moga berlipat ganda rezeki mereka yang pemurah itu

Wassalam

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI ULANG TAHUN UNTUK TAJ

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum
Diharap dapat mengembirakan seorang teman
dengan sebaris ucapan
sempena ulang tahunnya pada hari ini 02 September
dangan iringan doa
moga dipanjangakan umur, dimurahkan rezeki, sihat waalfiat
supaya dapat mengerjakan ibadat denga penuh selesa dan khusyuk
dipermudahkan segala urusan untuk di dunia dan di akhirat
Amin........amin........amin..........

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...