Friday, August 22, 2014

Solat Jenazah Ghaib (MH17)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alhamdulillah, selapas Solat Jumaat tadi dapat menunaikan Solat Jenazah Ghaib untuk Allahyarham Allahyarhamah penumpang dan krew MH17.

Usaha yang murni daripada pejabat agama mohon semua masjid melakukan Solat Jenazah Ghaib ini selepas Solat Jumaat.

Moga amalan kita semua diberkati oleh Allah


Cara solat ghaib:
1. Sama je dengan cara solat jenazah biasa, cuma niat sahaja ubah sikit. Tambah "yang ghaib ini".
2. Mengadap ke arah kiblat
"Sahaja aku solat ke atas mayat (lelaki/perempuan) yang ghaib ini, empat takbir fardhu kifayah (sebagai imam/makmum, kalau solat jemaah) kerana Allah"

Dalil solat ghaib:
Dari Abu Hurairah ra berkata: 
"Bahawa seorang berkulit hitam yang biasa menyapu masjid, suatu hari Rasulullah saw merasai kehilangannya (tidak melihatnya). Lalu baginda bertanya kepada sahabat, para sahabat menjawab "Dia sudah meninggal dunia". Rasulullah saw bersabda "Mengapa kamu tidak memberitahuku?" Kemudian baginda menyambung "Tunjukkan aku di mana kuburnya". Setelah ditunjukkan, baginda mensolatkannya (di tepi kuburan itu) kemudian bersabda "Sungguh kuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab solatku ke atas mereka"
[Riwayat Muslim, Sahih Muslim, no 1588]

Dari Abu Hurairah ra katanya: 
"Pada hari kematian Raja Najasyi (raja Habsyah), Rasulullah saw mengumumkan kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda bertakbir empat kali (solat ghaib)"
[Riwayat Muslim, Sahih Muslim, no 951 dan Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, no 1188]

Sa'id bin Al-Musayyab berkata "bahawasanya Ummu Sa'din meninggal ketika Nabi saw tidak ada. Sekembalinya baginda, beliau bersolat bagi jenazah itu padahal telah berlalu sebulan lamanya"
[Riwayat at-Tirmidzi]



WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...