Wednesday, October 31, 2012

Sangkar Burung Di Tepi MRR2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apabila melalui Jalan Lingkaran Tengah 2, berhampiran Bandar Tasik Selatan, kita akan melihat pembenaan tiang talian elektrik.


semasa melalui kawasan ini saya terperasan macam sangkar burung di sangkut pada tiang tiang talian ini. Tak tahu apa yang mereka buat.....




Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada hadis Anas bin Malik, katanya:

“Nabi saw adalah seorang yang paling baik akhlaknya dan aku punyai seorang saudara yang dipanggil Abu Umair, aku mengira dia seorang budak yang sudah berhenti susuan, dan apabila Nabi saw datang, Baginda akan bertanya:
 Wahai Abu Umair, apa yang telah dilakukan al-Nughair?” Nughar (sejenis burung kecil) yang dimain oleh Abu Umair…” 
Al-Hafidz Ibn Hajar di dalam Syarhnya kepada Sahih Al-Bukhari “Fath Al-Bari” ketika menyebut beberapa faedah dari hadith ini berkata: “pada hadith ini adanya keharusan seorang budak bermain dengan burung, harus ibu-bapa meninggalkan anak kecil mereka bermain dengan apa yang diharuskan mereka bermain, harus menafkahkan sejumlah harta untuk keseronokan anak kecil dari perkara-perkara yang harus dan harus mengurung burung di dalam sangkar atau seumpamanya.”

(Fatwa al-Lujnah al-Daimah, 13/38-40)


WASSALAM

Tuesday, October 30, 2012

STP Qurban 1433H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, Syukur Ibadat Qurban di STP berjalan lancar.


Tahun ini cuma 10 ekor lembu sahaja untuk di Qurbankan...Alhamdulillah

Seperti biasa, kami memohon bantuan dan kerjasama daripada pihak Bomba untuk melicinkan acara dan memeriahkan suasana.

Menggunakan lori untuk menumbangkan lembu

Takbir sambil menyembelih

Khidmat Bomba






Menggunakan mesin pemotong untuk memotong tulang

Bahagian dapur sebuk menyediakan masakan

Bahagian menimbang dan agihan



Bahagian memproses bahagian perut

Ini untuk saya....ha ha

Sebelum Solat Zohor sudah sedia mengagihkan daging...Alhamdulillah


Sikap saling memberi juga melahirkan kasih sayang sekalipun pemberian itu kecil, kerana pemberian yang kecil atau sedikit bukanlah suatu kehinaan di sisi Allah, bahkan ia akan tetap mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripadaNya.

Perkara yang penting bahawa pemberian itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana ikhlas itu roh pemberian. Pemberian yang tidak ikhlas dalam makna berpura-pura atau riya’ adalah tidak berguna. Perkara pemberian walau kecil itu disebut melalui sabda Baginda:

“Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing”

(Hadis riwayat Muslim)



WASSALAM

Monday, October 29, 2012

STP Hari Raya Aidil Adha 1433


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

STP telah menjadi kebiasaan menerima jemaah daripada anak cucu kariah yang telah merantau dan pulang semasa perayaan untuk menziarah dan mengeratkan silatulrahim antara keluarga.

Menjadikan STP penuh sesak walaupun jemaah biasa ada yang dah pulang ke kampung.


Gambar-gambar suasana Solat Sunat Aidil Adha di STP










Kebiasan, selepas Solat Sunat Aidil Adha, STP edarkan kupon Qurban



Menjaga Imej Agama

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? "

Riwayat at-Tabrani



WASSALAM

Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha 1433H



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




WASSALAM

Wednesday, October 24, 2012

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang mengerjakan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan Haji, disunatkan puasa hari Arafah.



Kelebihan/fadhilat puasa hari Arafah


Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda saw. bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Didalam riwayat lain Nabi saw. bersabda
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya”
(Hadith riwayat Tirmidzi)


Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah
(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Sabda Rasullullah S.A.W lagi:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para Malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-

1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”


Nabi s.a.w. bersabda;
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim).


Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.
Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”
(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). 




Niat puasa hari Arafah cukup dengan hanya

"Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Taala"


Insyaallah
kita berpuasa Sunat Arafah pada hari esok
Khamis, 9 Zulhijjah 1433 (25 Okt 2012)



WASSALAM

Monday, October 22, 2012

Persedian STP Untuk Ibadah Qurban 1433H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam jemaah STP mengadakan gotong royong persedian untuk melakukan Ibadah Qurban bagi tahun 1433H.
Insyaallah pada tahun ini cuma 10 ekor lembu yang akan di Qurbankan.

Mengasah peralatan untuk melapah dan memotong daging

Menggali lubang untuk sisa buangan

Peralatan lain untuk Ibadah Qurban

Insyaallah, STP akan mengadakan Ibadah Qurban pada hari sabtu, 27 Oktober 2012


Sabda Nabi saw.

"Sesiapa yang ada kemampuan untuk melakukan Qurban, akan tetapi tidak melakukannya, maka jangan dia hadir ke tempat sembahyang kami."

(Hasan. Al-Albani di dalam Sahih al-Targhib, Hadith dari Abu Hurairah)

WASSALAM

Friday, October 19, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Ayang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة







HADIS MENGENAI WANITA

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, Malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat akan suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



Doa untuk isteri

"Ya Allah limpahkan kebahagiaan untuk istri kami yang telah mengorbankan hidupnya untuk suami dan anak-anaknya. Muliakanlah dirinya disetiap tetes keringat dan airmata yang mengalir. Berikanlah kedamaian hati atas kesetiaan dan pengabdiannya menjadi pahala yang mengantarkan menuju surga Mu yang terindah disisi Mu."


WASSALAM

Wednesday, October 17, 2012

Penyerahan Zakat Perniagaan KJUDPM 2012



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tengahari semalam menghadiri Majlis Penyerahan Zakan Perniagaan Koperasi dan Penyerahan 22012, di Hotel Sunway Putra, KL
Tetamu Kehormat, Y.B. Jamil Khir


Pengerusi KJUDPM menyerahkan replika cek kepada Pengerusi MAIWP

Penyerahan dan penerima zakat


Kaya Harta VS Kaya Jiwa

Daripada Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah saw bersabda :

“Kaya itu bukan kerana banyak harta melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup yang ada).”

 (Hadis sahih riwayat Muslim)


WASSALAM

Tuesday, October 16, 2012

Roti Canai Asam Pedas



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setelah selesai bengkel pada malam kedua, kira-kira pukul 11.30 malam, kami berenam pergi ke Pasar Borong Melaka, Batu Berendam. Tujuan untuk menikmati roti canai dicicah dengan asam pedas.



 Ikan kembong RM5.00, daging tetel RM5.00 dan ikan parang RM6.00

 Diisi dalam periuk tanah, Oooooooo....masih mengelegak lagi

 Pertama kali saya mencuba menu ini

!!!!!!!marvelous!!!!!!


Sabda Rasul saw.


“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah,
jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah.
Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan.
Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan.
Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. 

(riwayat Ahmad)





WASSALAM

Monday, October 15, 2012

Muzium Kapal Selam, Melaka



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 adalah buatan Perancis, dibina oleh Arsenal de Cherbourg pada tahun 1978 dan siap sepenuhnya pada 1979.

Dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kemudiannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu pelancongan di negeri ini.

Di bawah "Project Ouessant Malaysia", seramai 156 krew pelatih TLDM terlibat dalam latihan menggunakan SMD Ouessant, yang berakhir secara rasmi pada 11 Julai, 2009. 
Ini adalah misi latihan terakhir buat SMD Ouessant.

Projek membaikpulih SMD Ouessant bermula secara rasmi pada 30 Okt, 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 Oktober, 2005 dan memulakan misi latihan di laut bagi melatih kesemua krew kelas Perdana Menteri mulai 21 November, 2005 sehingga selesai pada 9 Julai 2009.

Panjang 67.57 meter, Tinggi 11.75 meter, Lebar 6.5 meter 
(Sumber dari Sinar Harian 18 April 2012)

Muzium Kapal Selam ini terletak di Muzium Maritim, berdekatan Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang, Melaka


Kesempatan yang ada semasa menghadiri bengkel koperasi minggu lepas. Kami merancang untuk melawat Muzium Kapal Selam.

Tapi nasib kami kurang baik kerana muzium sedang dalam kerja-kerja menaik taraf

Maklumat daripada pekerja di situ. Proses membuat 2 pintu masuk sebelah sisi kapal, untuk memudahkan pelawat masuk sendiri ke dalam kapal dan akan diadakan pakej bermalam di dalam kapal.





projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu Kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan. (BH 13/11/11)


 Dan kalau siap sepenuhnya nanti, kompleks Muzium Maritim di Melaka nanti mungkin akan kelihatan seperti bayangan di atas ni. Nampak gah jugak ye? 
Sumber : sembangbincang



Firman Allah swt.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

(Al-Hadid : 20)



WASSALAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...