بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Setelah selesai bengkel pada malam kedua, kira-kira pukul 11.30 malam, kami berenam pergi ke Pasar Borong Melaka, Batu Berendam. Tujuan untuk menikmati roti canai dicicah dengan asam pedas.
Ikan kembong RM5.00, daging tetel RM5.00 dan ikan parang RM6.00
Diisi dalam periuk tanah, Oooooooo....masih mengelegak lagi
Pertama kali saya mencuba menu ini
!!!!!!!marvelous!!!!!!
Sabda Rasul saw.
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah,
jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah.
Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan.
Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan.
Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”.
(riwayat Ahmad)
WASSALAM
Assalammualaikum atuk..
ReplyDeletemenariknya roti canai cicah asam pedas.
biasanya cicah kari je kan.
salam atuk...
ReplyDeletepertama kali tgk menu mcm tu...biasa roti canai kuah sardin
Assalamualaikum Atuk...
ReplyDeleteBagi kakcik, roti canai yang sedap adalah yang tidak liat. :)
Roti canai kalau orang Melayu yang buat terasa lemak2 dan manisnya. Cicah dengan asam pedas belum pernah cuba, nampak gayanya kena pergi Melakalah.
ReplyDeleteassalamualaikum atuk...betul tu memang asam pedas kat Pasar Borong tu memang sedap sebab mama dulu pernah dok Melaka die org ckp sedap...:)
ReplyDeleteassalammualaikum atuk,
ReplyDeleteMak ai sodapnya atuk, agak2 kalau ada depan mata , terbuka x selera makan saya hu hu..
KAMI DI MELAKA SANGAT BIASA (SAYA LA ) MAKAN ROTI CANAI DGN ASAM PEDAS....SEDAPPPP!
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteKat Melaka ye... Kat Klebang pun Ada gerai roti canai asam pedas tetel, ikan duri, kembong Dan pari..
Atuk kena Cuba mee bodo kat tengkera, kena Pegi pagi2.. Laju jer abesnya.. Mlm dia jual mee lambong.. Perghhh.. Ckp pasal mkn kat Melaka rasa esok juga nak balik kampung.. Hehe
salam sejahtera
ReplyDeleteWah tak pernah cubalah.
Saya baru belajar masak asam pedas terubuk yg masak sampai tulangnya hancur, tentu sedap kalau mkn dgn roti canai!