Saturday, September 29, 2012

Perjumpaan Blogger Luah Fikiran Ke 2 - Terima Kasih Kita kita


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah
Syukur kepada Allah
kerana Allah telah memberi kelapangan kepada kita semua untuk menghadiri satu perjumpaan blogger di rumah Dato' LF, tuan punya blog LuahFikiran.....Mari Kita, pada 23 September 2012 yang lepas.

Antara gambar-gambar yang menunjukkan keikhlasan antara kita menuju memartabatkan ukhwah. Moga Allah merestui pertemuan kita ini.

#gambar-gambar daripada blog kawan-kawan#






 Keistimewaannya dapat solat  Zohor berjemaah








Larangan Menyombong Diri

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. 

Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,
”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.

Riwayat Muslim


WASSALAM

Friday, September 28, 2012

Sumbangan Untuk Bakal Haji 1433 di STP


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

STP semalam terpilih menjadi tuan rumah untuk Majlis Penyerahan Sumbangan kepada bakal-bakal Haji 1433 bawah kariah Majsid AU5

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak dan YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang


Sumbangan yang diterima oleh bakal haji ialah wang sagu hati, kain ikhram untuk jemaah lelaki dan telekung untuk jemaah perempuan 


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang amal yang paling utama,

jawab Baginda :
"Beriman kepada Allah."

Kemudian apa? tanyanya pula ,
jawab Baginda
"Berjihad pada jalan Allah."

Kemudian apa? tanyanya pula :
jawab Baginda
" mengerjakan haji yang mabrur."

Hadis sahih riwayat Muslim


WASSALAM

Wednesday, September 26, 2012

Perjumpaan Blogger Luah Fikiran Ke 2 - Terima Kasih AJK



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Perjumpaan blogger Luah Fikiran kali ke 2 di Musallah Ehsan, jalan 3/6F, Bandar Baru Bangi. Di rumah Dato' LF, tuan punya blog LuahFikiran.....Mari Kita. Adalah dianggap berjaya. Telah mengumpulkan 36 orang blogger.

Ini adalah antara usaha-usaha AJK yang telah berkerja keras sebelum dan selepas pertemuan pada 23 September 2012, hari Ahad yang lepas.

Terima kasih banyak-banyak AJK semua
antara mereka ialah

Kak Cik

Azie

 Ayu


Nabi s.a.w bersabda:

“Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”

HR: Bukhari dan Muslim

WASSALAM

Tuesday, September 25, 2012

Sambal Petai Jawa / Belalang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Di kampung saya panggil petai jawa dan 
setengah tempat panggil peta belalang
Orang kampung tak pandang petai ni
mereka biar begitu aje, tua sampai warna hitam

Hari Sabtu lepas saya balik ke kampung
kebetulan buah petai jawa ni banyak
petik-petik, bawa ke KL

Semalam dijadikan sambal petai untuk menu makan malam


Sambal petai jawa/belalang

Hidangan berbuka semalam


Resepi Sambal Petai Jawa/Belalang

Petai dikopek

Belacan, garam, cili api ditumbuk lumat
Masukkan kelapa parut - tumbuk
perahkan limau nipis/limau kasturi - tumbuk/gaul
kemudian bahan tadi digaul dengan petai jawa
dah boleh dihidang


Membantu Isteri


Marilah bersama mencontohi sikap seorang lelaki yang paling agung di dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Lelaki tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Rasulullah SAW. Baginda menolong para isterinya di dapur, malah  Rasulullah SAW.  menjahit sendiri kasutnya yang telah terkoyak. Ingatlah pesanan  Rasulullah SAW.  di dalam hadis ini:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah SAW. pernah bersabda;

“Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik terhadap istrinya”

(HADITH RIWAYAT At-Tirmidzi)



WASSALAM

Monday, September 24, 2012

Perjumpaan Blogger Luah Fikiran ke 2 - Terima kasih Dato' LF


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pertemuan blogger Luah Fikiran (cadangan saya) kali ke 2, di Musallah Ehsan, jalan 3/6F, Bandar Baru Bangi. Di rumah Dato' Abdullah atau nama glamournya Dato' LF, tuan punya blog LuahFikiran.....Mari Kita. Pada 23 September 2012 (Ahad)

Terima kasih banyak-banyak Dato' LF
sebagai tuan rumah

Syukran Datin...
Sudi menerima kami sebagai tetamu
Moga Allah kurniakan kesejahteraan kepada Dato' dan Datin
agar dapat menjalani ibadah dengan sempurna

 kemudahan semua lengkap

 kawasan yang lapang

menenangkan fikiran, dikelilingi dengan kehijauan


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW. bersabda: 
“Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaknya ia menghubungkan tali kekerabatan.” 

Riwayat Bukhari.



Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


WASSALAM

Friday, September 21, 2012

Pohon Doa Untuk Kesejahteraan Ijam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Perkenalan dengan CL bermula daripada alam maya melalui PDKM
Kemudian menjalin ukhwah antara follower
serta adik CL bernama Ijam

Photo: Malam ni dgn Ijam di ward, mohon doa kan adik cl yer
Dapat berita melalui FB
terkejut dengan perubahan fizikal Ijam yang
kurus dan pucat


Pernah datang ke rumah saya tahun lepas
kerana menghantar pesanan Air Zam Zam

Mendengar cerita Ijam
Pada bulan April, mengalami demam tiga minggu berterusan. Bermula daripada situ, Ijam selalu berulang alik ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan. Baru-baru ini Ijam disahkan oleh doktor mengidap kanser daging dalam perut.

Semalam saya berkesempatan melawat Ijam di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Keadaannya masih kurus, pucat dan perutnya buncit.
Terpapar keceriaan di wajahnya apabila ada yang melawat

Daripada HKL, saya terus ke HERO Supermarket, Wangsa Maju, Seksyen 5, untuk membeli buah durian belanda. Kerana sudah lima hari Ijam tak dapat stok buah durian belanda. Alhamdulillah, ada rezeki Ijam. 


Pahala Menjenguk Orang Sakit 

Selain mendapat pahala sunnah kerana menziarahi orang yang sakit itu, di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu keafdhalan melawat atau menziarahi orang sakit, iaitu: kita didoakan kesejahteraan oleh para malaikat, pagi atau petang. Oleh kerana malaikat itu orang yang terhampir pada Allah (a.w) dan mereka makhluk yang tidak melakukan dosa dan sentiasa taatkan Allah (a.w) sudah pastilah doa malaikat itu mustajab:

Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 
‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjenguknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (a.w) terhadapnya. Maka jika ada paginya (melawat pesakit) mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit) mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’ 
[Hadith ibnu Majah] 

Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita melawat si sakit waktu pagi (atau petang), maka seramai 70,000 malaikat rahmat mendokan kebaikan dan kesejahteraan kepada kita. Mereka sentiasa mendoakan kita sampai petang (atau waktu Subuh) jika kita menziarahi si sakit waktu pagi (atau waktu petang). Ketahuilah bahawa siapakah yang mendoakan kebaikan bagi kita dalam hidup kita? Tidak ramai di kalangan keluarga dan rakan taulan. 




WASSALAM

Wednesday, September 19, 2012

Mesyuarat Agung Ke 2 STP, Meraikan Bakal Haji dan Jalinan Mesra Aidilfitri



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada hari Ahad, 16 September yang lepas
STP mengadakan tiga majlis sekali
Yang pertama, Mesyuarat Agung Ke 2
Yang kedua, Meraikan bakal-bakal haji
dan yang ketiga Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri


Pendaftaran bermula pukul 10.30 pagi

AJK masakan

 AJK hidangan dan penyambut tetamu

10.45 pagi, mesyuarat bermula


 Mesyuarat tamat 12.30 tgh

 Disambung dengan tazkirah hingga solat Zohor
Selepas Zohor, meraikan bakal-bakal haji dengan memberi sedikit sumbangan

Kemudian Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri
disamping mengukuhkan ukhwah sesama anak kariah STP, sambil juga menjamu selera






Yang mengembirakan kanak-kanak, duit raya


Kelebihan bersedekah dan silaturrahim

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: 

"Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan"

(Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)


WASSALAM

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia Daripada PHD



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





. . . penafsiran terbaik terhadap pemimpin yang adil adalah dia yang mengikuti perintah Allah dengan meletakkan/menempatkan segala sesuatu pada tempatnya tanpa berlebihan dan meremehkan.
(Ibnul Hajar)


WASSALAM

Saturday, September 15, 2012

Hadir di Jamuan Raya Bank Rakyat, Cawangan Jalan Tangsi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Pada tengah hari khamis yang lepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Bank Rakyat Cawangan Jalan Tangsi.

Meriah suasana di sini dengan menu nasi beriani, lemang, laksa, rojak, apam balik dan lain-lain lagi.








Batasan Dalam Bergurau Senda

Rasulullah s.a.w bersabda

"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"

Riwayat Abu Daud



WASSALAM

Friday, September 14, 2012

Majlis Pertukaran En Harun


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seksyen kami kehilangan seorang lagi kakitangan kerana bertukar. Semalam diadakan Majlis Pertukaran Encik Harun. Disamping itu kami adakan sekali Majlis Sambutan Pengarah Baru, menggantikan pengarah yang sebelum ini telah bersara.

En Harun bertukar ke Negeri Perak

 Pengarah baru kami, Encik Sanusi










Sikap Yang Baik

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.”

Riwayat Muslim


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...