بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Tahun ini tak dapat nak membantu urusan pesedian Majlis Jamuan Aidil Fitiri Taman kami kali ke 21. Kerana paginya menghantar Kak Uda mendaftar di UiTM, Shah Alam. Lepas ini nak hantar Kak Ngah ke KLIA pula.
Bermakna kami telah tinggal di taman ini selama 21 tahun. Ada yang bergurau, dulu riba anak, sekarang ini riba cucu pula.....
Menu tahun ini nasi briyani, nasi impit, laksa, kek, rojak buah dan kuih muih.
Hari Raya: Hari Untuk Bergembira
Dari Aisyah r.a katanya:
”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”
(Muslim)
WASSALAM
Sallam atuk.... wah mesti best, satu taman beraya disatu tmpt.
ReplyDeleteWaalaikumusalam URY
Deletesetakat ini berjalan lancar majlis ni...
Alhamdulillah
salam sejahtera Atuk,
ReplyDeleteBagusnya kg dia,melayu semua ke?
Waalaikumusalam Mama Ju
Deleteraserve Melayu ni...Alhamdulillah
seronok jamuan raya macam nie
ReplyDeleteeratkkan hubungan kan ..
meriah ... ;))
Salam Tuan haji,
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga sentiasa berterusan silaturahim komuniti ini.
assalamualaikum atuk...sedapnya menu2 tu n seronok jer tengok beramah mesra sesama jiran...:)
ReplyDelete