Friday, August 26, 2011

Asam Pedas - Setiawangsa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam, seorang teman menyahut hadish Nabi saw

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,
“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)

Beliau iftar bersama kakitanganya disamping menjemput kami di sebuah restoran Asam Pedas, Setiawangsa, berhadapan Jalan Jelatik, dekat dengan stesyen LRT Setiawangsa.

Tanda syukur beliau atas rezeki yang telah dilipat gandakan oleh Allah serta tanda terima kasih kepada kakitangan yang telah bekerja keras untuk memajukan syarikat beliau.











Semoga perniagaan beliau bertambah maju dan sentiasa diatas jalan Allah dan sunah Nabi saw


Huraian
1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.
2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid”
(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)



Wassalam

Thursday, August 25, 2011

Sahabat Maya Hantar Kad Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah
Arus zaman tidak menengelamkan tradisi lama
saya masih menerima kad ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
daripada insan yang bernama sahabat dan teman

Sahabat maya Sonata Anak Kancil



sahabat maya Amy Syaquena
blog beliau Sinar Raudah



terima kasih, kerana sudi mengirimkan ucapan Selamat Hari Raya

‘TAQABBALALLAH MINNA WAMINKUM’

Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:

"Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu.

(Riwayat Ibn Majah)


Wassalam

Wednesday, August 24, 2011

Bukit Safa ke Bukit Marwah-Umrah 2011-23

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ibadat saie Safa ke Marwah lambang kecekalan, ketakwaan


Firman Allah swt. bermaksud:
"Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) antara kedua-duanya. Dan sesiapa suka rela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui."
(Surah al-Baqarah, ayat 158)



Ibrahim al-Sari berkata, Safa bermaksud batu keras dan kental. Oleh itu, sebatang pohon tidak tumbuh di atasnya manakala Marwah pula ialah batu lembut. Kedua-dua tempat itu dijadikan syiar Allah untuk dilaksanakan salah satu daripada rukun haji iaitu bersaie.



Di sinilah lahirnya ucapan Hajar yang masyhur, iaitu kepada siapa kamu serahkan kami, adakah Allah yang perintahkan kamu berbuat demikian? Lantas jawab Nabi Ibrahim: Ya, dengan penuh yakin. Isterinya yang solihah berkata: Jika begitu, Allah SWT tidak akan mengabaikan kami.



Diriwayatkan Asim Ibn Sulaiman berkata:
“Aku bertanya Anas mengenai (berkeliling) di Safa dan Marwah, dia menjawab: Kami melihat kedua-duanya daripada upacara (ibadat) jahiliah. Apabila Islam datang, kami menahan diri daripada berkeliling pada kedua-duanya. Kemudian Allah menurunkan ayat di atas bermaksud: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwah itu adalah daripada syiar Allah.”
(Hadis riwayat Bukhari)



Allah berfirman bermaksud:
“Dan sesiapa mengerjakan dengan sukarela amalan baik, maka sesungguhnya Allah memberikan balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.”



Wassalam

Tuesday, August 23, 2011

Pembaziran Dalam Bulan Ramadhan-Ustaz Daud Che Ngah-STP


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Satu persoalan yang diajukan oleh Ustaz Dato' Daud Che Ngah dalam tazkirah Ramadannya di STP malam tadi.


Mengapa selalunya si isteri tidak membuat 4 ke 5 jenis kuih pada bulan yang dibenarkan makan pada siang harinya, tapi terlalu rajin pula mereka menyediakan perbagai jenis masakan pada bulan Ramadhan ini.




Ustaz tengah menyampaikan tazkirah Ramadhan




Alhamdulillah...masih ramai jemaah




sambung cerita semasa more


Firman Allah swt“ Hanyalah yang memakmurkan masjid-2 Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allahdan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah , maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk “( At Taubah : 9 : 18)


Selalu kita lihat pada bulan puasa, banyak berlaku pembaziran sewaktu membeli juadah berbuka?


Pada bulan puasa, bazar Ramadan tumbuh bagaikan cendawan, sekali gus menyumbang kepada pembaziran. Di sanalah pelbagai jenis makanan ada untuk berbuka. Makanan yang dijual menyebabkan kita rambang mata membuat pilihan. Masa itu, segala amalan makanan sihat diketepikan kerana nafsu makan mengatasi segala-galanya.


Umat Islam seharusnya memahami konsep berpuasa dan faham mengapa perlu berjimat cermat kerana hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila seorang antara kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan air.” Melalui hadis ini, Nabi mengajar umat Islam cara hendak berbuka. Kita akan dapati satu bentuk penjimatan sekiranya mengikut sunnah nabi.


Malangnya setiap kali Ramadan, sebahagian umat Islam lebih gemar membazir dan ikut nafsu sedangkan cara demikian tidak dituntut Islam. Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman berlebihan, perlulah bersederhana ketika menghidang juadah terutama ketika berbuka. Memang sukar mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah pelbagai jenis ada depan mata.


Paling penting, umat Islam harus ingat tujuan berpuasa untuk mendapatkan pahala dan keberkatan dan sebarang pembaziran pada Ramadan boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri.


Ramadan bulan yang baik mengajar diri hidup dalam kesederhanaan dan menginsafi kemampuan diri menikmati pelbagai juadah lazat berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan dan kebuluran di serata dunia. Bukan saja bersederhana dari segi pemakaian, suasana kediaman, malah pemakanan ketika berbuka juga perlu dijaga supaya tidak melampaui batas. Pembaziran juga satu perbuatan dibenci bukan saja Islam tetapi juga agama lain.



Wassalam

Monday, August 22, 2011

Air Zam Zam-Umrah 2011-22


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sumur Zam Zam mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya tidak dapat dipisahkan dengan isteri Nabi Ibrahim as, ya itu Siti Hajar dan putranya Ismail as.
tong air Zam Zam dikebanyakan tempat dalam Masjidil Haram
terletak di antara Safa dan Marwah

terletak di bawah bilik Bilal


pili untuk orang awam, terletak bersebelahan perpustakaan
(tapak rumah kelahiran Nabi saw)
berpagar dan ada pengawal, elak daripada pergaduhan


molekul air Zam Zam...Subhanallah



mata air Syurga


gambar rajah telaga Zam Zam

pam air Zam Zam untuk disalurkan kepada paip khas/awam
gambar2 drp pakcik google




Sejarah ringkasnya:

Saat Nabi Ibrahim as, Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti di bawah sebatang pohon yang kering. Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim as meninggalkan mereka.

Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya yang mengherankan itu lalu bertanya ;" Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"

"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".

Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata pun.

Siti Hajar bertanya lagi;

"Apakah ini memang perintah dari Allah ?"

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawaban suaminya yang singkat itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Selang beberapa hari, air yang dari Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit Safa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zamzam.

Air Zamzam yang merupakan berkah dari Allah SWT, mempunyai keistimewaan dan keberkatan dengan izin Allah SWT, yang bisa menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu disebutkan pada hadits Nabi , " Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air Zamzam. Air Zamzam merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ".

rujukan disini


Maklumat fizikal

Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.

Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.




Sabda Rsulullah saw

"Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Air zam-zam itu tergantung niat orang yang meminumnya; jika engkau berniat meminumnya untuk mengubatimu, maka Allah akan menyembuhkanmu; jika engkau berniat agar engkau kenyang, maka Allah menjadikanmu kenyang; jika engkau meniatkannya untuk menghilangkan haus, maka Allah akan menghilangkan kehausanmu, dan zam-zam itu adalah cekungan yang dibuat oleh Jibril dan air yang mengalir yang Allah berikan kepada Ismail (HR. Daraquthni).

Kata Rasulullah SAW lagi, doa dan syaratnya adalah pelaku harus yakin yang doanya akan dikabulkan, memenuhi perintah Allah sebagaimana firman Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 186:

Dan jika para hamba Ku bertanya kepada mu (Muhammad) tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang orang yang berdoa, maka hendaklah mereka memenuhi perintah Ku dan mengimani Aku agar mereka mendapat bimbingan (Al Baqarah: 186)


Wassalam

Sunday, August 21, 2011

Kuih Gandus Pasar Keramat


Semenjak tersiar kisah seorang penjual kuih gandus di satu rancangan tv, Pak Cik dan isterinya serta seorang pembantu, tidak menang tangan melayan pelanggannya. Gerainya terletak di dalam kawasan Pasar Keramat.

Pada hari sabtu, 12.30 tengah hari, semalam, saya pergi ke geraianya, Alhamdulillah masih banyak lagi. Bukan apa, pernah dua kali pergi tapi dah habis. Pertama kali datang pukul 4.00 petang, gerainya dah tutup, kali kedua datang pukul 2.00 petang, Pak Cik tu tengah mengemas untuk pulang.

Masa membeli tu hari, saya terlupa nak tanya waktu operasi jualannya. Saya anggar Pak Cik mula beniaga pukul 11.00 pagi dan mukin habis sebelum pukul 2.00 petang.



memang senantiasa keadaannya macam ini, beratur
panaskan minyak supaya tidak melekat
panaskan acuan
mengisi bahan dalam acuan
mengisi inti nenas
membalik balikan kuih
siap untuk dibungkus

Dari Hakim bin Hizam r.a dari Nabi s.a.w sabdanya:
”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”
(HR Muslim)

Wassalam

Saturday, August 20, 2011

Road tax Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Orang lain sebuk dengan baju raya, kasut raya, kuih raya dan perbagai raya raya lagi

saya sebuk menguruskan pembaruan cukai jalan kereta yang tersayang ini, sebelum solat Jumaat semalam. Habis juga duit bonos tu hari....he he



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN MEMBAYAR CUKAI

(2 April 2010 / 17 Rabiulakhir 1431H)


Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan di atas masjid yang suci ini, saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “ Tanggungjawab dan Kewajipan Membayar Cukai”.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai sumber kekayaannya sendiri seperti bijih timah, petroleum, perhutanan, pertanian dan sebagainya bagi membiayai pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat. Pada tahun 2010 bajet yang diperuntukan untuk pembangunan negara dan rakyat berjumlah RM191.5 bilion. Menurut Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji pungutan zakat pada tahun 2009 pula ialah sebanyak RM1.1 bilion. Menurut hukum Islam dan selari dengan prinsip siasah syariyyah, sesebuah negara mempunyai hak mewujudkan dasar cukai tertentu bagi menampung keperluan negara dan maslahah rakyat. Bagaimana pun dasar cukai itu hendaklah tidak membebankan rakyat jelata. Imam Abu Yusuf seorang ulama yang mahir dalam selok belok percukaian Islam menyatakan sesebuah negara boleh menaik atau menurunkan kadar cukai mengikut kemampuan rakyat. Pandangan Imam Abu Yusuf ini amat tepat kerana untuk mewujudkan dasar percukaian baru perlu dibuat kajian teliti supaya tidak membebankan rakyat dan pengguna terutama golongan dhaif dan miskin.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 177 :

Maksudnya: Bukanlah suatu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta, orang yang memerdekakan hamba abdi; orang mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat, dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan kesakitan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar; dan mereka itulah juga orang yang bertakwa.”.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah

Salah satu cukai yang diwajibkan pemerintah kepada rakyat jelata ialah cukai tanah samada tanah yang menjadi tapak rumah kita atau tanah yang menjadi sumber pendapatan kita. Berdasarkan laporan Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan sehingga November 2009, negara mengalami tunggakan bayaran cukai tanah sebanyak RM 1.022 bilion. Pendedahan ini sewajarnya memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita mengenai pengurusan hal ehwal perbelanjaan keluarga kita. Apa yang merisaukan kita juga kadangkala timbunan hutang piutang telah menyekat peluang kita membayar zakat sebagai usaha membersihkan harta kita. Tunggakan hutang ini akan terus meningkat jika mereka yang terlibat berterusan menangguhkan membayar hutang. Bayangkan berapa banyak kerajaan kehilangan pendapatan akibat daripada budaya melengah-lengahkan bayaran cukai. Kesan buruknya banyak projek pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.

Sekiranya cukai dijelaskan, sudah pasti hasil pungutan itu dapat diagih dan digunakan untuk menyedia pelbagai keperluan asas kepada seluruh warganegara. Selain itu, hasil cukai juga boleh membantu golongan yang ditimpa bencana seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan juga sebagai keperluan jihad di jalan Allah SWT.

Adalah menjadi tanggungjawab semua warganegara berusaha membayar zakat dan cukai bagi membantu meningkatkan kesejahteraan negara dan masyarakat. Ketahuilah bahawa tidak membayar zakat dan cukai adalah satu bentuk hutang dan yang mesti dijelaskan. Sikap suka berhutang boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu, masyarakat dan Kerajaan. Rakyat akan merana dan negara akan hancur disebabkan golongan yang cuai membayar hutang. Mereka yang berhutang tidak diampuni dosanya oleh Allah SWT Ini selari dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menegaskan:

Mafhumnya: Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Pada dasarnya isu hutang berkait rapat dengan sikap amanah dan kebijaksanaan kita menguruskan perbelanjaan. Sifat amanah dilihat sebagai satu kontrak yang membuktikan semangat tolong menolong, kasih sayang dan ketinggian iman seseorang membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 283:

Maksudnya: “Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.

Oleh itu, Islam telah menetapkan bahawa setiap individu muslim wajib melaksanakan amanah, bersifat jujur dan bijak dalam menguruskan perbelanjaan keluarga agar kita berkeupayaan menunaikan tanggungjawab seperti berzakat dan membayar hutang. Kebijaksanaan kita menunaikan tanggungjawab ini adalah sifat terpuji, mulia dan simbul orang yang beriman.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Selari dengan tanggungjawab ulama, maka mimbar menyeru semua pihak, marilah kita mengubah gaya hidup dengan bersegera membayar apa jua bentuk hutang-puitang termasuk cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya kerana dengan ini kita dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat dan negara.

Mengakhiri khutbah, mimbar berpesan marilah sama-sama kita merebut peluang meningkatkan ketakwaan dengan menunaikan zakat dan bebaskan diri kita dengan bebenan timbunan hutang dengan bersegera membayar hutang mudaha-mudahan kehidupan kita mencapai nikmat ketenangan serta keredhaan Allah SWT Selagi hutang tidak dibayar samada yang berkaitan hak Allah dan hak manusia, maka kehidupan anak-anak dan keluarga kita juga turut mengalami tekanan hidup yang berterusan.

Maksudnya : Dan orang yang bakhil dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Serta ia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesusahan dan kesengsaraan.(surah Al-Lail ayat 8-10)



Wassalam

Thursday, August 18, 2011

Umrah Untuk Allahyarham Ayah-Umrah 2011-21

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ke tiga di Makkah, megerjakan Umrah untuk Allahyarham ayah saya dan isteri mengerjakan Umrah untuk Allahyarham bapanya. Kami bermiqat di Masjid Tanaeem Pengangkutan disediakan oleh pakej.

teman sebilik En Din, Tn. Hj. Rusol, Tn. Hj. Azman dan anak beliau Daneal

Masjid Tanaeem





Moga Allahyarham ayah dan bapa mertua saya menerima ganjarannya, ampunkan dosa dosa mereka, masukkan mereka dalam gulungan orang orang yang soleh, lapangkan kubur mereka serta teranggi kubur mereka dengan cahaya Syurga
amin


Hukum Haji Badal
Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur. Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari). Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia. Pahala Haji Badal Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).

Kesimpulan
Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.



Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...