Thursday, August 4, 2011

Tadarus di STP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sudah menjadi amalan di STP, setiap malam dalam bulan Ramadhan, selepas solat sunat tarawih tazkirah dan witir, mengadakan majlis tadarus, disertai semua peringkat usia. Alhamdulillah


PENGERTIAN TADARUS AL-QURAN

Membaca al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah sabit dari Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)

Menurut ulamak; maksud tadarus ialah saling mempelajari al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. Setelah ia selesai membaca, di sambung pula oleh orang lain. Berkata Imam al-Minawi; maksud “membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka” ialah mereka saling mengikuti bacaan sesama mereka, kerap mempelajarinya dan berusaha menjaga/menghafalnya sesama mereka kerana takut lupa” (Faidhul-Qadier, hadis no. 7776).

Dari sudut pahala, apabila kita membaca dan mempelajari al-Quran secara bersama –yakni seorang membaca dan yang lain mendengar-, semua yang terlibat akan mendapat pahala. Yang membaca akan mendapat pahala tilawah sekalipun bacaannya tidak lancar. Ini sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Orang yang mahir membaca al-Quran dia akan bersama dengan malaikat safarah (pembawa wahyu) yang mulia dan taat/berbuat kebajikan. Manakala seorang yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan ketika membacanya, maka dia akan memperolehi dua ganjaran” (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.).

Yang mendengar pula akan mendapat pahala istima’ (mendengar tilawah/bacaan orang lain) dan pahala menegur (jika sahabat yang membaca tersalah). Firman Allah (bermaksud); “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang, agar kamu mendapat rahmat” (Surah al-A’raf, ayat 204). Sabda Nabi s.a.w.; (bermaksud); “Sesiapa yang mendengar dengan teliti satu ayat dari kitab Allah (al-Quran), ditulis baginya dengan kebaikan yang berganda-ganda dan sesiapa yang membacanya maka ia akan menjadi cahaya untuknya di hari kiamat”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)



Wassalam

17 comments:

  1. assalamualaikum atuk,
    alhamdulillah...di masjid di tmpt sy pun ada majlis tadarus...cuma sy dan suami yg tak brkesempatan...hanya mmbaca dirumah aje.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Zue

    Insyaallah, kita pasang niat nak bertadarus tahun hadapan, moga Allah lapangkan masa untuk kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    seronoknya melihat suasana tadarus diSTP...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Rozali
    Alhamdulillah dapat sama2 bertadarus, moga Allah merahmati Rozali dan semua ahli jemaah STP. Al Quran selalu dihati..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Nae

    Insyaallah...seronok
    nak betulkan bacaan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Ummiross

    Amin...
    Insyaallah, Quran sentiasa dihati

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Assalam Atok,

    Alhamdulillah ada penglibatan dari anak2 remaja juga..
    Di pejabat saya juga ada diadakan tadarus untuk muslimat..

    ReplyDelete
  8. salam THR,

    selamat bertadarus...
    insyaALLAH berrkhtam lepas nie..

    selamat beramal

    ReplyDelete
  9. Aslkm Atuk

    Wah susah nak cari suasana mcm ni,bagus betul budak 2 muda tu. Tulah didikan yg bagus.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Syima

    ada habuan dihujungnya nanti....

    kat pejabat pun buat juga..Alhamdulillah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Ain

    banyak kali kena tegur semasa bertadarus...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Mama Ju

    Insyaallah, bagus mereka
    tapi kadang2 bising nya yg lebih

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. ya allahh bestnyaaa tadarus ramai2 mcm nie .. kalaulahhh saya ada disitu bro :)

    ReplyDelete
  14. salam alaik Atuk,

    subhanallah, besar sungguh ganjarannya kan? Alhamdulillah kerana berkesempatan juga untuk kita smeua melangkah masuk ke bulan ini,,

    ReplyDelete
  15. Salam Ieda

    Ieda yg ajar saya nanti.......

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam MB

    Insyaallah
    Alhamdulillah berada di dalam Ramadhan tahun ini

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. salam,

    suka baca entry ni.

    saya tak bertadarrus di masjid, cuma di rumah je bersama anak2.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...