Sunday, August 21, 2011

Kuih Gandus Pasar Keramat


Semenjak tersiar kisah seorang penjual kuih gandus di satu rancangan tv, Pak Cik dan isterinya serta seorang pembantu, tidak menang tangan melayan pelanggannya. Gerainya terletak di dalam kawasan Pasar Keramat.

Pada hari sabtu, 12.30 tengah hari, semalam, saya pergi ke geraianya, Alhamdulillah masih banyak lagi. Bukan apa, pernah dua kali pergi tapi dah habis. Pertama kali datang pukul 4.00 petang, gerainya dah tutup, kali kedua datang pukul 2.00 petang, Pak Cik tu tengah mengemas untuk pulang.

Masa membeli tu hari, saya terlupa nak tanya waktu operasi jualannya. Saya anggar Pak Cik mula beniaga pukul 11.00 pagi dan mukin habis sebelum pukul 2.00 petang.



memang senantiasa keadaannya macam ini, beratur
panaskan minyak supaya tidak melekat
panaskan acuan
mengisi bahan dalam acuan
mengisi inti nenas
membalik balikan kuih
siap untuk dibungkus

Dari Hakim bin Hizam r.a dari Nabi s.a.w sabdanya:
”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”
(HR Muslim)

Wassalam

27 comments:

  1. Salam

    sunguh teman idok pernah dengor kuih ni, apetah lagi merasanya..terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Rozali

    Ummi datang pagi2 cari kuih gandus,hik! sedap ke, ummi tak pernah makan...

    ReplyDelete
  3. salam atuk
    sya pernah tengok masa di tv3 tu, teringin nak beli sbb nak merasa
    rezeki pakcik tu kan?
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Imanshah

    ate nak merase kee
    datang le ke kuale lumpor..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Ummiross

    dah masuk majalah 3...jadinya sedap ler
    itu pun anak2 sibuk nak rasa

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Sayang Ibu

    saya pun tak tenguk siaran nya
    anak2 yg beriya nak
    semalam baru dapat rasa

    semenjak keluar tv...tak menang tangan pakcik dan makcik tu..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam

    Dia dibuat dr tepung apa ya? Tak pernah taulah, teringin juga..

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Mama Ju

    terdengar pakcik tu cerita...drp tepung gandum yg mahal, sebab nak bagi sedap rasanya..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. tak pernah tahu kuih ni...sedap ke?
    kita cuba2 usha resepinya...cik google gamaknya tahu ...

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu Sonata

    banyak resepi dlm google...


    ps:terima kasih kad yg dikirim

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. kak tak tau le ini nama nya kueh gandus. tau makan je. Isi nya nenas macam kuih tart atau pun kacang merah. enak gak!!

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Sophie

    pakcik ni buat inti nenas

    popular dia kak
    drp mula buka sampai tutup kedai..orang beratur ajerrr

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum atuk

    tak pernah merasa gak ni kuih ni..

    ReplyDelete
  14. memang pernah masuk TV3 ni.. pakcik ni memang makin glamer.. moga murah & berkat rezekinya. teringin nak merasa.

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Norh

    rugi.....
    kena rasa tau...sodap...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Salam Liza

    murah rezeki mereka setelah keluar dlm tv

    kat luar pasar tu ada seorang lagi jual kuih gandus ni..tapi tak sedap

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum abg : abg takde amik gambar close -up ke kueh tuh? nak tau gak kuih yg aper tuh? rezeki pakcik tu bulan puase ni..

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Afeezz

    malu orang ramai tengah beratur tenguk...he he

    dalm google ada banyak gambar kuih tu yg dekat

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,

    Tn Hj,
    Eh? saya memang tak pernah jumpa... tak pernah lihat .... tak pernah rasa kuih ni... teringin nak rasa^^

    ReplyDelete
  20. SALAM,
    NANTI BILA ADA KESEMPATAN, NAK SINGGAH ! HARAP, LEPAS RAMADHAN NI, PAKCIK INI MASIH LAGI MENJUAL !

    SELAMAT BERIBADAH BULAN RAMADHAN DAN BULAN2 SETERUSNYA

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Cikgu Nae

    mukin tempat lain, nama dia lain

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam LF

    hari2 dia menjual
    tapi ingat dlm lingkungan 2 jam dah habis
    kalau pergi pukul 12.30 tgh, waktu yg agak sesuai..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Oooo, kuih ni, anak-anak saya panggil kuih doraemon. Jem nenasnya tu sedap!

    ReplyDelete
  24. salam atuk

    pagi ni ada jual tak hehehehehehe

    ReplyDelete
  25. Salam ckLah

    kat sana pun ada jual kuih ni yerr

    mukin kuih ni asal nya drp jepun...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  26. Waalaikumusalam Pak Itam

    pakcik tu baru bancuh adunannya..he hee

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  27. Bahan utama kelapa parut halus, tepung beras... Makan ngan gula halus merah...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...